Madu: Perbezaan antara semakan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.) kTiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 34: | Baris 34: | ||
== Rujukan == |
== Rujukan == |
||
{{Reflist}} |
{{Reflist}} |
||
== Pautan luar == |
|||
* [http://www.norazizah.my/2013/10/khasiat-madu.html Khasiat Madu] |
|||
[[Kategori:Madu]] |
[[Kategori:Madu]] |
Semakan pada 06:46, 3 Oktober 2013
Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.
Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.
Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar.[1][2] Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.[2] Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.[3] Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.[4]
Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran[5], kitab suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.
Rasa madu berbeza berdasarkan sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.[6] Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.[7][8]
Khasiat
Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria.[9] Ini kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut, akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria.[10] Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin.[11] Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin.[12] Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat.[13][14][15]
Kualiti madu
Amat sukar untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu madu di pasaran kerana madu berbeza kandungan air di dalamnya bagi setiap kawasan di dunia ini terutamanya madu Eropah dan madu Asia. Madu Eropah dikatakan lebih pekat berbanding madu Asia terutamanya dari Malaysia kerana faktor cuaca di mana Malaysia menerima taburan hujan lebih banyak berbanding di Eropah.[perlu rujukan] Namun begitu, terdapat beberapa cara mudah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu madu itu tulen atau tidak (seperti dalam gambar rajah).[17] Pengguna dinasihatkan membeli madu daripada pembekal madu yang boleh dipercayai sahaja agar tidak tertipu.
Terdapat pelbagai kes yang melaporkan penjualan madu palsu di Malaysia.[18] Modus operandi yang digunakan oleh pembekal palsu ialah dengan menggunakan orang Asli sebagai penjual madu di tepian jalan-jalan kampung dan lebuh raya.
Madu dari pohon getah
Di Malaysia, terdapat potensi mendapatkan madu dari pohon getah.[19]
Lihat juga
Bacaan lanjut
- R. Krell. (1996) Value-added Products from Beekeeping. Food and Agriculture Organization of the United Nations. Bulletin no. 124
Rujukan
- ^ National Honey Board. "Carbohydrates and the Sweetness of Honey". Capaian 15 Julai 2012.
- ^ a b Oregon State University. "What is the relative sweetness of different sugars and sugar substitutes?". Capaian 15 Julai 2012.
- ^ Lansing Prescott, John P. Harley, Donald A. Klein (1999). Microbiology. Boston: WCB/McGraw-Hill. ISBN 0-697-35439-3.
- ^ Shapiro, Roger L.; Hatheway,, Charles; Swerdflow,, David L. (1998). "Botulism in the United States: A Clinical and Epidemiologic Review". Annals of Internal Medicine 129 (3): 221–8. DOI:10.1059/0003-4819-129-3-199808010-00011. PMID 9696731.
- ^ al-Quran (16:69)
- ^ Vaughn M. Bryant, Jr. (2001). "Pollen Contents of Honey". CAP Newsletter 24 (1): 10–24.
- ^ Mercuri AM, Porrini C. (1991). "Melissopalynological analysis applied to air pollution studies in urban areas of Modena and Reggio Emilia (Italy)". Aerobiologia 7 (1): 38–48. DOI:10.1007/BF02450016.
- ^ Tonelli D, Gattavecchia E, Ghini S, Porrini C, Celli G, Mercuri AM. (1990). "Honey bees and their products as indicators of environmental radioactive pollution". Journal of Radioanalytical and Nuclear Chemistry 141 (2): 427–436. DOI:10.1007/BF02035809.
- ^ Ainul Hafiza A.H., Yusof N., and Maimon A., (2005) Potential of Malaysian Local Honey as an Antibacterial Agent (Potensi Madu Tempatan Malaysia sebagai Agen AntiBakteria). Sains Malaysiana , 34 (1). pp. 17-20. ISSN 01266039
- ^ Kwakman PH, te Velde AA, de Boer L, Speijer D, Vandenbroucke-Grauls CM, Zaat SA. (2010) How honey kills bacteria. FASEB J. 24(7):2576-82.
- ^ Nuriza bt. Tumin, and Arsyiah N. bt. Halim A., and Shahjahan, M., and Noor Izani N.J., and Sattar,Munavvar A., and Abdul Hye Khan, and Mohsin S.S.J., (2005) Antibacterial Activity Of Local Malaysian Honey. Malaysian Journal of Pharmaceutical Sciences, 3 (2). pp. 1-10. ISSN 16575-7319
- ^ Shukrimi A., and Sulaiman A.R., and Halim A.Y., and Azril A., (2008) A Comparative Study between Honey and Povidone Iodine as Dressing Solution for Wagner Type II Diabetic Foot Ulcers. Medical Journal of Malaysia, 63 (1). pp. 44-46. ISSN 0300-5283
- ^ Fathihah B., and Mahmood A.A., and Sidik K., and Salmah I/, (2005) The Antiulcer and Cytoprotective Effects of Ageratum Conyzoides - Honey Combination in Rats. Journal of the University of Malaya Medical Centre (JUMMEC), 8 (1). pp. 28-32. ISSN 1823-7339
- ^ Nur Jannah M.H., and Mahmood A.A., and Sidik K., and Salmah I., (2006) Cytoprotective effects of honey in combination with aqueous and ethanol extracts from chromolaena odorata L.(Eupatorium Odoratum L.) in rats. Journal of the University of Malaya Medical Centre (JUMMEC), 9 (1). pp. 7-13. ISSN 1823-7339
- ^ Tan , M.K.; Hasan Adli , D.S.; Tumiran , M.A.; Abdulla , M.A.; Yusoff , K.M. (2012) The efficacy of Gelam Honey dressing towards excisional wound healing. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine. Division of Biohealth Science, Institute of Biological Sciences, Faculty of Science, University of Malaya.
- ^ __. (2010) InfoTani: Teknologi Pemeliharaan lebah madu. Jabatan Pertanian Malaysia.
- ^ R. Krell. (1996) Value-added Products from Beekeeping. Quality control. Food and Agriculture Organization of the United Nations. Bulletin no. 124
- ^ __. (2008) Orang Asli Digunakan Untuk Jual Madu Tiruan. Bernama. Capaian 15 Julai 2012
- ^ Robert Wazeka (1987). Urban forestry: Cities, trees and people; Honey from rubber. International journal of the forestry and food industries. Unasylva - No. 155 vol 39