[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Agama di Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Peratusan penganut agama di Pakistan (bancian 2017)[1][2][3][4][5]

  Islam (96.47%)
  Hinduisme (2.14%)
  Kristian (1.27%)
  Ahmadiyah (0.1%)
  Sikhisme (0.01%)
  Lain-lain (0.01%)

Di Pakistan, agama Islam dijadikan sebagai agama negara berdasarkan Artikel 2 Perlembagaan Pakistan, dan diamalkan oleh 96.47% populasi negara.[6][7] Kebebasan beragama adalah terjamin dalam perlembagaan lalu memberi hak sama rata kepada semua rakyat Pakistan tanpa mengira agama. Selain itu, beberapa aspek sekularisme daripada zaman kolonial turut diterapkan dalam perlembagaan.[8] Baki yang lain menganuti agama-agama seperti Hinduisme, Kristian, Ahmadiyah, Sikhisme serta agama-agama lain.[9][10] Walau bagaimanapun, golongan agama minoriti Pakistan sering mengalami diskriminasi, termasuk menjadi mangsa keganasan.[11][12] Sebelum kedatangan Islam pada awal abad ke-8, kawasan Pakistan terdiri daripada masyarakat dengan pelbagai kepercayaan, lazimnya Hinduisme dan Buddhisme.[13]

Masyarakat Muslim terdiri daripada beberapa aliran: majoriti masyarakat menuruti Islam Sunni (anggaran 85–90%), manakala ada minoriti Syiah (anggaran 10–15%).[14][15][16] Hampir keseluruhan Muslim di negara ini berpegang kepada mazhab Hanafi.[9] Sementara itu, golongan Syiah menuruti mazhab Syiah Imam Dua Belas, dengan minoriti ketara menuruti Ismailisme, termasuk Nizari (Aga Khan), Mustaali, Dawoodi Bohra, Sulaymani dan lain-lain.

Rujukan

  1. ^ https://www.pbs.gov.pk/sites/default/files//population_census/sailent_feature_%20census_2017.pdf
  2. ^ http://www.globalreligiousfutures.org/countries/pakistan#/?affiliations_religion_id=16&affiliations_year=2010&region_name=All%20Countries&restrictions_year=2020
  3. ^ https://www.refworld.org/docid/5ba0ae0e7.html
  4. ^ Riazul Haq and Shahbaz Rana (27 May 2018). "Headcount finalised sans third-party audit". Dicapai pada 23 January 2021.
  5. ^ "Population By Religion" (PDF). Pakistan Bureau of Statistics, Government of Pakistan: 1.
    "Population Distribution by Religion, 1998 Census" (PDF). Pakistan Bureau of Statistics. Dicapai pada 12 July 2020.
  6. ^ "SALIENT FEATURES OF FINAL RESULTS CENSUS-2017" (PDF). Dicapai pada 20 Mei 2021.
  7. ^ http://www.pakistani.org/pakistan/constitution/part1.html
  8. ^ 2014 World Population Data Sheet (PDF). Population Reference Bureau (Laporan). Ogos 2014. Dicapai pada 2014-10-24.
  9. ^ a b "Pakistan, Islam in". Oxford Centre for Islamic Studies. Oxford University Press. Dicapai pada 2010-08-29. Approximately 97 percent of Pakistanis are Muslims. The majority are Sunnis following the Hanafi school of Islamic law. Between 10–15 percent are Shiis, mostly Twelvers.
  10. ^ "Religions: Muslim 97% (Sunni 75%, Shia 20%), other". Pakistan (includes Christian and Hindu) 4%. The World Factbook. CIA. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 2010-08-28.
  11. ^ Global Human Rights Defence. "Human Rights Report 2019" (PDF). Dicapai pada 4 Jun 2019.
  12. ^ "Pakistan: Islamists angry at new law against forced conversions". FRANCE 24 English. 3 Januari 2017. Dicapai pada 1 October 2020.
  13. ^ Derryl N. Maclean" Religion and Society in Arab Sind", p. 52, BRILL, (1989) ISBN 90-04-08551-3.
  14. ^ "Country Profile: Pakistan" (PDF). Library of Congress Country Studies on Pakistan. Perpustakaan Kongres. Februari 2005. Dicapai pada 2010-09-01. About 97 percent of Pakistanis are Muslim, 77 percent of whom are Sunni and 20 percent Shia
  15. ^ "Religions: Muslim (official) 96.4% (Sunni 85-90%, Shia 10-15%), other (includes Christian and Hindu) 3.6% (2010 est.)". The World Factbook. CIA. 2010. Dicapai pada 2020-12-30.
  16. ^ "The World's Muslims: Unity and Diversity". Pew Research Center. 9 August 2012. Dicapai pada 26 December 2016. On the other hand, in Pakistan, where 6% of the survey respondents identify as Shia, Sunni attitudes are more mixed: 50% say Shias are Muslims, while 41% say they are not.

Pautan luar