[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Himpunan Anti ISA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 886625 pada 20:45, 28 Julai 2009 oleh Malekhanif (bincang | sumb.)

Himpunan Anti ISA atau Himpunan MANSUH diadakan pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 di 3 tempat di Kuala Lumpur . Himpunan ini dirancang dan dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) . Pengerusi GMI ialah Syed Ibrahim Syed Noh.Perhimpunan 100,000 rakyat itu merancang untuk berhimpun di beberapa lokasi antaranya di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memansuhkan ISA.[1]

Himpunan ini telah ditangguhkan beberapa kali.Ia turut disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia . Mereka akan berarak ke Istana Negara dan dijangka bertembung dengan perarakan pro ISA.

Lokasi perhimpunan anjuran GMI ialah di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral muai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuntutan mereka ialah hapuskan ISA, bebaskan tahanan dan tutup kem Kamunting di Taiping.[2]

Perarakan menyokong ISA

Pada 22 Julai 2009, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu sebulat suara mengadakan perarakan beramai-ramai dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka dan ke Istana Negarapada 1 Ogos 2009 .Pewaris dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta beberapa badan gabungannya merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbuk, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong ISA dikekalkanTema mereka ialah "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di Pasar Seni mulai 11.30 pagi .Pertembungan akan bverlaku dan jika tidak dikawal rapi akan mencetuskan pergaduhan antara kumpulan dan kaum. 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan di Dataran Merdekadi atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki. Memorandum mempertahankan ISA akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.[3]

Timbalan Presiden II Pewaris ialah Rahimuddin Md Harun.

Turut serta menyokong ISA ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).

Tiada permin

Pada 28 Julai 2009, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman menyatakan permit polis tidak dikeluarkan kepada kedua-dua itu kerana dikhuatiri akan bertembung dan menimbulkan suasana tegang. Sekatan jalan raya akan diadakan .Tangkapan awal akan dilakukan terhadap perancang dan individu yang disyaki terlibat mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah meskipun acara itu belum bermula. Perhimpunan itu jelas bertentangan dengan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 kerana polis tidak mengeluarkan sebarang kebenaran bagi tujuan itu.


Rujukan