[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k kemaskini
HRoestBot (bincang | sumb.)
Baris 68: Baris 68:
[[Kategori:Sabah]]
[[Kategori:Sabah]]


[[id:Kebuntuan Lahad Datu 2013]]
[[id:Konflik Lahad Datu 2013]]
[[en:2013 Lahad Datu standoff]]
[[en:2013 Lahad Datu standoff]]
[[zh:2013年拿篤衝突]]
[[zh:2013年拿篤衝突]]

Semakan pada 17:57, 2 Mac 2013

Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013
Sebahagian daripada Tuntutan Sabah
Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, lokasi di mana kejadian tersebut berlaku.
Tarikh11 Februari 2013 – sekarang
Lokasi
5°07′01″N 119°10′29″E / 5.1170333°N 119.1746176°E / 5.1170333; 119.1746176Koordinat: 5°07′01″N 119°10′29″E / 5.1170333°N 119.1746176°E / 5.1170333; 119.1746176
PuncaKawasan timur Sabah yang tidak dimasukkan dalam Wilayah Bangsamoro (dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara) di dalam Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro[1]
MatlamatBagi mengambil kembali wilayah ini untuk dijadikan Wilayah Filipina[2]
KaedahPendudukan
StatusSedang berlaku
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
Jamalul Kiram III Hishammuddin Hussein
Unit yang terlibat
Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara[1] PDRM PDRM
ATM ATM
APMM APMM
Bilangan
kira-kira 100–400[3][4]
Korban
12[5]

Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 200-400 lelaki, yang mana 20 bersenjata, mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.[1] Pada pagi 1 Mac 2013, pertempuran telah berlaku di antara pasukan Komando 69 PDRM dan Askar Diraja Kesultanan Sulu tersebut sehingga menyebabkan seramai 12 pengikut Azzimudie Kiram terbunuh manakala 2 komando Malaysia terkorban disebabkan serangan mortar dari pihak lawan.[5][6]

Latar belakang

Dalam konflik yang berlanjutan, Filipina telah menuntut mengenai pendudukan Malaysia ke atas negeri Sabah. Sebab tuntutan ini ialah kerana Wilayah Kesultanan Sulu juga merangkumi bahagian utara timur Borneo yang termasuk dalam Kepulauan Sulu. Kedua-dua perkara mengenai wilayah ini dan status semasa sultan masih tidak dapat diselesaikan. Pada 7 Oktober 2012, Presiden Filipina, iaitu Benigno Aquino telah mengumumkan bahawa rangka kerja perjanjian damai yang melibatkan antara kerajaan Filipina dan Barisan Utama Pembebasan Islam Moro. Bagaimanapun, pewaris Kesultanan Sulu berasa diketepikan dalam perundingan tersebut. Sebagai tindak balas, Sultan Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu, beliau telah menetapkan pada 11 November 2012 bahawa kontinjen awam dan tentera harus menuntut hak-hak wilayah di Borneo Utara. Oleh itu, beliau telah melantik saudaranya dan Raja Mudah ("pewaris" atau "putera mahkota"), Agbimuddin Kiram, untuk memimpin kumpulan tersebut.[1][8] Beberapa bulan selepas 11 Februari 2013,[1] Agbimuddin Kiram dan seramai 100 pengikutnya tiba di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dari pulau kejiranan iaitu Pulau Simunul, Tawi-Tawi di selatan Filipina.[9]

Sekatan

Polis Malaysia telah mengepung jalan utama di Lahad Datu yang melalui ladang kelapa sawit sehingga ke Kampung Tanduo, di mana lelaki bersenjata tersebut berada. Polis Marin juga meronda perairan berdekatan. Agensi-agensi keselamatan juga telah menyekat kemasukan warga dari Selatan Filipina.[10]

Motif kedatangan

Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di Lahad Datu, adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.[11] Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku sejurus selepas Anwar Ibrahim mencadangkan autonomi kepada Sabah.[12]

Pemberontak Sulu tidak akan berganjak

Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu mengatakan bahawa sekiranya Malaysia ingin berunding, mereka hendaklah berunding terus dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, secara terus. Ini adalah kerana arahan yang diterima oleh Agbimuddin Kiram adalah daripada abangnya. Beliau juga menyatakan bahawa akan terus berada di Lahad Datu dan hanya akan berundur sekiranya dipanggil semula oleh abangnya.[13]

Situasi semasa

Pertempuran 1 Mac

Pada pagi 1 Mac 2013, satu pertempuran telah berlaku diantara PDRM dan pengikut Azzimudie Kiram. Dua anggota PDRM dari kumpulan Komando 69 iaitu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban.[14] Manakala, 12 pengikut Azzimudie Kiram telah terbunuh dalam situasi tersebut.[5]

Reaksi

  •  Filipina – Setiausaha Jabatan Luar Negeri Filipina, Albert del Rosario meminta jaminan pihak berkuasa Malaysia bahawa hak rakyat Filipina "yang telah menjadi penduduk tetap di Sabah dan yang mungkin di kalangan kumpulan" akan dihormati. Beliau juga menggesa warga Filipina untuk "kembali ke rumah-rumah dan keluarga mereka."[15] Ia juga menjelaskan bahawa tindakan kumpulan Filipina tersebut tidak dibenarkan oleh kerajaan Filipina.[16]
  •  Amerika SyarikatDuta Besar AS ke Filipina, iaitu Harry K. Thomas, Jr. mengatakan bahawa Manila dan Kuala Lumpur dapat bekerjasama mengenai hal ini dengan baik. Beliau juga menambah yang dua kerajaan ini akan duduk bersama dan berbincang, konflik ini boleh diatasi tanpa pertumpahan darah katanya.[17] Selain itu, Amerika Syarikat juga mengalu-alukan Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro pada tahun 2012.[18]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c d e "Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 20 Februari 2013.
  2. ^ Frialde, Mike (23 Februari 2013). "Sultanate of Sulu wants Sabah returned to Phl". The Philippine Star. Dicapai pada 24 Februari 2013.
  3. ^ "Malaysia urged: Don't harm men of sultan". The Phillipine Star. Dicapai pada 24 Februari 2013.
  4. ^ "Filipino group on Borneo claims to represent sultanate, Malaysia says". CNN. 15 Februari 2013. Dicapai pada 3 Mac 2013.
  5. ^ a b c d "Polis sahkan dua anggota, 12 ahli penceroboh maut di Lahad Datu". Berita Harian. 1 Mac 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  6. ^ a b "Dua komando polis maut terkena serangan mortar". Berita Harian. 1 Mac 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  7. ^ a b c "Lahad Datu standoff over, 2 commandos killed". Free Malaysia Today. 1 Mac 2013. Dicapai pada 3 Mac 2013.
  8. ^ "Malaysian security forces moving in on village". "The Star". Dicapai pada 20 Februari 2013.
  9. ^ "Filipinos' standoff in Borneo linked to peace deal with Muslim rebels". CNN. 19 Februari 2013. Dicapai pada 20 Februari 2013.
  10. ^ "PH calls for peaceful solution to Borneo standoff". Global Inquirer. 17 Februari 2013. Dicapai pada 18 Februari 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  11. ^ "Battle for control of Kampung Tanduo". Al Jazeera English. 25 Februari 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  12. ^ "AFP mum over sultanate's Sabah intrusion". The Manila Times. 16 Februari 2013. Dicapai pada 2 Mac 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  13. ^ Berita. "Pemberontak Sulu terus berdegil", Utusan Malaysia, Davao City, 28 Februari 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  14. ^ Berita Am. "Krisis Lahad Datu- Al-Fatihah 2 Anggota Unit Komando 69 Meninggal Dunia", Suara Generasi Baru, 1 Mac 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  15. ^ "DFA statement on the Filipinos in Lahad Datu, Sabah, February 15, 2013". Official Gazette of the Republic of the Philippines. 15 Februari 2013. Dicapai pada 19 Februari 2013.
  16. ^ "Malaysia stand-off with Philippine group". BBC News Online. 15 Februari 2013. Dicapai pada 19 Februari 2013.
  17. ^ Alipala, Julie and Rosauro, Ryan (23 Februari 2013). "US stays clear of Sabah row". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 25 Februari 2013.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  18. ^ "US Hails Peace Deal". Manila Bulletin. 16 Oktober 2012. Dicapai pada 25 Februari 2013.