[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Perbincangan:Khyber Pakhtunkhwa: Perbezaan antara semakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 31: Baris 31:
:::Tak boleh bandingkan KL dengan Johor, bandingkan Wilayah Persekutuan (''Federal Territory''), sama saja tarafnya dengan negeri Johor. Mengenai perbezaan di Pakistan, saya tak tahu, saya cuma mengulang apa yg digunakan di media. Harap anda (Shah 88) dan Yk Yk Yk dapat penyelesaiannya. Sebagai bacaan tambahan: [[:en:Wilayah]] dan [[:en:Province#Current provinces]]. Mengikut pemahaman saya, wilayah sama taraf dengan provinsi, tapi bahasa Inggeris gemar menggunakan provinsi. [[Pengguna:Aurora|...Aurora...]] 15:00, 4 Disember 2007 (UTC)
:::Tak boleh bandingkan KL dengan Johor, bandingkan Wilayah Persekutuan (''Federal Territory''), sama saja tarafnya dengan negeri Johor. Mengenai perbezaan di Pakistan, saya tak tahu, saya cuma mengulang apa yg digunakan di media. Harap anda (Shah 88) dan Yk Yk Yk dapat penyelesaiannya. Sebagai bacaan tambahan: [[:en:Wilayah]] dan [[:en:Province#Current provinces]]. Mengikut pemahaman saya, wilayah sama taraf dengan provinsi, tapi bahasa Inggeris gemar menggunakan provinsi. [[Pengguna:Aurora|...Aurora...]] 15:00, 4 Disember 2007 (UTC)


::::Sebenarnya saya ada perisian dewan eja pro dan saya dapat istilah "provinsi" ada dalam bahasa Melayu cuma istilah ini jarang digunakan kerana masih baru..Kalau ikutkan ejaan Indonesia yang asal untuk istilah ini adalah "propinsi"..Beberapa tahun kebelakangan ini baru ejaan "provinsi" digunakan dalam bahasa Indonesia diikuti dengan bahasa Melayu..
::::Sebenarnya saya mempunyai perisian Dewan Eja Pro dan saya dapat istilah "provinsi" ada dalam bahasa Melayu cuma istilah ini jarang digunakan kerana masih baru..Kalau ikutkan ejaan Indonesia yang asal untuk istilah ini adalah "propinsi"..Beberapa tahun kebelakangan ini baru ejaan "provinsi" digunakan dalam bahasa Indonesia diikuti dengan bahasa Melayu..Erm, okey, saya ikut je kata bro..Bro lebih senior, bro lebih tau bagaimana nak mengendalikan Wikipedia ni berbanding saya..Lepas ni saya akan tukar istilah "provinsi" kepada "wilayah"..[[Pengguna:Shah 88|Shah 88]] 10:25, 05 Disember 2007 (UTC)
Erm, okey, saya ikut je kata bro..Bro lebih senior, bro lebih tau bagaimana nak mengendalikan Wikipedia ni berbanding saya..Lepas ni saya akan tukar istilah "provinsi" kepada "wilayah"..[[Pengguna:Shah 88|Shah 88]] 10:25, 05 Disember 2007 (UTC)

Semakan pada 02:30, 5 Disember 2007

Provinsi?

Saya masih meragui penggunaan perkataan "provinsi" terutama dalam bahasa Melayu. Provinsi sebenarnya digunakan oleh pihak kerajaan Indonesia sebagai nama subbahagian negara mereka. Dalam bahasa Melayu, perkataan ini jarang digunakan. Perkataan "wilayah" masih sesuai. Kadang-kala kita tidak harus menterjemah secara terus, malah menggunakan istilah yang paling sesuai. -Yk Yk Yk 14:09, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Perkataan provinsi memang wujud dalam bahasa Melayu. Cuma jarang digunakan. Bagi saya, gunalah yang mana sesuai. ...Aurora... 14:29, 30 November 2007 (UTC)[balas]
Yalah provinsi memang wujud.. Tapi mana yang anda rasa lebih sesuai? -Yk Yk Yk 14:31, 30 November 2007 (UTC)[balas]
Bagi saya perkataan 'provinsi' lebih tepat berbanding 'wilayah'. Perkataan territory jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu juga bererti 'wilayah' atau 'jajahan'.. Jadi, untuk membezakannya saya lebih gemar untuk menterjemahkan perkataan province sebagai 'provinsi'.. Shah 88 12:07, 01 Disember 2007 (UTC)[balas]
Wilayah mempunyai banyak terjemahan - territory, region, province. Sudah saya nyatakan, provinsi merupakan perkataan yang digunakan di Indonesia sahaja, kemudian dimasukkan dalam kamus dewan. Perkataan ini tidak digunakan dalam bahasa Melayu langsung. Itu hujah saya - penggunaan perkataan itu oleh khalayak, bukan seorang sahaja. Apa salahnya guna "wilayah", kita di Wikipedia sudah biasa menggunakkannya sebagai istilah untuk subbahagian negara, tidak kira apa namanya dalam bahasa Inggeris. Contoh: Wilayah Nakhon Ratchasima, Senarai wilayah-wilayah China. Saya amat tegas dalam kes ini kerana saya tidak mahu pengguna lain menggunakan kes ini sebagai alasan menggunakan istilah-istilah pinjaman yang tidak sesuai dalam rencana lain. -Yk Yk Yk 06:59, 3 Disember 2007 (UTC)[balas]
Saya baru perasan Bernama, mStar dan beberapa akhbar lain menggunakan "Wilayah Sempadan Barat Laut", jadi saya rasa baik kita ikut. ...Aurora... 14:33, 3 Disember 2007 (UTC)[balas]
Cuba kau orang lihat artikel Wilayah..Aku gunakan untuk perkataan 'provinsi' untuk membezakan province dengan territory..Untuk pengetahuan bro, province dengan territory adalah dua entiti yang sangat berbeza..Jadi, saya akan terus gunakan perkataan tu..Lagi 1, saya lihat banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa di wikipedia ni..Kalau boleh, sebelum edit artikel tu, rajin-rajinkan pergi ke laman web DBP!
Gunalah bahasa yang sopan sedikit. Sudah anda lihat hujah Aurora, lebih baik kita ikut penggunaan semasa, bukan mengikut agenda diri. Province dan territory mungkin berbeza, tetapi dalam bahasa Melayu, lazimnya kedua-duanya diterjemahkan sebagai wilayah. Itu fakta.
Berkenaan kesalahan bahasa dalam Wikipedia, kita semua tahu bahasa Melayu bukanlah bahasa yang mantap seperti bahasa Inggeris. Peraturan tatabahasa mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut hasil penyelidikan pakar bahasa di DBP. Janganlah menyalahkan pengguna lain. Sebaliknya, kita semua harus berusaha membetulkan segala kesalahan di Wikipedia. Itulah semangat Wikipedia, bukan menjadi emosional apabila ditegur. Kami bukannya nak kenakan anda, cuma berusaha membaiki Wikipedia. Maaf jika anda berasa tidak senang kerana teguran saya. -Yk Yk Yk 02:34, 4 Disember 2007 (UTC)[balas]
Dan satu lagi, kenapakah anda menggunakan istilah "wilayah" untuk province di Thailand? -Yk Yk Yk 02:41, 4 Disember 2007 (UTC)[balas]
Bro, maaf jika saya terkasar bahasa sebelum ini..Saya cuma nak betulkan apa yang salah..Cuba bro fikir, sama tak status Kuala Lumpur dengan Johor?Tak sama kan..Kuala Lumpur adalah sebuah wilayah (territory) dalam bahasa Inggerisnya..Johor adalah ahmpir sama dengan negeri (states) adalah hampir sama dengan provinsi (province)..Shah 88 17:30, 04 Disember 2007 (UTC)[balas]
lagi satu, macam mana nak membezakan antara [|province dan territory di Pakistan] jika bro masih mahu menyamakan kedua-dua entiti dengan mengekalkan perkataan "wilayah"? Menngikut pentadbiran Pakistan kedua-dua entiti adalah berbeza..Shah 88 17:35, 04 Disember 2007 (UTC)[balas]

Saya rasa apa yang anda kurang faham ialah flexibility terjemahan istilah. Bagi anda province mesti provinsi, territory mesti wilayah. Tapi cuba anda lihat di sini: [1] dan [2] Terjemahan yang diberi bagi wilayah ialah territory, province dan region. Ini membuktikan istilah wilayah boleh digunakan untuk mana-mana tiga perkataan itu, mengikut kesesuaian.
Point saya ialah, tidak salah anda menggunakan istilah "provinsi", tetapi saya benar-benar ingin elakkan penggunaan istilah bahasa Indonesia ini kerana:
  1. Perkataan ini tidak digunakan secara meluas oleh penutur bahasa Melayu (hampir tidak digunakan langsung, lebih-lebih lagi dalam media massa, seperti yang dihuraikan oleh saudari Aurora)
  2. Penggunaan istilah "wilayah" terbukti lebih sesuai.
Saya harap anda menerima hujah saya, dan cuba menyesuaikan diri dengan gaya Wikipedia. Saya pernah melihat permasalahan menyunting sebegini dalam Wikipedia bahasa Inggeris, kadangnya saya setuju dengan penggunaan istilah yang "tepat dari segi politik" (politically correct), tetapi akhirnya juga pengguna Wikipedia terpaksa akur kepada penggunaan istilah semasa. -Yk Yk Yk 10:00, 4 Disember 2007 (UTC)[balas]
Untuk territory Pakistan, kita boleh gunakan istilah "kawasan". (Saya bukan enggan menyerah kalah, cuma "berjuang" supaya perkataan provinsi tidak digunakan) Anda belum lagi menjelaskan mangapa kita boleh guna perkataan "provinsi" sedangkan perkataan itu jarang digunakan. Ingat, ini Wikipedia, ensiklopedia untuk rujukan khalayak. Semangat Wikipedia ialah menghasilkan rencana yang bersumberkan fahaman semua orang, dan tidak bercanggah dengan sumber lain.-Yk Yk Yk 10:00, 4 Disember 2007 (UTC)[balas]
Tak boleh bandingkan KL dengan Johor, bandingkan Wilayah Persekutuan (Federal Territory), sama saja tarafnya dengan negeri Johor. Mengenai perbezaan di Pakistan, saya tak tahu, saya cuma mengulang apa yg digunakan di media. Harap anda (Shah 88) dan Yk Yk Yk dapat penyelesaiannya. Sebagai bacaan tambahan: en:Wilayah dan en:Province#Current provinces. Mengikut pemahaman saya, wilayah sama taraf dengan provinsi, tapi bahasa Inggeris gemar menggunakan provinsi. ...Aurora... 15:00, 4 Disember 2007 (UTC)[balas]
Sebenarnya saya mempunyai perisian Dewan Eja Pro dan saya dapat istilah "provinsi" ada dalam bahasa Melayu cuma istilah ini jarang digunakan kerana masih baru..Kalau ikutkan ejaan Indonesia yang asal untuk istilah ini adalah "propinsi"..Beberapa tahun kebelakangan ini baru ejaan "provinsi" digunakan dalam bahasa Indonesia diikuti dengan bahasa Melayu..Erm, okey, saya ikut je kata bro..Bro lebih senior, bro lebih tau bagaimana nak mengendalikan Wikipedia ni berbanding saya..Lepas ni saya akan tukar istilah "provinsi" kepada "wilayah"..Shah 88 10:25, 05 Disember 2007 (UTC)[balas]