[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Tokusatsu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: zh:特攝片
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: vi:Tokusatsu
Baris 30: Baris 30:
[[simple:Tokusatsu]]
[[simple:Tokusatsu]]
[[tl:Tokusatsu]]
[[tl:Tokusatsu]]
[[vi:Tokusatsu]]
[[zh:特攝片]]
[[zh:特攝片]]

Semakan pada 17:26, 9 Mei 2009

Tokusatsu (特撮) ialah istilah bahasa Jepun yang secara harfiahnya bererti "kesan khas." Istilah ini digunakan terutamanya untuk memaksudkan filem dan drama televisyen live-action Jepun yang menggunakan kesan khas.

Isitlah "tokusatsu" ialah singkatan bagi ungkapan Jepun "tokushu satsuei" (特殊撮影), iaitu "fotografi khas". Dalam penerbitan, pengarah kesan khas digelar "tokushu gijutsu" (特殊技術, "teknik khas") atau "tokusatsu kantoku" (特撮監督, "pengarah kesan khas").

Hiburan Tokusatsu biasanya berbentuk cereka sains, fantasi, atau seram, namun filem dan rancangan TV bergenre lain kadang-kadang juga boleh digolongkan sebagai tokusatsu. Jenis hasil tokusatsu yang paling laris termasuklah filem raksasa kaiju (Siri filem Godzilla dan Gamera), siri TV adiwira (Masked Rider dan Metal Heroes), dan drama mecha (Giant Robo). Sesetengah rancangan TV tokusatsu menggabungkan beberapa subgenre ini (siri Ultraman dan Super Sentai).

Tokusatsu ialah salah satu bentuk hiburan Jepun yang paling laris, tetapi kebanyakan filem dan rancangan televisyen tokusatsu tidak dikenali ramai di luar Asia. Namun begitu, baru-baru ini tokusatsu mula menikmati bilangan peminat yang kecil tetapi setia dan mengembang di luar Jepun.

Pautan luar