Kongnamul
Kongnamul | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 콩나물 |
Perumian Semakan | kongnamul |
McCune–Reischauer | k'ongnamul |
Kongnamul, satu contoh masakan Korea, merujuk kepada banchan (hidangan sampingan) berperisa diperbuat daripada tauge kacang soya, serta menjadi istilah untuk tauge itu sendiri dalam bahasa Korea. Ia adalah salah satu banchan yang paling biasa, dan juga sebagai bahan asas bibimbap.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Asal-usul sebenar kongnamul tidak diketahui, tetapi adalah diandaikan bahawa ia telah dimakan sejak zaman Tiga Kerajaan Korea atau awal era Goryeo. Catatan kongnamul boleh didapati dalam dokumen dari era Goryeo, Hyangyak Gugeupbang (hangul: 향약구급방, hanja: 鄕藥救急方) iaitu penanaman tauge ada disebut; apabila Taejo dari Goryeo mengasaskan negara, pihak tentera telah selamat daripada kelaparan dengan tauge yang tumbuh di sungai berdekatan.[2][3]
Dalam dokumen era Joseon, Sallim gyeongje (hangul: 산림경제, hanja: 山林經濟), kaedah memasak turut dinyatakan,[3] dan dalam satu lagi dokumen era Joseon, Seonghosaseol (hangul: 성호사설, hanja: 星湖僿說), dikatakan bahawa orang-orang miskin menggunakan kongnamul untuk membuat juk. Kongnamul sekali lagi disebut dalam Cheongjanggwanjeonseo (hangul: 청장관전서, hanja: 靑莊館全書) sebagai makanan utama yang digunakan semasa kebuluran.[2]
Penyediaan
[sunting | sunting sumber]Selepas akar dan kulit kacang dikeluarkan, tauge direbus. Tauge ditoskan kemudian diperisakan dengan minyak bijan, kicap, bawang hijau cincang, biji bijan, bawang putih cincang, dan taburan serbuk cili.[2]
Hidangan kongnamul
[sunting | sunting sumber]Kongnamul digunakan dalam pelbagai hidangan, dari hidangan nasi kepada jjim makanan laut kukus. Ia adalah bahan utama dalam makanan berikut:
- Kongnamulbap (콩나물밥): nasi dimasak bersama-sama dengan tauge, biasanya dimakan dengan sos berperisa diperbuat daripada minyak bijan dan kicap[4]
- Kongnamulguk (콩나물국): sup tauge biasanya dengan stok ikan bilis kering. Ia adalah sama ada dipedaskan dengan kepingan lada merah atau disaji sama ada panas atau sejuk.[5]
- Kongnamulgukbap (콩나물국밥): nasi dalam sup tauge, makanan istimewa dari daerah Jeonju[5]
- Mideodeokjjim (미더덕찜): mideodeok kukus, resam, dan kongnamul, dengan sos perasa pedas[6]
- Agujjim (아구찜): ikan agwi kukus dengan mideodeok dan kongnamul
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Kongnamul dan lain-lain namul
-
Kongnamulguk
-
Kongnamulguk termasuk serbuk cili merah
-
Haemul jeongol (stimbot makanan laut) termasuk kongnamul
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (Korea) Kongnamul at Doosan Encyclopedia
- ^ a b c (Korea) Kongnamul muchim at Doosan Encyclopedia
- ^ a b (Korea) Kongnamul at Encyclopedia of Korean Culture
- ^ (Korea) Kongnamulbap at Doosan Encyclopedia
- ^ a b (Korea) Kongnamulguk Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
- ^ (Korea) Mideodeokjjim Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kongnamul. |