[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Oktovia Manrose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Octovia Manrose)
Oktovia Manrose
Kelahiran
Wan Syamira Putri Oktovia binti Wan Syahman

(1991-10-29) 29 Oktober 1991 (umur 33)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2013–kini
Pasangan
  • Mohd. Izat Abdul Rahman (k. 2011; c. 2015)
  • Mohamad Khairul Efsan Mdisa (k. 2021)
Anak-anak2
Ibu bapa
Saudara
  • Ramada Manrose (Abang Kandung)
  • Aprena Manrose (Adik Kandung)
  • Nelissa Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Uqasha Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Nelydia Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Raysha Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Danitra Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Qirana Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Arjuna Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosmizai Mohd Noor (Ibu Saudara)

Wan Syamira Putri Oktovia binti Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose (juga disebut Octovia Manrose; lahir 29 Oktober 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Adiknya, Aprena Manrose juga merupakan seorang pelakon.[2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada Selasa 29 Oktober 1991 Masihi bersamaan 20 Rabitul Akhir 1412 Hijrah di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Iwan Syahman yang merupakan penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor, pelakon terkenal era 80-an. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada Manrose dan adiknya ialah Aprena Manrose, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Mengikut jejak langkah sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang lakonan, Octovia menerima pendedahan awal dalam bidang lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah.

Beliau berlakon di samping Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz dalam drama Dendam Aurora; Octovia memegang watak sebagai Hanna. Beliau juga pernah muncul dalam beberapa episod drama Gerak Khas. Beliau berlakon di samping sepupunya, Nelydia Senrose yang bergandingan dengan Addy Ashraf dalam drama Cinta Tiada Ganti, yang diadaptasi dari telenovela Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas. Octovia memegang watak sebagai Fatin.

Octovia membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Minah Moto (2017) arahan Ahmad Idham lakonan Dayana Roza; beliau memegang watak Aju.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Octovia berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain (lahir 23 Disember 2011). Octovia dan Mohd Izat memfailkan perceraian mereka pada 2015.[3] Pada 27 Februari 2019, Octovia dikaitkan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz. Kisah tersebut menyebabkan spekulasi yang hangat antara Octovia dan isteri Aliff, Bella Astillah.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Minah Moto Ayu Filem pertama
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Teratai

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
  • Calon Syurga (2016)
  • Tercipta Untukku (2016)
  • Tangisan Kubur (2017)
  • Balasan Dosa (2017)
  • Adakah Aku Bersalah (2018)
  • Abang Kandung (2018)
  • Dosa Itu Bukan Miliknya (2019)
  • Maaf Zahir Batin Tak Jadi (2020)
  • Tuan Petri Saadong (2020)
  • Obses (2021)
  • Tanam Apa Tu Bang Aji (2022)
  • Kami Nak Jadi Superstar (2023)
  • Tumpat Berdarah (2023)
  • Doa Untuk Dia (2023)

Video muzik

[sunting | sunting sumber]
  • "Biar Aku Simpan" - Bimasakti (2021)
  1. ^ Norhayati Nordin (29 Oktober 2017). Via belum sedia jadi heroin Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  2. ^ Biodata Octovia Manrose Azhan (30 April 2017). Dicapai pada 6 Julai 2018.
  3. ^ Syarridzuan Abdul Rashid (27 Februari 2017). Octovia Manrose bangga besarkan anak seorang diri Berita Harian. Dicapai pada 6 Julai 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]