Tulsa
Tulsa ([ˈtʌlsə, tal.sĕ]) ialah sebuah bandar raya yang terletak di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat. Ia merupakan kota kedua terbesar di Oklahoma dan bandar raya ke-45 terbesar di keseluruhan negara Amerika Syarikat.
Kota ini banyak memainkan peranan sebagai salah satu hub perindustrian minyak petroleum di Amerika Syarikat.[1] Ia juga merupakan pusat kebudayaan dan seni yang ada di negeri Oklahoma.[2][3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penubuhan dan pembangunan
[sunting | sunting sumber]Petempatan asal yang menjadi asas kepada kota ini pada asalnya dalam rantau Indian Territory di mana ia diduduki orang-orang asli puak-puak Lochapoka dan Creek yang tiba dari kawasan Alabama pada tahun 1836 (berdasarkan bukit catatan sejarah) berikutan suatu penghijrahan dipaksa (Trail of Tears),[4] mereka memberi nama Tallasi bererti "bandar lama" dalam bahasa Creek.[4] Petempatan ini dirasmikan pada 18 Januari 1898 dengan pelantikan Edward Calkins sebagai datuk dandar pertamanya.[5]
Telaga minyak pertama dalam kota ini, Sue Bland No. 1,[5] dijumpai pada tahun 1901 serta dimiliki masyarakat asli Bangsa Wazhazhe. Suatu yang lebih besar bernama Glenn Pool yang terletak 15 batu arah selatan Tulsa dijumpsi pada tahun 1905. Penemuan ini segera menarik perhatian banyak pedagang dari Pantai Timur dan Barat Tengah Amerika Syarikat untuk mencuba nasib di sana; populasi petempatan ini meningkat mendadak sehingga lebih 140,000 dari tahun 1901 hingga 1930.[6]
Rusuhan kaum 1921
[sunting | sunting sumber]Tulsa pada awal abad ke-20 mempunyai suatu kawasan yang pesat dan makmur di pusat bandarnya iaitu Greenwood yang diduduki para pedagang dan orang kaya dalam kalangan kaum kulit hitam, sehingga diberi jolokan "Black Wall Street".[7] Kawasan ini musnah teruk berikutan suatu rusuhan kaum yang berlaku di mana gerombolan-gerombolan kulit putih menyerang rumah-rumah kedai dan bangunan di sana dari 31 Mei sehingga 1 Jun 1921 dihentikan para Pengawal Negara (National Guardsmen). Keganasan didorong sentimen perkauman ini menyebabkan 23 warga kulit hitam dan 16 warga kulit hitam terkorban menurut catatan rasmi, namun ada yang menganggarkan sebanyak 300 orang terkorban - kebanyakannya dalam kalangan warga kulit hitam;[7] lebih 800 ratus orang lain cedera manakala 10,000 warga kota kulit hitam kehilangan tempat tinggal mereka akibat kerosakan dan kebakaran yang berleluasa sebanyak 1,256 buah kediaman.
Abad ke-20
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (Mei 2023) |
Geografi
[sunting | sunting sumber]Muka bumi
[sunting | sunting sumber]Tulsa terletak sejauh 99 batu (159 km) dari arah timur Bandar Raya Oklahoma; ia terletak di suatu kawasan berbukit-bukau hutan antara hujung kawasan dataran rumput raya Great Plains dengan kaki pergunungan Ozark. Kawasan kota ini dibahagikan Sungai Arkansas dengan suatu dasar berpasir luas.
Iklim dan suhu
[sunting | sunting sumber]Bandar raya ini beriklim subtropika lembap (Pengelasan iklim Köppen: Cfa) dengan suhu pukul rata tahunan sebanyak 57 °F (14 °C) dan kerpasan purata melebihi setakat 40 inci setahun.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Bandar-bandar kembar
[sunting | sunting sumber]Tulsa dikembarkan dengan beberapa kota utama di seluruh dunia sejak tahun 1956:[8][9]
|
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Everly-Douze, Susan (August 27, 1989). "What's Doing in Tulsa?". New York Times. Dicapai pada 14 April 2007.
- ^ Kapoor, Tarun (19 April 2007). "Business Viewpoint: Private sector plays big downtown role". Tulsa World. Dicapai pada 5 Mei 2007.
- ^ "Tulsa, Oklahoma: Recreation". City Data. 2006. Dicapai pada 6 Mei 2007.
- ^ a b "Tulsa Area History". Tulsa County Library. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2007. Dicapai pada April 25, 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Smith, Jeff (15 September 2005). "Tulsa County History". Roots Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2007. Dicapai pada 27 April 2007.
- ^ Gibson, Campbell (Jun 1998). "Population of the 100 Largest Cities and Other Urban Places in the United States: 1790 to 1990". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2007. Dicapai pada 29 April 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Ellsworth, Scott. "The Tulsa Race Riot". Tulsa Reparations. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2013. Dicapai pada 20 April 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Tulsa's Sister Cities". Tulsa Global Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2007. Dicapai pada 2 2November 007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Sister Cities". Tulsa Global Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2013. Dicapai pada 17 Ogos 2013..
- ^ "Stadt Celle". www.celle.de. Dicapai pada 5 Januari 2010.