Dick Cheney
Richard Bruce Cheney (lahir 30 Januari 1941; Jawi: ريچرد بروس چيني ) merupakan seorang usahawan dan ahli politik yang berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-46 ketika pentadbiran presiden George W. Bush. Seringkali dianggap sebagai Naib Presiden paling berkuasa dalam sejarah Amerika, beliau menamatkan jawatan beliau sebagai naib presiden yang paling kurang popular dalam politik Amerika Syarikat.[1] Beliau kini merupakan naib presiden tertua yang masih hidup, berikutan kematian Walter Mondale.
Dick Cheney ديک چيني | |
---|---|
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-46 | |
Dalam jawatan 20 Januari 2001 – 20 Januari 2009 | |
Presiden | George W. Bush |
Didahului oleh | Al Gore |
Digantikan oleh | Joe Biden |
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat ke-17 | |
Dalam jawatan 21 Mac 1989 – 20 Januari 1993 | |
Presiden | George H. W. Bush |
Timbalan | Donald J. Atwood Jr. |
Didahului oleh | Frank Carlucci |
Digantikan oleh | Les Aspin |
Ketua Pengelola Minoriti Dewan | |
Dalam jawatan 3 Januari 1989 – 20 Mac 1989 | |
Ketua | Robert H. Michel |
Didahului oleh | Trent Lott |
Digantikan oleh | Newt Gingrich |
Pengerusi Sidang Republikan Dewan | |
Dalam jawatan 4 Jun 1987 – 3 Januari 1989 | |
Timbalan | Lynn Morley Martin |
Ketua | Robert H. Michel |
Didahului oleh | Jack Kemp |
Digantikan oleh | Jerry Lewis |
Ahli Dewan Perwakilan A.S. dari daerah besar Wyoming | |
Dalam jawatan 3 Januari 1979 – 2 Mac 1989 | |
Didahului oleh | Teno Roncalio |
Digantikan oleh | Craig L. Thomas |
Ketua Staf Rumah Putih ke-7 | |
Dalam jawatan 21 November 1975 – 20 Januari 1977 | |
Presiden | Gerald Ford |
Didahului oleh | Donald Rumsfeld |
Digantikan oleh | Hamilton Jordan (1979) |
Timbalan Ketua Staf Rumah Putih | |
Dalam jawatan 1974 – 21 November 1975 | |
Presiden | Gerald Ford |
Didahului oleh | Jawatan diasaskan |
Digantikan oleh | Landon Butler |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lincoln, Nebraska, A.S. | 30 Januari 1941
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Lynne Cheney |
Anak | 2 |
Pendidikan | Universiti Wyoming |
Pekerjaan | Usahawan Ahli politik Penulis |
Tandatangan | |
Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai pelatih untuk anggota Kongres William A. Steiger, kemudiannya berkhidmat di Rumah Putih semasa pemerintahan presiden Nixon dan Ford. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Staf Rumah Putih dari tahun 1975 hingga 1977. Pada tahun 1978, beliau terpilih ke Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, dan mewakili daerah kongres besar Wyoming dari tahun 1979 hingga 1989, juga menjawat sebagai ketua pengelola minoriti Dewan pada tahun 1989. Beliau terpilih sebagai Setiausaha Pertahanan semasa kepresidenan George H. W. Bush, dan memegang jawatan tersebut selama sebagian besar penggal pentadbiran Bush dari tahun 1989 hingga 1993. Selama berada di sana, beliau mengawasi Operasi Desert Storm pada tahun 1991. Semasa pentabiran Clinton, beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Halliburton dari tahun 1995 hingga 2000.
Beliau pernah belajar di Universiti Yale namun gagal untuk lulus. Gelaran sarjana dan master dalam bidang sains politik yang diperolehinya dari Universiti Wyoming, masing-masing pada tahun 1965 dan 1966.
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Dick Cheney |
- (Inggeris) Laman rasmi di whitehouse.gov Diarkibkan 2006-10-24 di Wayback Machine
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dick Cheney |