Duci Normandy
Duci Normandie (bahasa Inggeris: Duchy of Normandy , Perancis: Duché de Normandie ) muncul pada tahun 911 akibat daripada Perjanjian Saint-Clair-sur-Epte di antara Raja Charles III dari Francia Barat dan Rollo, pemimpin puak Viking. Duchy telah dinamakan bersempena dengan nama penduduknya iaitu orang Norman.
Duci Normandy Duché de Normandie Ducatus Normanniae | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
911–1259/1469 | |||||||||
Jata | |||||||||
Status | Negeri naungan kepada kerajaan beraja Perancis | ||||||||
Ibu negara | Rouen | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Latin Norman Tua | ||||||||
Agama | Agama Norse Katolik Rom | ||||||||
Kerajaan | Monarki feudal | ||||||||
Duke Normandy | |||||||||
• 911–927 | Rollo (pertama) | ||||||||
• 1035–1087 | William si Penakluk | ||||||||
• 1144–1150 | Geoffrey Plantagenet | ||||||||
• 1199–1216 (1204) | John Lackland (terakhir) | ||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan | ||||||||
911 | |||||||||
1066 | |||||||||
• Normandy ditakluk oleh Anjou | 1144 | ||||||||
• Normandy ditakluk oleh Mahkota Perancis | 1204 | ||||||||
1259 | |||||||||
• Cincin Ducal dimusnahkan | 1469 | ||||||||
• Gelaran ducal nominal Perancis dihapuskan | 1790 | ||||||||
Mata wang | Denier (penny Rouen) | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Perancis Guernsey Jersey |
Bermula pada tahun 1066 sehingga tahun 1204, ia telah dikuasai oleh raja-raja England, kecuali bagi tempoh singkat pemerintahan Robert Curthose (1087–1106), anak lelaki bongsu kepada William si Penakluk tetapi tidak berjaya menuntut takhta England; dan Geoffrey Plantagenet (1144–1150), suami kepada Maharani Matilda dan ayah kepada Henry II.
Pada tahun 1202, Philip II dari Perancis mengistiharkan Normandy dilepaskan kepada beliau dan merampasnya menggunakan tentera pada tahun 1204. Ia kekal menjadi wilayah yang dipertikaikan sehingga Perjanjian Paris pada tahun 1259, apabila pemerintah England melepaskan tuntutannya kecuali Kepulauan Channel; iaitu Bailiwicks di Guernsey dan Jersey, dan jajahannya (termasuk Sark).
Dalam kerajaan Perancis, duchy kadang-kala diasingkan sebagai sebuah appanage untuk ditadbir oleh seorang anggota keluarga diraja. Selepas tahun 1469, ia disatukan secara kekal ke dalam jajahan raja, walaubagaimanapun gelaran kadang kala diberikan sebagai satu gelaran kehormat kepada anggota baharu dari keluarga diraja. Duke Normandy Perancis terakhir bagi situasi ini adalah Louis-Charles, duke bermula pada tahun 1785 sehingga tahun 1789.
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
suntingTemplat:Historic Provinces of France Templat:Germanic peoples