[go: nahoru, domu]

Kiulu merupakan sebuah pekan kecil yang berada di bawah daerah Tuaran, Pantai Barat Sabah, Malaysia. Kawasan Kiulu dikenali sebagai tempat kawasan pelancongan di daerah Tuaran kerana terdapat pelbagai tempat pelancongan yang menarik seperti aktiviti berakit air (water rafting activities). Jarak pekan Kiulu ke bandar Kota kinabalu adalah 47 kilometer manakala jarak pekan Kiulu ke pekan Tuaran adalah 23 kilometer. Pekan Kiulu sememangnya sudah wujud sejak era kolonial lagi dan juga merupakan sebuah mukim di daerah Tuaran (dan kini dinaiktaraf sebagai daerah kecil kedua di daerah Tuaran selepas daerah kecil Tamparuli, iaitu pekan utama yang berdekatan).

Kiulu
Dewan Kiulu
Dewan Kiulu
Etimologi: Pokok 'Tulu' (Buluh Kecil)
Kiulu yang terletak di Malaysia Timur
Kiulu
Kiulu
Koordinat: 6°3′28″N 116°16′54″E / 6.05778°N 116.28167°E / 6.05778; 116.28167Koordinat: 6°3′28″N 116°16′54″E / 6.05778°N 116.28167°E / 6.05778; 116.28167
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahTuaran
Pentadbiran
 • DUNYang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai (GRS-PBS) (Kiulu) Gabungan Rakyat Sabah
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah342
 Populasi di sekitar Kiulu.
Zon waktuMST
Kod kawasan088
Kawasan KejirananTamparuli, Telipok, Pekan Nabalu
Tamu MingguanSelasa

Etimologi

sunting

Asal-usul Kiulu

sunting

Menurut sumber masyarakat yang tinggal di kawasan Kiulu, nama Kiulu diambil berasal daripada buluh kecil yang dipanggil Tulu yang tumbuh di tebing-tebing sungai. Kawasan kiulu pada mulanya tidak mempunyai nama yang spesifik namun terdapat banyak pokok yang tumbuh di kawasan tebing sungai. Maka, masyarakat yang mula meneroka di kawasan tersebut menyebut Kitulu yang bermaksud kawasan yang ada pokok Tulu. Lama-kelamaan istilah 'Kitulu' berubah menjadi nama Kiulu dan menjadi nama rasmi Pekan Kiulu.[1]

Demografi penduduk

sunting

Jumlah penduduk sekitar Kiulu

sunting

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Kiulu pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[2]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 4 290 6 2 17 8 - 8 7 342
2020 (Akan Datang)

Jantina

sunting

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Kiulu pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[2]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 175 167 342

Kawasan tarikan pelancong

sunting

Kiulu White River Rafting

sunting

Aktiviti berakit jeram di Sungai Kiulu adalah tarikan utama pelancong yang menggemarkan cabaran yang agak sederhana dan santai. Sungai Kiulu yang diklasifikasikan sebagai Gred 1 sehingga Gred 2 menjadikan aktiviti yang sangat ideal untuk peringkat permulaan. Jarak berakit paling jauh adalah 15 kilometer apabila paras air tinggi dan 7 kilometer pada paras air biasa dimana ia akan mengambil masa sekitar 1 jam sehingga 2 jam. Syarikat Riverbug Traverse Tours Sdn Bhd merupakan pengendali aktiviti Kiulu White River Rafting.

Zip Borneo – 360° Of Adventure!

sunting

Zip Borneo – 360° Of Adventure! merupakan salah satu daripada kawasan The Adventure Centre (TAC) di bawah pengendalian syarikat Ability Expeditions dengan kerjasama Asia Ability. Kawasan Zip Borneo telah dibina dan dibuka kepada pelancong pada Ogos tahun 2012, dan pengarah urusan Zip Borneo sendiri iaitu David Powell. Struktur kemudahan Zip Borneo yang dibina oleh syarikat Fieldskills Adventures dan pengurus syarikat tersebut pada masa itu adalah Saimon Amos. Zip Borneo Kiulu terletak di kawasan The Adventure Centre (TAC) iaitu berdekatan dengan tebing Sungai Kiulu dan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Kota Kinabalu ke Zip Borneo Kiulu. Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti Zip-line, Wall climbing, High rope challenges, Abseiling dan Archery. Selain itu, syarikat tersebut juga menawarkan aktiviti lain seperti merentas hutan (Jungle trekking), projek kemasyarakatan (CSR), aktiviti teambuilding dan sebagainya. The Adventure Centre (TAC) juga merupakan salah satu kawasan strategik untuk para pelancong untuk menikmati pemandangan indah serta udara segar. Pemandangan kawasan tersebut difokuskan di sungai itu sendiri dengan latar belakang hutan di persekitarannya. Para pelancong atau pengunjung disarankan untuk membuat slot masa tempahan bagi memudahkan pengaturan masa menjalankan aktiviti Zip Borneo.

Berikut merupakan slot tempahan bagi aktiviti Zip Borneo;

Slot tempahan
Sesi Pagi Sesi Petang
9.00AM – 9.30AM 01.00PM – 01.30PM
10.00AM – 10.30AM 02.00PM – 02.30PM
11.00AM – 11.30AM 03.00PM – 03.30PM
12.00AM – 12.30AM 04.00PM – 04.30PM

Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidung Kiulu

sunting

Pusat Rekreasi Tagal di Kampung Poturidong Kiulu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan bimbingan Jabatan Perikanan Sabah. Hasil daripada sistem Tagal atau Bombon telah berjaya menarik minat pelancong untuk singgah bermain dengan ikan-ikan sungai tersebut. Selain itu, Pusat rekreasi Tagal Kampung Poturidong juga menyediakan kawasan untuk perkhemahan, perkelahan dan rumah rehat untuk para pelancong yang datang berkunjung. Pengunjung yang berminat untuk mengadakan aktiviti santai bolehlah datang berkunjung ke Pusat rekreasi ini dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan.[3]

Kondis Point Kiulu Sabah - Campsite and Picnic Centre

sunting

Kondis Point adalah tapak perkhemahan yang popular dan pusat berkelah untuk orang ramai. Jaraknya kira-kira 1.5 jam dari pusat bandar Kota Kinabalu dan hanya mengambil masa 30 minit dari pekan Tuaran. Jika anda suka berkhemah, berkelah atau hanya ingin menikmati hari jauh dari bandar dan menghabiskan masa yang berkualiti di samping sungai yang tenang dengan menikmati alam semula jadi di sepanjang hari. Antara program dan aktiviti di Kondis Point adalah berkhemah, rafting, berkelah, berenang, persembahan kebudayaan dan tradisional, mandi sungai, belajar memasak masakan tradisional.[4]

Mara Kara Hill and Eco Tourism Kampung Sinalapak - Hiking and Camping

sunting

Mara Kara & Eco Tourism Kampung Sinalapak adalah salah satu tempat ekopelancongan luar bandar yang mengetengahkan produk aktiviti reakreasi luar seperti hiking,berhemah,aktiviti air dan pelbagai lagi. Tempat ini sangat terkenal dengan aktiviti hiking dalam kalangan pendaki. Bukit Mara Kara yang berketinggian 2,103 kaki dan laluan hiking yang kaya dengan flora dan fauna sangat sepanjang 9 Kilometer pendakian ke Bukit Mara Kara mampu memberikan kepuasan hati kepada para pendaki yang hiking ke Mara Kara. Sepanjang laluan hiking di tempat ini juga memberikan pemandangan hijau sepanjang laluan, selain daripada itu laluan yang akan mencabar fizikal,mental dan emosi para pendaki memberikan tarikan yang sangat baik kepada pencinta aktiviti reakreasi. Tempat ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai tempat persediaan sebelum mendaki Gunung Kinabalu kerana menguji kekuatan para pendaki.

Lain-lain

sunting
  • Kiulu Farmstay
  • Kiulu Quad Biking
  • Eko pelancongan Talantang
  • Kiulu Riverside Trails
  • Kondis point, Camping site & Recreation centre
  • Eko Pelancongan Mosakot
  • Kiulu Rainforest Park
  • Kiulu Farmstay
  • RS Komandus View Jurasic Land Kiulu
  • Bukit Nomburunggui

Budaya

sunting

Setiap pagi Selasa,[5] 'Tamu' (pasar terbuka asli) diadakan di pekan Kiulu. Di pasar Tamu, hasil, makanan laut, minuman tradisional, kraf tangan dan barang-barang lain dari Kiulu dan kampung sekitarnya akan turut dibeli dan dijual.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Asal-Usul Pekan Kiulu". ppik-pekankiulu.blogspot.com. 29 November 2011. Dicapai pada 9 Ogos 2009.
  2. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 27 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2012. Dicapai pada 1 Mac 2020.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ "Pelancongan dan Rekreasi". www.celcom1cbc.com. 2014. Dicapai pada 21 Januari 2020.
  4. ^ "Kondis Campsite Poturidong Village, Kiulu". sabahruraltourism.com. Dicapai pada 21 Januari 2020.
  5. ^ "Things to do Tamu (Weekly Market) in Sabah". sabahtourism.com. 15 Mei 2018. Dicapai pada 7 Disember 2019.

Pautan luar

sunting
  •   Kategori berkenaan Kiulu di Wikimedia Commons