Komandan Jeneral Marin Diraja
Komandan Jeneral Marin Diraja (Commandant General Royal Marines) ialah ketua profesional Marin Diraja. Jawatan itu telah wujud sejak tahun 1943. Peranan ini dipegang oleh seorang Jeneral yang dibantu oleh seorang Timbalan Komandan Jeneral, yang berpangkat Brigedier.[1] Jawatan ini tidak boleh dikelirukan dengan Kapten Jeneral Marin Diraja, iaitu ketua istiadat. Komandan Jeneral Marin Diraja ialah rakan sejawat kepada Komandan Kor Marin Amerika Syarikat.[2]
Pejabat Komandan Jeneral Marin Diraja | |
---|---|
Kementerian Pertahanan | |
Gelaran | Jeneral |
Singkatan | CGRM |
Anggota bagi | Marin Diraja |
Lapor kepada | Panglima Armada |
Penama | Setiausaha Negara bagi Pertahanan |
Dilantik oleh | Raja Atas nasihat Perdana Menteri, tertakluk pada pengesahan rasmi dari Raja dalam Mesyuarat |
Tempoh jawatan | 1-4 tahun |
Dibentuk | 1825 |
Pemegang pertama | Mejar Jeneral Sir James Campbell |
Timbalan/naib | Timbalan Komandan Jeneral Marin Diraja |
Tapak web | About The Commandant General - Royal Marines |
sunting · sunting di Wikidata |
Peranan sebagai COMUKAMPHIBFOR
suntingPelantikan ini dipegang serentak dengan jawatan Commander United Kingdom Amphibious Forces (COMUKAMPHIBFOR) (Panglima Pasukan Amfibia United Kingdom). Semenjak kewujudan Fleet Battle Staff (Staf Tempur Armada) pada tahun 2001, peranan ini menjadi dua fungsi sebagai Panglima Pasukan Amfibia UK. COMUKAMPHIBFOR merupakan salah seorang dari dua Panglima Operasi Maritim yang berpangkat jeneral dua bintang (yang seorang lagi Panglima Pasukan Maritim UK (COMUKMARFOR), dengan tanggungjawab tertentu bagi peperangan amfibia dan pesisir pantai. Tidak seperti COMUKMARFOR, COMUKAMPHIBFOR diberi tugas memerintah Combined Joint Task Force (Gabungan Pasukan Petugas Bersama) dan ditugaskan membantu seorang komander dua bintang.
Sejarah
suntingPada tahun 1760 tiga kepten tentera laut telah dilantik sebagai kolonel pasukan marin. Walau bagaimanapun, mereka adalah pegawai tentera laut dan ini bermakna pegawai marin paling jauh boleh pergi adalah leftenan kolonel. Sehingga tahun 1771 barulah komandan tiga divisyen (Portsmouth, Plymouth dan Chatham) dilantik.[3] Ketua profesional tunggal pertama Pasukan Marin Diraja ialah Timbalan Ajutan-Jeneral, jawatan yang wujud dari tahun 1825[4] sehingga tahun 1914 apabila jawatan itu dinamakan semula Ajutan-Jeneral:[5][6] pemegang jawatan biasanya berpangkat jeneral penuh.[7] Sejak tahun 1943 ketua profesional Royal Marines adalah Komandan-Jeneral yang memegang pangkat jeneral penuh sehingga tahun 1977, tetapi berubah kepada pangkat leftenan jeneral sehingga tahun 1996, pangkat mejar jeneral sehingga April 2021, pangkat leftenan jeneral sehingga November 2022, dan pangkat jeneral penuh sejak tahun 2022.[8] Leftenan Jeneral Robert Magowan merupakan orang pertama yang memegang jawatan itu dua kali, berkhidmat antara tahun 2016 dan 2017 dan sekali lagi dari tahun 2021 hingga 2022.[9]
Pada 25 November 2022 Royal Marines mengumumkan buat pertama kali sejak 1977, bahawa seorang jeneral penuh akan mengambil alih jawatan itu, orang itu ialah Jeneral Gwyn Jenkins.[10]
Dari tahun 1825 sehingga 1964 markasnya bertukar lokasi beberapa kali dan dikenali sebagai Pejabat Marin Diraja.[11][12]
Komandan Jeneral Marin Diraja
suntingPara Komandan Jeneral mengikut turutan:
- Jeneral Sir Thomas Hunton, 1943–1946
- Jeneral Sir Dallas Brooks, 1946–1949
- Jeneral Sir Leslie Hollis, 1949–1952
- Jeneral Sir John Westall, 1952–1955
- Jeneral Sir Campbell Hardy, 1955–1959
- Jeneral Sir Ian Riches, 1959–1962
- Leftenan Jeneral Sir Malcolm Cartwright-Taylor, 1962–1965
- Jeneral Sir Norman Tailyour, 1965–1968
- Jeneral Sir Peter Hellings, 1968–1971
- Jeneral Sir Ian Gourlay, 1971–1975
- Jeneral Sir Peter Whiteley, 1975–1977
- Leftenan Jeneral Sir John Richards, 1977–1981
- Leftenan Jeneral Sir Steuart Pringle, 1981–1984
- Leftenan Jeneral Sir Michael Wilkins, 1984–1987
- Leftenan Jeneral Sir Martin Garrod, 1987–1990
- Leftenan Jeneral Sir Henry Beverley, 1990–1994
- Lieutenan Jeneral Sir Robin Ross, 1994–1996
- Mejar Jeneral David Pennefather, 1996–1998
- Mejar Jeneral Robert Fulton, 1998–2001
- Mejar Jeneral Robert Fry, 2001–2002
- Mejar Jeneral Anthony Milton, 2002–2004
- Mejar Jeneral David Wilson, 2004
- Mejar Jeneral James Dutton, 2004–2006
- Mejar Jeneral Garry Robison, 2006–2009
- Mejar Jeneral Andy Salmon, Jun 2009 – Februari 2010
- Mejar Jeneral Buster Howes, Februari 2010 – Disember 2011
- Mejar Jeneral Ed Davis, Disember 2011 – Jun 2014[13]
- Mejar Jeneral Martin Smith, Jun 2014 – Jun 2016
- Mejar Jeneral Robert Magowan, Jun 2016 - Jan 2018
- Mejar Jeneral Charles Stickland, Jan 2018 - Jun 2019
- Mejar Jeneral Matt Holmes, Jun 2019 - Apr 2021
- Mejar Jeneral Robert Magowan, Apr 2021 - Nov 2022
- Jeneral Gwyn Jenkins, Nov 2022 - terkini
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Statement from Deputy Commandant General Royal Marines". Royal Navy. 2014-06-09. Dicapai pada 2014-06-14.
- ^ "Marine Corps Leadership". Marine Corps. Dicapai pada 20 May 2016.
- ^ Nicolas, Paul Harris (1845). Historical Record of the Royal Marine Forces. 1. London: Thomas and William Boone.
- ^ "Royal Marines historical time line". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2016. Dicapai pada 27 May 2016.
- ^ "British Admiralty". Naval History. Dicapai pada 21 May 2016.
- ^ "Punch, or the London Charivari". 11 February 1914. Dicapai pada 27 May 2016.
- ^ "Navy List". Admiralty. Dicapai pada 21 May 2016.
- ^ "Senior Royal Navy appointments" (PDF). Dicapai pada 20 May 2016.
- ^ "New Head Royal Marines Takes Role". forces.net. 30 April 2021. Dicapai pada 30 April 2021.
- ^ "Royal Marines appoint new Commandant General". forces.net. 25 November 2022. Dicapai pada 24 March 2023.
- ^ "Royal Marine Office". The Navy List. London, England: John Murray. December 1827. m/s. 124.
- ^ "Records of Royal Marines". nationalarchives.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). London, England: The National Archives. 1688–1983. Dicapai pada 3 January 2019.
Division within ADM
- ^ City brigadier will lead Royal Marines Diarkibkan 2011-12-09 di Wayback Machine This is Plymouth, 5 November 2011.