[go: nahoru, domu]

Pekali Pasukan Kebangsaan UEFA

Pekali Pasukan Kebangsaan UEFA adalah sebuah statistik yang dipergunakan untuk Kedudukan pasukan di peringkat antara kelab dan antara negara. Pekali dikira oleh UEFA sendiri, sebagai pihak berkuasa yang rasmi untuk bola sepak Eropah.

Pekali ini terbahagi dalam tiga jenis:

  1. Pekali Pasukan Kebangsaan: digunakan untuk Kedudukan pasukan kebangsaan, untuk menentukan status pilihan di kelayakan dan pusingan akhir pertandingan Piala Eropah UEFA.
  2. Pekali liga: digunakan untuk Kedudukan liga-liga Eropah berdasarkan prestasi kelab persatuan ahli, untuk menentukan jumlah kelab peserta di Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Eropah UEFA.
  3. Pekali kelab: digunakan untuk Kedudukan kelab individu, untuk menentukan status pilihan di Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Eropah UEFA.

Pekali Pasukan Kebangsaan

sunting

Pekali pasukan kebangsaan UEFA masing-masing berasal dari keputusan pasukan nasional sepak bola Eropah, dan hanya dikira oleh UEFA setiap dua tahun sekali pada bulan November.

Tujuan bagi pekali ini adalah UEFA boleh menentukan pasukan negara mana yang masuk status pilihan untuk undian pusingan kelayakan sehingga pusingan akhir Euro. Dengan melaksanakan pekali UEFA dalam sebuah cabutan, pasukan-pasukan besar akan saling mengelak di babak kelayakan. Namun untuk Piala Dunia, pekali UEFA tidak lagi terpakai, melainkan Kedudukan FIFA.

Pengiraan mata

sunting

Sebelum Euro 2008, pekali ini hanya ditentukan melalui keputusan yang diraup pasukan ne.gara Caranya dengan membahagikan jumlah perolehan mata yang diraih (tiga mata untuk kemenangan, satu untuk keputusan seri) dengan jumlah perlawanan yang dimainkan dalam dua babak kelayakan bagi Piala Dunia atau Piala Eropah. Hasil bagi pusingan perlawanan-penentuan tidak dikira. Untuk beberapa pasukan, hanya satu babak kelayakan yang dikira, apabila mereka tuan rumah dalam satu bagi dua perlawanan terakhir.

Kaedah seperti ini diubah selepas Euro 2008, di mana sebuah pasukan memperoleh mata bagi setiap perlawanan dalam lima kelayakan kejohanan akhir atau pusingan akhir Piala Dunia atau Piala Eropah.[1][2][3]

Berikut penentuan perolehan mata:

  1. 10.000 mata diberikan untuk setiap perlawanan yang dimainkan.
  2. Diberikan tambahan 30.000 mata untuk setiap kemenangan, 20.000 mata untuk kemenangan melalui penentuan penalti, dan 10.000 mata untuk keputusan seri atau kalah penentuan penalti.
  3. Tambahan mata yang antara bagi 6,000 hingga 38,000 diberikan untuk pusingan perlawanan-penentuan atau pusingan akhir.
  4. Setiap gol yang dijaringkan, 501 mata diberikan, dan 500 mata dikurangkan untuk setiap gol yang dijaringkan.
  5. Jumlah mata bagi semua keputusan di atas diuruskan dengan jumlah perlawanan yang dimainkan pasukan negara berkenaan.
  6. Rumusnya sedikit berbeza untuk negara tuan rumah yang tidak mengikuti pusingan kelayakan.
  7. Kejohanan yang lebih baru bebanannya dua kali lebih tinggi dengan kejohanan yang paling lama.

Pekali liga

sunting

Pekali liga digunakan untuk tujuan Kedudukan liga-liga Eropah, sekaligus menentukan jumlah kelab yang mengambil bahagian di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah. Pekali kumpulan dikira berdasarkan keputusan yang diraih kelab dalam liga berkenaan di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah bagi lima musim akhir.

Untuk pusingan-pusingan awal di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah, jumlah mata yang diperolehi kelab-kelab bagi liga berkenaan dibagi dua, dan diberikan mata bonus untuk:

  • Layak ke pusingan kumpulan Liga Juara-Juara = 4 mata tambahan
  • Layak ke pusingan 16 Liga Juara-Juara = 5 mata tambahan
  • Layak ke pusingan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan khir Liga Juara-Juara dan Liga Eropah = masing-masing 1 mata tambahan
Catatan;
Mata bonus ditambah ke jumlah mata yang diraih dalam satu musim.

Pekali kelab

sunting

Pekali kelab ditentukan melalui keputusan-keputusan yang diraih kelab di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah selama lima musim akhir. Pekali ini merangkumi 20% pekali liga ditambah jumlah mata yang diraih kelab selama lima musim akhir.[4][5]

Kelab meraih dua mata untuk setiap kemenangan dan satu mata untuk keputusan seri. Penyertaan di peringkat kumpulan mendapat empat mata. Kemudian untuk setiap pusingan kalah mati yang dicapai di Liga Juara-Juara, atau suku akhir dan seterusnya di Liga Eropah, diberikan tambahan satu mata.

Untuk Kedudukan pasukan, keputusan di pusingan kelayakan tidak dikira, dan mengikuti sistem perolehan mata sebagai berikut:[4]

Pusingan Perolehan mata
Liga Juara-Juara Liga Eropah
Pusingan 1 0.5 0.25
Pusingan 2 1 0.5
Pusingan 3 1
Pusingan 4 1.5
Pusingan kalah mati 2
Makluman

Mata kelayakan di atas tidak terkumpul. Pusingan ketiga dan keempat kelayakan Liga Juara-Juara tidak ada perolehan mata kerana pasukan yang kalah akan masuk pusingan seterusnya di Liga Eropah. Kelab yang layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sudah diberikan mata bonus (lihat di atas). Dua mata di peringkat kumpulan Liga Europa adalah sebuah minimum dan tidak akan ditambah ke jumlah mata yang diraih pada peringkat kumpulan. Kesimpulannya, semua pasukan yang mengambil bahagian sekurang-kurangnya mendapat mata di pusingan kelayakan atau mata bonus.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "EXCO approves new coefficient system". UEFA (dalam bahasa Inggris). 20 Mei 2008. Dicapai pada 11 Mei 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "New UEFA National Team Coefficient Ranking System" (PDF) (dalam bahasa Inggris). UEFA. 20 Mei 2008. Dicapai pada 11 Mei 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "National Team Coefficient Ranking -Technical explanation" (PDF) (dalam bahasa Inggris). UEFA. Oktober 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b "UEFA Coefficients calculation method" (dalam bahasa Inggris). Bert Kassies. Dicapai pada 11 Mei 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "UEFA Club Coefficients 2012-2013" (dalam bahasa Inggris). UEFA. Dicapai pada 11 Mei 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

sunting