[go: nahoru, domu]


Politik Thailand pada masa ini berlangsung dalam rangka kerja raja berperlembagaan, yang mana Perdana Menteri adalah ketua kerajaan dan raja ialah ketua negara. Jabatan kehakiman pula bebas dari cabang-cabang eksekutif dan legislatif.

Kerajaan-kerajaan beraja Thai dan kerajaan beraja Siam terakhir adalah di bawah pemerintahan mutlak raja-raja. bagaimanapun, selepas 'revolusi demokratik' di dalam tahun 1932, negara ini secara rasminya telah menjadi negara di bawah demokratik beraja berperlembagaan dengan satu perdana menteri sebagai ketua kerajaan dan perlembaagan bertulis pertama telah dikeluarkan. Semenjak daripada itu, Thailand sudah mempunyai tujuhbelas piagam dan perlembagaan, menunjukkan satu ketidakstabilan politik yang tinggi dan kekerapan rampasan kuasa tentera yang tinggi dihadapi oleh negara berkenaan. Selepas beberapa rampasan kuasa tentera yang berjaya, regim-regim tentera akan merubah perlembagaan yang ada dan membuat perlembagaan interim yang baru.

Politik berpelembagaan

sunting

Semua perlembagaan dan piagam Thailand telah mengenali kerajaan beraja dengan satu raja berperlembagaan, tetapi dengan satu keseimbangan kuasa yang berbeza-beza di antara cabang-cabang kerajaan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.