Perkhidmatan pos
Sesebuah perkhidmatan pos (atau ڤوس pos sahaja - pinjaman Belanda: post serapan Perancis poste lanjut dari Itali: posta "persinggahan tukar kuda, pancang" terbitan kata kerja porre "meletakkan"[1]) bertujuan menghantar dan mengutus surat, poskad atau bungkusan khusus dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam laluan atau destinasi yang ditetapkan; melalui suatu sistem memusatkan semua barangan yang dihantar dari penduduk kawasan yang ditadbir. Perkhidmatan sebegini tidak sahaja mengendalikan barang surat sahaja - sesetengah negara misalnya juga mengendalikan sistem telefon dan telegraf sekaligus (yakni postal, telegraph and telephone, PTT), ada juga yang menguruskan simpanan tetap dan faedah deposit (misalnya Post Office Savings Bank di United Kingdom dan Bank Simpanan Nasional selepas Malaysia merdeka) malah juga pendafataran dan pemerolehan pasport.
Meskipun perkembangan teknologi terkini (dari telegraf hinggalah ke mel elektronik) pesat maju dengan kelebihan kelajuan penghantaran serta keselamatan kandungan yang sangat terjamin, penghantaran secara fizikal masih digunakan untuk tujuan perdagangan serta atas alasan persendirian tertentu - misalnya keperluan menandatangani dokumen sebagai bukti sah atau mengikut aturcara penerimaan tertentu dalam urusan rasmi.
Peraturan berkaitan kaedah menghantar dan bertukar surat dan barangan dalam rangkuman sejagat antara negara-negara disediakan dan ditetapkan Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union, UPU) melalui keanggotaan 192 negara seluruh dunia.
Latar belakang
suntingCatatan bertulis pertama yang menggambarkan suatu sistem berutus dokumen bertulis wujud di Mesir Purba di mana fara'inah menggunakan khidmat utusan diraja mereka bagi menghantarkan titah diraja bertulis dalam kawasan pemerintahan mereka seawal tahun 2400 sebelum Masihi. Bukti penghantaran surat itu sendiri dikesan dari tamadun ini seawal tahun 255 SM.[2]
Sistem penghantaran pos itu sendiri merupakan antara kuasa teraju utama pengangkutan yang semakin maju dan laju - sistem landasan kereta api disertakan prasarana pejabat pos di setiap persinggahan. Lori surat turut dipakai bagi mengirimkan surat secara besar-besaran. Penghantaran mel melalui udara pertama kali dilakukan antara kawasan-kawasan Hendon and Windsor, Berkshire di pinggir bandar London pada 9 September 1911,[3] kaedah ini lagi dikembangkan untuk tujuan menghantar surat antara benua-benua.
Keperluan menggunakan khidmat pos semakin beralih kepada penghantaran barangan sejak dekad 2000-an dengan adanya teknologi tertentu seperti laman lelongan (eBay misalnya) atau gedung dalam talian sejak tahun 2000-an.
Sistem pengendalian
suntingPenghantaran surat dan barangan dikendalikan badan baik daripada pihak pemerintah mahupun swasta di mana kesemua badan ini ditetapkan berdasarkan peraturan dan kawalan serta perjanjian antarabangsa disegerakkan Kesatuan Pos Sedunia. Kesatuan ini turut mentakrifkan piawai dalam kadar pembayaran serta setem atau perangko gunaan.
Sesetengah negara mengendalikan perkhidmatan mereka sebagai syarikat sendirian berhad tanpa perlunya monopoli sah.
Kod
suntingSistem kod khas disediakan (poskod atau Kod ZIP) agar memudahkan penghantaran surat dan barangan secara terauts dan sistematik antara ribuan lokasi yang ada dalam pemetaan bandar serata negara tadbiran. [4]
Pembayaran
suntingRegulasi ditetapkan UPO memudahkan surat dan bungkusan dihantar dalam kadar yang murah dan berpatutan.
Cara pembayaran dahuluan biasanya diatur dengan pembelian setem untuk dilekatkan kepada sampul surat sebelum kandungan dihantar.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Lihat:
- "pos". Indisch Lexicon: Indische woorden in de Nederlandse literatuur. 't Goy-Houten:HES & De Graaf. 2005. m/s. 448. ISBN 9061943396.
- M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "post (posterijen, briefvervoer)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.
Ontleend aan Frans poste ‘gezamelijke postrijders belast met briefvervoer; plaats om postpaarden te wisselen’ [1480; TLF], dat zelf ontleend is aan Italiaans posta ‘halteplaats, vast punt op een weg; koeriersdienst’ [15e eeuw; Rey], [verleden deelwoord] van porre ‘plaatsen, stellen’, ontwikkeld uit Latijn pōnere ‘plaatsen’, zie → positie. Uit de betekenis post ‘halteplaats, standplaats’ ontwikkelden zich die van postpaard, postrijder en postvervoer.
CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ "History". Universal Postal Union. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-10. Dicapai pada 2 Oktober 2013.
- ^ Baldwin, N. C. (1960). Fifty Years of British Air Mails'. Francis J. Field Ltd. m/s. 5.
- ^ "Perkhidmatan penghantaran cepat". Universal Postal Union. Dicapai pada 2 Oktober 2015.