[go: nahoru, domu]

Red Chillies Entertainment

Red Chillies Entertainment ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran filem India yang ditubuhkan oleh Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan pada tahun 2003. Ia telah bertukar nama dari Dreamz Unlimited yang tidak beroperasi. Perolehannya ialah sekitar $ 500 crore.

Red Chillies Entertainment
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriFilem
PendahuluDreamz Unlimited
Ditubuhkan2003 (dahulu dikenali sebagai Dreamz Unlimited pada 1999)
PengasasShah Rukh Khan
Gauri Khan
Ibu pejabatMumbai, India
Tokoh pentingShah Rukh Khan
(pengerusi bersama)
Gauri Khan
(pengerusi bersama)
Venky Mysore
(CEO)
Pradeep Nimani
(CFO)
KeluaranPajakan Sunting ini di Wikidata
PembahagianRed Chillies VFX
KidZania
Kolkata Knight Riders
Cape Town Knight Riders
Trinbago Knight Riders
Red Chillies Advertising
Film Production
Film Distribution
Tapak webwww.redchillies.com
Facebook: RedChilliesEnt Twitter: RedChilliesEnt Instagram: redchilliesent Youtube: UCjJKg01HAP01xCLVhDmnLhw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Red Chillies telah membentuk studio filem sepenuhnya di India. Aktiviti studio ini merangkumi pembangunan kreatif, penerbita , pemasaran, pengedaran, pelesenan, cenderamata dan pensindiketan filem di India dan seluruh dunia.[1] Mereka juga ialah syarikat kesan visual utama.

Selain daripada penerbitan filem, RCE mempunyai studio kesan visual yang dikenali sebagai Red Chillies VFX, yang dianggap sebagai syarikat kesan visual utama India.[2] Syarikat ini juga mempunyai kepentingan 55% di dalam pasukan kriket Liga Perdana India, Kolkata Knight Riders, Trinbago Knight Riders dari Liga Perdana Caribbean dan Cape town Knight Riders[3] dari T20 Global League.

Sanjiv Chawla adalah bekas CEO syarikat itu, sementara Gauri Khan berkhidmat sebagai penerbit. Pada Februari 2013, Venky Mysore, Ketua Pegawai Eksekutif Kolkata Knight Riders mengambil alih tanggungjawab tambahan sebagai ketua Red Chillies Entertainment.[4][5]

Rujukan

sunting
  1. ^ "businessofcinema.com". 2014-08-21.
  2. ^ Jha, Lata (2018-03-19). "How Red Chillies VFX emerged as a strong post-production option for Bollywood". Live Mint (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 December 2018.
  3. ^ MSN MSN Sports
  4. ^ Raghavendra, Nandini (19 February 2013). "Shahrukh Khan's 'Red Chillies' appoints Venky Mysore as CEO". Economic Times. Dicapai pada 19 February 2013.
  5. ^ Sexy Sam's Birthday Plans. Filmfare.com (2012-09-20). Retrieved on 2013-12-23.

Pautan luar

sunting