Temenggong Johor
Temenggung Johor atau Dato' Temenggung Seri Maharaja Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggung Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggung Johor telah diberikan kawasan pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai kawasan pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggung Muar di Muar. Keturunan Temenggung kemudiannya mengasaskan Kesultanan Johor Moden di tanah besar Johor dengan Sultan Johor Moden pertama dari Wangsa Temenggung ialah Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim.
Senarai Temenggung Johor dari Wangsa Bendahara / Wangsa Temenggung
suntingTemenggung | Tempoh berkhidmat | Nota | Rujukan |
---|---|---|---|
Temenggung Tun Abdul Jamal ibni Bendahara Tun Abbas | 1757–1802 | Berketurunan Wangsa Bendahara dan berkahwin dengan Raja Daeng Maimunah binti Opu Daeng Perani dari keturunan Wangsa Diraja Bugis Luwu dan keturunan mereka berdua dikenali sebagai Wangsa Temenggung | [1] |
Temenggung Tun Abdul Hamid ibni Temenggung Tun Abdul Jamal | 1802–1803 | [2] | |
Engku Muda Muhammad ibni Temenggung Tun Abdul Jamal (de facto) | 1803–1806 | Menolak jawatan Temenggung kerana mahukan jawatan Yang Dipertuan Muda tetapi ditolak oleh Sultan Mahmud Shah III | [3][4] |
Temenggung Tun Abdul Rahman ibni Temenggung Tun Abdul Hamid | 1806–8 Disember 1825 | Dikurniakan Johor dan Singapura serta pulau-pulau di sekitarnya sebagai kawasan pegangan oleh Sultan Mahmud Shah III | [5] |
Tun Haji Abdullah ibni Temenggung Tun Abdul Rahman (de facto) | 8 Disember 1825–19 Ogos 1841 | Tidak pernah ditabalkan secara rasmi sebagai Temenggung Johor | [6] |
Temenggung Tun Daeng Ibrahim ibni Temenggung Tun Abdul Rahman | 19 Ogos 1841–31 Januari 1862 | Menjadi pemerintah Johor selepas menandatangani Perjanjian Setia 1855 | [7] |
Temenggung Tun Abu Bakar ibni Temenggung Tun Daeng Ibrahim | 31 Januari 1862–30 Jun 1868 | Menjadi Maharaja Johor pada tahun 1868 dan kemudian menjadi Sultan Johor pada tahun 1886 | [8] |
Senarai Maharaja Johor dari Wangsa Bendahara / Wangsa Temenggung
suntingMaharaja | berkhidmat | Nota | Rujukan |
---|---|---|---|
Maharaja Abu Bakar ibni Temenggung Tun Daeng Ibrahim | 30 Jun 1868–13 Februari 1886 | Ditabalkan sebagai Maharaja Johor oleh Raja Ali Haji, sejarawan Bugis dan penasihat kepada Yang Dipertuan Muda Riau | [9][10] |
Senarai Sultan Johor dari Wangsa Bendahara / Wangsa Temenggung
suntingSultan Johor | pemerintahan |
---|---|
Sultan Hajji Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah | 13 Februari 1886 – 4 Jun 1895 |
Sultan Hajji Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur | 7 September 1895 – 8 Mei 1959 |
Sultan Sir Ismail Al-Khalidi | 8 Mei 1959 – 10 Mei 1981 |
Sultan Hajji Mahmudd Iskandar I | 11 Mei 1981 – 22 Januari 2010 |
Sultan Hajji Sir Ibrahim Ismail | 23 Januari 2010 – kini |
Lihat juga
sunting- Daeng dan Andi - Gelaran Bangsawan Bugis
- Kesultanan M)elaka
- Kesultanan Lingga-Riau
- Malaysia
- Sejarah Singapura
- Sultan Johor
Nota kaki
sunting- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 129
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 183 & 185
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 185
- ^ R.O. Winstedt (2020), A History Of Johore 1365-1895, halaman 117
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 185
- ^ "The Bendahara Dynasty". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2024. Dicapai pada 16 September 2024.
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 249-251
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 267, 274-275 & 302-304
- ^ R.O. Winstedt (2020), A History of Johore (1365-1895): Re-edited version, halaman 172
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 275