[go: nahoru, domu]

Westland Lynx merupakan helikopter British yang direka oleh Westland Aircraft dan dibina di kilang Westland di Yeovil, membuat penerbangan pertama pada 21 Mac 1971 sebagai Westland WG.13. Pada asalnya bertujuan sebagai pesawat utiliti bagi kegunaan awam dan tentera laut, minat ketenteraan mendorong kepada pembangunan kelainan tentera laut dan medan pertempuran, yang mula beroperasi pada 1977 dan kemudiannya diguna pakai oleh pasukan bersenjata oleh lebih sedozen negara. Helikopter ini kini dibina dan dipasarkan oleh AgustaWestland.

Lynx/Super Lynx
Peranan Helikopter
Pengeluar Westland Aircraft
AgustaWestland
Penerbangan sulung 21 Mac 1971
Diperkenalkan 1978
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat British
Tentera Laut Diraja British
Tentera Laut Perancis
Tentera Laut Jerman
Dikeluarkan 1978-kini
Kelainan Westland 30

Pembangunan

sunting

Sebagai sebahagian perjanjian helikopter Inggeris-Perancis yang ditandatangani pada Februari 1967, syarikat Perancis Aérospatiale diberikan bahagian kerja dalam program pengilangan.

Apabila dipandu oleh Roy Moxam pada 1972, ia memecah rekod 15 dan 25 km dengan terbang pada kelajuan 321.74 km/j. Ia turut membuat rekod litar tertutup baru 100 km tidak lama kemudian, terbang pada kelajuan 318.504 km/j. Pada 1986, sebuah Lynx diubah suai khas dengan kipas BERP (British Experimental Rotor Programme), didaftar sebagai G-LYNX dan dipandu oleh John Egginton membuat rekod kelajuan mutlak bagi helikopter pada litar 15 dan 25 km dengan kelajuan sehingga 400.87 km/j (249.09 bsj)[1]. Lynx merupakan helikopter lincah, mampu membuat bulatan dan pusingan (loops and rolls).

Tentera British memesan 100 Lynx AH (Army Helicopter) Mk.1 bagi pelbagai peranan, termasuk pengangkutan taktikal, pengiring bersenjata, pertempuran anti-kereta kebal (dengan lapan peluru berpandu TOW), pengintipan dan pengunduran. Tentera British telah melengkapi sistem Marconi Elliot AFCS pada Lynx bagi penstabilan automatik pada tiga paksi.

Spesifikasi (Super Lynx Series 100)

sunting
 

Data dari Flight International World Aircraft and Systems Directory (Edisi 3)

Ciri umum
  • Anak kapal: 2 atau 3
  • Panjang: 15.24 m (50 kaki)
  • Diameter rotor: 12.80 m (42 kaki)
  • Tinggi: 3.67 m (12 kaki 0.5 in)
  • Ceper luas: 1,385.4 m (128.71 kaki²)
  • Berat kosong: 3,291 kg (7,255 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 5,330 kg (11,750 lb)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce Gem turboshaft, 835 kW (1,120 shp) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Rujukan

sunting
  1. ^ "Fédération Aéronautique Internationale (FAI) - Rotorcraft World Records". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-21. Dicapai pada 2008-03-07.
  2. ^ army.mod.uk: Lynx AH7 & AH9

Pautan luar

sunting