Mohd Khairul Ikhwan Rosli
Mohd Khairul Ikhwan Rosli (lahir 6 Oktober 1983) atau lebih dikenali sebagai Ikhwan Rosli merupakan seorang penyampai radio, pengacara, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Hot FM (2006-16) dan Kool FM (2016-17).[1]
Ikhwan Rosli | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Khairul Ikhwan bin Rosli 6 Oktober 1983 |
Nama lain | Ikhwan Lein |
Pekerjaan | Penyampai radio, pengacara, pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 2006–kini |
Majikan | Media Prima (2006–17) |
Pasangan | Nor Hidayu Mohd Shari (k. 2017) |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Hasnah Ibrahim |
Keluarga | Erna Elliyana (adik) |
Kehidupan awal
Ikhwan dilahirkan pada 6 Oktober 1983 di Kuala Lumpur kepada pasangan Rosli Ali dan Hasnah Ibrahim (meninggal 1995). Beliau merupakan anak kelima dari enam beradik, adik bongsunya Erna Elliyana ialah seorang penyanyi. Ibu beliau, Hasnah merupakan pelakon terkenal era 80-an.
Kerjaya
Radio
Beliau menyertai Hot FM sewaktu stesen radio itu mula beroperasi pada 15 Januari 2006. Ikhwan merupakan salah seorang penyampai terawal bersama Faizal Ismail, Fara Fauzana, Muhammad Azmir Selamat (AG) dan Sharifah Aleya. Semasa tempoh berkhidmat di Hot FM, beliau mengendalikan rancangan Hot FM Jam dan Hot FM Prelud.
Ikhwan bersama-sama AG dan Liza Khairudin menyertai Kool FM pada Mac 2016 selepas 10 tahun berkhidmat di Hot FM. Beliau menamatkan khidmatnya Kool FM pada 24 November 2017.[2]
Lakonan
Mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, Allahyarhamah Hasnah Hashim, Ikhwan mula berkecimpung dalam bidang lakonan seawal usia 10 tahun. Beliau ditawarkan berlakon dalam sitkom bertajuk Kawan arahan Aziz M. Osman yang bersiaran di TV3 pada 2006. Tiga tahun kemudian, beliau memegang watak utama dalam sitkom Bong, yang berjaya melonjakkan nama dan bakat Ikhwan.
Muzik
Ikhwan juga berbakat dalam bidang muzik dan menggunakan nama "Nawhki" dalam kerjaya muziknya. Beliau pernah menyumbangkan suaranya untuk lagu "Sudah-Sudah" nyanyian kumpulan pop Singapura, Dynda.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Nor Hidayu Mohd Shari pada 7 Januari 2017 dan dikurniakan anak perempuan bernama Nur Aiira Orked. Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Mohd Isaac Iman dari perkahwinan pertama isterinya.[3]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Kawan | TV3 | Drama pertama | |
2007-2009 | Bong | Bong | TV9 | |
2018 | Selafaz Cinta | Azrel | Astro Prima | |
2019 | Gerak Khas (Musim 19) | Aziz | TV2 | Episod: "Kifarah" |
Suri Katriana | Ady | Astro Prima | ||
2022 | Risik Pada Hati | Farid | TV3 | |
2023 | Bukan Puteri Lindungan Bulan | Johan | ||
2024 | SeOfis | Dato Ashburn | Tonton |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
Januari 2006 – 26 Februari 2016 | Jam Hot | Hot FM |
3 Mac 2016 – 24 November 2017 | Malam Kool | Kool FM |
Diskografi
- "Sudah-Sudah" (Dynda menampilkan Ikhwan; 2013)
Rujukan
- ^ Norhayati Nordin (29 Jun 2018). 12 tahun cukuplah Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (25 November 2017). Ikhwan tinggalkan Kool FM Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Disember 2016). Ikhwan pilih bersederhana Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2017.