Siti Elizad
Siti Elizad Mohd Sharifuddin (lahir 25 Mei 1984) merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994.[3] Sejak 15 Julai 2019 hingga 24 November 2023, beliau merupakan salah seorang DJ di radio Sinar.[4]
Siti Elizad | |
---|---|
Kelahiran | Siti Elizad binti Mohd Sharifuddin 25 Mei 1984 |
Nama lain | Elizad Sharifuddin, Ejad |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyanyi |
Tahun aktif | 1994–kini |
Majikan |
|
Ketinggian | 5 ft 7 in (1.7 m) |
Pasangan | Shamsul Baharin Rahman (k. 2015) |
Ibu bapa |
|
Kemunculannya pada era 1990an sezaman dengan Bell Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay serta pelakon lain yang mula aktif sejak 1990an.
Kehidupan awal
Siti Elizad, lebih mesra dengan panggilan Ejad dilahirkan pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak ke empat daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Sharifuddin Baharuddin (lahir 1947) dan Nazariah Mohd Salleh (1951-2013), beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan juga berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kerjaya
Siti Elizad memulakan kerjaya lakonan pada 1994 ketika berusia 10 tahun sebagai pelakon kanak-kanak di TV Pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, beliau meninggalkan bidang lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.
Pada tahun 1998, pada usia 14 tahun, beliau pernah menyertai pertandingan Asia Bagus di Singapura. Tidak terhenti di situ, beliau juga turut mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat rancangan One in a Million musim ketiga yang bersiaran pada 2008.[5]
Selepas tamat Tingkatan 5, Siti Elizad kembali aktif pada 2002 dengan bergiat aktif sebagai model dan pernah menyertai Puteri Era Felisa dan dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.[6][7] Pada tahun 2004, beliau membintangi filem sulungnya, Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Datuk Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Zulhijjah.[8][9][10] Seterusnya, pada 2005, beliau membintangi dua filem — Gangster arahan Bade Hj. Azmi dan Rock arahan Mamat Khalid.[11][12]
Beliau kemudian berehat dari bidang hiburan selama tujuh tahun dari tahun 2006 sehingga 2013 kerana menjaga ibu Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh yang kurang sihat, sehinggalah ibunya meninggal dunia, sebelum kembali aktif.[13]
Beliau bersama Ungku Ismail Aziz muncul dalam supertelefilem Travelling Beruang yang turut mencetuskan kempen kesedaran kanser dengan nama sama, yang mana setiap dana yang dikumpul disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA).[14]
Kejayaan beliau hadir pada 2015 ialah menerusi watak utama lakonannya sebagai Kyra Lydia dalam drama Slot Akasia TV3, Teman Lelaki Upahan yang kembali menggandingkan beliau bersama Ungku Ismail Aziz. Selepas Teman Lelaki Upahan, beliau muncul dalam dua lagi siri drama lakonannya, Dia Isteri Luar Biasa dan Aku Pilih Kamu serta filem Coverina bersama Pekin Ibrahim. Elizad sekali lagi bergandingan bersama Ungku Ismail dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai, jam 9.30 malam di TV1.[15] Dalam telefilem arahan Mohd Al-Bakari Harith terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini berkisarkan tentang konflik dan kekeliruan yang melanda Airin dalam mengharungi kehidupan yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Ammar Titan dan Mubarak Majid.[15]
Beliau juga berbakat dalam bidang muzik apabila menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria. Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menerima wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.[16][17] Ibunya sendiri, Allahyarhamah Nazariah, ketika hayatnya pernah menyatakan impian beliau untuk melihat Elizad mencipta nama dalam bidang seni suara.[5]
Pada tahun 2016, beliau muncul dalam drama Lambaian Ramadan bersempena bulan Ramadan, seterusnya berlakon bersama Amar Baharin dalam siri drama Si Kolot Suamiku di Astro Ria. Dalam drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Fazlyn Ridz, Elizad memegang watak sebagai Tengku Nur Edrina, seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Elizad dan Amar didalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.[18]
Pada tahun 2019, Siti Elizad muncul dalam drama Slot Widuri RTM, Aku Yang Kau Tinggalkan yang mana beliau membawakan watak Nia Athirah, berpasangan sekali lagi bersama Ungku Ismail Aziz yang memegang watak Zaril Ikhwan. Drama ini turut dikatakan hangat, seterusnya dicalonkan dalam kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2019.
Gempak Superstar
Persembahan
Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, Siti Elizad menyanyikan lagu:
- Minggu 1: "Tiada Lagi" nyanyian asal Mayang Sari
- Minggu 2: "Ku Bahagia" nyanyian asal Melly Goeslaw
- Minggu 3: "Pengemis Cinta" nyanyian asal Ella
- Minggu 4: "I'ris" nyanyian asal Awie dan "Cintaku 100%" nyanyian asal Mas Idayu
- Minggu 5: "Gerimis Mengundang" nyanyian asal Slam (duet bersama Ronnie Hussein)
- Minggu 6: "Makhluk Tuhan Paling Sexy" nyanyian asal Mulan Jameela dan "Ketulusan Hati" nyanyian asal Anuar Zain
Carta penyingkiran
Minggu: | 1 (10/Apr) | 2 (17/Apr) | 3 (24/Apr) | 4 (1/Mei) | Separuh Akhir (8/Mei) | Akhir(15/Mei) | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kedudukan | Peserta | Keputusan | |||||||||
1 | Siti Elizad | Kekal | Pertama | ke-2 | ke-2 | ke-3 (3 Tercorot) | Juara |
Kehidupan peribadi
Ibu bapa Elizad mengalami masalah kesihatan. Bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin menghidap penyakit mata,[19] manakala ibunya, Nazariah Mohd Salleh pula menghidap penyakit Parkinson dan meninggal dunia pada Januari 2013. Elizad merupakan anak saudara pelakon Asmahani Hussein.
Elizad berkahwin pada 11 Januari 2015 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan beliau berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.[20][21]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Berlari Ke Langit | Zulhijjah | Filem pertama |
2005 | Gangster | Ria | |
Rock | Khatijah @ Kathy | ||
2006 | Bilut | Mariam | |
Main-Main Cinta | Sarimah | ||
2007 | Cinta Yang Satu[22] | Jamilah | |
2009 | Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Dayang | |
2012 | Mael Lambong | Awek Cun | Penampilan khas |
2014 | Tembus | Anissa | |
2015 | Coverina | Rina | |
2016 | Harmonika | Ika | |
2017 | Kolestrol vs Cinta | Suria | |
2018 | Takdir The Movie | Soffiya | Tayangan Filem Amal |
2021 | 18 Puasa Di Kampong Pisang | Kiambang | Astro First |
Antara Pintu | Ibu | Shortfilm Astro Gempak | |
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa | Kiambang | Astro First |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Ejen 016 | Alpha 0146 | TV3 | |
2007 | Mas Kahwin | Mas | Astro Prima | |
Bayang-Bayang Musyrik | TV1 | |||
2008 | Ezora | TV3 | ||
2009 | La Dolce Amira | Maznah | ||
Rempit vs Impak Maksima | Fila | |||
2010 | Adnan Sempit the Series | Astro Warna | ||
2011 | Cinta Antara Kita | Dania | TV3 | |
Jamilah I Love You | Astro Ria | |||
Antara Garisan | ||||
2012 | Opah: Hadirmu Satu Anugerah | TV1 | ||
2013 | Iman Nabila | Yasmin | TV3 | |
Tanah Kubur (Musim 8) | Faridah | Astro Oasis | Episod: "Zalim Dusta" | |
Jihad Iskandar | Mila | Astro Prima | ||
Aku Isterinya | Lisa | TV3 | ||
Kerana Lelaki Itu | Diana | TV9 | ||
2014 | Jiwa | Fara | TV3 | |
Tanah Kubur (Musim 10) | Murni | Astro Oasis | Episod: "Pukau Jin" | |
Alam Maya | Kina | TV9 | ||
Tanah Kubur (Musim 12) | Mariam | Astro Oasis | Episod: "Fitnah" | |
Kerana Terpaksa Aku Relakan | Ilyana | TV3 | ||
Masihkah Ada Cinta | Leen | |||
2015 | Teman Lelaki Upahan | Kyra Lydia | ||
Dia Isteri Luar Biasa | Kak Long Zahra | |||
Aku Pilih Kamu | Nadiya | |||
Kifarah Mistik | Milah | Episod: "Mandi Bunga" | ||
Sirah | Niza | Episod: "Cukur Jambul" | ||
2016 | Bodyguard | |||
Lambaian Ramadan | Shila | |||
Si Kolot Suamiku | Tengku Edrina | Astro Ria | ||
2017 | Papa Ricky | Zara | Astro Prima | |
My Darling, Inspektor Daniel | Inspektor Hannah | Astro Ria | ||
Syurga Yang Kedua | Sabrina | Astro Prima | ||
2018–2020 | Gerak Khas | Sophia | TV2 | Pelakon undangan |
2018 | Dian | Dian | ntv7 | |
Dapur Kongsi | Mia | |||
2019 | Cinta Tanpa Henti | Maya | TV3 | |
Aku Yang Kau Tinggalkan | Nia Athirah | TV1 | ||
Puteri Yang Ditukar | Aini/Ustazah Ainol | Astro Prima | ||
2020 | Safi Eliksir ke Hatimu | Elisa | TV3 | |
Bila Cupid Jatuh Cinta | Sheila | Penampilan khas | ||
Jalan Sesat Ke Syurga | Inara | Astro Prima | ||
2021 | Sayap Bagimu | Kak Siti | TV3 | Sitkom |
Hati Yang Dikhianati | Tasya | Astro Prima | ||
2024 | Restu | Sara | IQIYI | |
Mentua | Emilia | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Bersalji Di Kuala Lumpur | Nadia | Astro Citra |
2013 | Korban Kasih | Amanina | TV AlHijrah |
Mr Feminin | TV9 | ||
2014 | Pilihan Rozana | Suraya | TV3 |
Mambo No. 5 | TV1 | ||
Kekabu Anjang | TV2 | ||
Angsa Masak Cabai | Lisa | TV3 | |
Anak Aku Bukan Milik Aku | Maya | ||
2015 | Sebelum Takbir Bergema | Asmira | |
Kasih Kamelia | Kamelia | ||
Hanya Suara | Aina | TV1 | |
Pencinta | Arissa | ||
Mimi Tapau | Salmi | TV3 | |
Isteriku Bukan Tukang Masak | Hana | Astro Maya HD | |
Travelling Beruang | Miss Kat | TV3 | |
Bukan Wanita Sempurna | Liza | ||
2016 | Dendam Manisa | Manisa | |
Ayah Den Lopeh | Siti | Astro Ria | |
Jubah Untuk Airin | Airin | TV1 | |
Janji Hati | Karmila | TV2 | |
Duit Raya | Syarmin | TV9 | |
Payung Emas | Nora | TV AlHijrah | |
2017 | Berebut Kasih | Hawa | TVi |
Puisi Sedih Al-Kitab | Nadirah | TV3 | |
Rasuk | Marina | Astro Citra | |
Menantu Malam Raya | Leha | Astro Ria | |
2018 | Kampung Kuala Lambat | Murni | Astro Citra |
Setan Dalam Poket | Yati | ||
Tulus Cinta | Maira Suraya | TV3 | |
Telingkah | Tun Fatimah | TV2 | |
2019 | Sehelai Selendang Putih | Zahra | TV3 |
Kipas Belum Mati | Eliza | Astro Citra | |
2021 | Angkara Dendam | Manja | |
2023 | Sepahtu Rewang Kampung Kenangan | Kak Ejad | Astro Warna |
2024 | Kasihnya Angah | Shida | TV3 |
Antara Pilihan | Hani | TV1 |
Web drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Ghaib | Inspektor Anita | Tonton | Drama adaptasi novel Projek Seram Terowong |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Gempak Superstar | Peserta | Astro Ria | Juara[23][24] |
Sepahtu Reunion Live | Sabariah | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Alahai Kasim" | |
2017 | Super Spontan Superstar | Artis Jemputan | ||
Sepahtu Reunion Live | Fatimah | Artis Jemputan: Episod "Dari Keratong ke Kota London" | ||
Perang Jantina | Pengacara | Astro Ria | ||
Festival Filem Malaysia ke-29 | Pengacara bersama Zizan Razak | |||
Rockanova 2017 | Juri Jemputan | Astro Prima | ||
MeleTOP | Pengacara | Pengacara jemputan bersama Nabil Ahmad | ||
2018 | Super Spontan Xtravaganza | Peserta | Astro Warna | Kumpulan Sotong Kangkung |
The Sherry Show & Friends | Pengacara | TV3 | Pengacara jemputan bersama Sherry Alhadad | |
2019 | Mingguan Wanita (Musim 2) | Astro Prima | ||
Sepahtu Reunion Live | Maria | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Apa Dosaku" | |
2020 | Warna Pecah raya | Artis Jemputan | ||
Apa Ada Dengan Dot dot dot | Pengacara | Astro Ria | ||
2021 | Panggung Karoot | Artis Jemputan | Astro Warna | |
Apa Ada Dengan Dot dot dot (Musim 2) | Pengacara | Astro Ria | ||
Bawang Live | Pengacara Jemputan | |||
Tak Kot Raya | Artis Jemputan | Astro Warna | ||
Anugerah Malam Ini | Awesome TV | |||
Luahan Selebriti | Astro Ria | |||
Music Video Playback (MVP) | Pengacara | Astro 100 | ||
Apa Ada Dengan Dot dot dot (Musim 3) | Astro Ria | |||
Mencari Sepahtu Yang Hilang | Juri Jemputan | Astro Warna | ||
2022 | Sepahtu Reunion Live Tour | Arinah | Artis Jemputan: Episod "Khilaf Seorang Ayah" | |
2024 | Sembang Sahur | Artis Jemputan | TV3 |
Teater
Tahun | Tajuk | Peranan | Tempat |
---|---|---|---|
2006 | Suzanna@60 | Zunika | Istana Budaya |
Muzik video
Tahun | Tajuk lagu | Artis undangan |
---|---|---|
2019 | "Ratu" | Faizal Tahir |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
15 Julai 2019 – 24 November 2023 | Duo Sinar & Pagi Di Sinar | Sinar |
Diskografi
Tahun | Tajuk lagu | Syarikat Rakaman | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | "Haiyaya" | Paranormal Records | OST drama Encik Suami Mat Salih Celup |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon |
2016 | — | Tercalon | ||
2017 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 | Aktres Pilihan | Lambaian Ramadan | Tercalon |
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Tulus Cinta | Tercalon |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Pelakon TV, Pengacara, Penyampai Radio, Artis Versatil & Gandingan Serasi Drama | — | Tercalon |
2021 | Asia Contents Awards 2021 | Best Short-form / Web Drama | Antara Pintu | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyampai Radio Popular | — | Tercalon |
Rujukan
- ^ Dunia baharu Siti Elizad Kosmo!. 7 Mei 2016.
- ^ Impak pesona Siti Elizad Kosmo!. 5 Oktober 2016.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid, "Elizad semakin selesa di lokasi", Berita Harian, 28 Disember 2003.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Julai 2019). "Elizad artis versatil". Metro Ahad. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ a b Siti Elizad cuba tunai hasrat ibu Zaidi Mohamad. BH Online. 31 Mac 2016.
- ^ Khairull Azleyana Ishak (26 Mei 2002). "Ilmu pasport melangkah lebih jauh". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2020.
- ^ "Ijad buru impian". Berita Minggu. 18 Ogos 2002. Dicapai pada 17 Januari 2020.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (29 Disember 2003). "Elizad semakin selesa di lokasi". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2020.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 Julai 2004). "Berlari Ke Langit naikkan Elizad". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2004. Dicapai pada 25 Februari 2014.
- ^ Norhadiani Baharom (1 November 2004). "Ejad mula resah". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ Meor Riduwan Ahmad (11 Ogos 2004). "Peluang kedua Siti Elizad". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ Ramlah Zainal (3 Julai 2004). "Tekad Elizad". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ Siti Elizad rindu rendang arwah ibu.
- ^ Telefilem Travelling Beruang jadi kempen kanser Berita Harian. 14 Jun 2015.
- ^ a b Telemovie JUBAH UNTUK AIRIN Satukan Siti Elizad & Ungku Ismail Budiey. Sensasi Selebriti. 4 Julai 2016.
- ^ Elizad Juara Gempak Superstar Astro Gempak. 16 Mei 2016.
- ^ Tidak harap trofi Amirah Amali Syafaat. Utusan Malaysia. 2 Oktober 2016.
- ^ Siti Elizad mohon maaf lakonan mesra bersama Amar Baharin Feride Hikmet Atak. BH Online. 7 September 2016.
- ^ Siti Elizad guna wang kemenangan ubati penyakit mata bapa mStar. 16 Mei 2016.
- ^ Elizad dah bergelar isteri Harian Metro. 7 April 2015.
- ^ Shamsul penyelamat Elizad Kosmo!. 14 April 2015.
- ^ Nor Fadzilah Baharudin (9 Februari 2007). Siti Elizad harap tuah Cinta Yang Satu Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Februari 2015.
- ^ Siti Elizad Juara Gempak Superstar, Bawa Pulang RM100,000 mStar. 16 Mei 2016.
- ^ RM 100, 000 milik Siti Elizad Sudirman Mohd Tahir. Harian Metro. 16 Mei 2016.