[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Madu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2264140 pada 15:04, 15 Julai 2012 oleh Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Sebalang madu dengan alat kayu penitisnya.

Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.

Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.

Madu mendapat rasa manis daripada fruktos monosakarida dan glukos. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar.[1][2] Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pengadunan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.[2] Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dalam madu kerana kurangnya aktiviti air sebanyak 0.6 dalamnya.[3] Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.[4]

Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran[5], kitab suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.

Rasa madu berbeza berdasarkan sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalynology) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.[6] Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalynology yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar seperti kajian zarah-zarah radioaktif, habuk atau pencemaran zarahan.[7][8]

Pembentukan

Madu adalah sejenis pemanis monosakarida seperti fruktosa dan glukosa dan rasa manisnya hampir sama dengan rasa manis dari sumber pemanis gula granul.[1][2] Ia mempunyai sifat kimia yang atraktif untuk tujuan pembuatan roti, kek dan biskut, dan mempunyai rasa yang cemerlang dan menarik sehinggakan ramai pengguna madu mengatakan madu lebih manis dari larutan gula pekat dan lain-lain bahan pemanis.[1] Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup dan membesar dalam madu kerana ia mempunyai aktiviti air yang rendah kira-kira 0.6.[9] Kerana itu madu diklasifikasikan sebagai makanan yang lambat rosak dan hampir tidak rosak atau tidak basi. Walaubagaimanapun, madu kadang-kala mengandungi endospora bakteria dari spesies Clostridium botulinum, dimana sangat merbahaya pada janin dimana endospora bakteria mampu menghasilkan toksin-hasilan bakteria dalam sistem intestinal janin pra-matang, yang membawa kepada penyakit dan seterusnya kematian[10] (lihat Health hazards dibawah).

Khasiat

Penggunaan madu dalam sejarah manusia dalam pelbagai jenis makanan, minuman, pemanis, perasa malah barangan kegunaan harian seperti bahan zat tambahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan telah lama diadaptasikan. Madu juga mempunyai nilai dan sumbangan dalam agama dan simbol yang tersendiri. Madu telah banyak digunakan dalam pelbagai tradisi perubatan samada moden mahupun tradisional juga dikatakan mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Kajian mengenai debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat diterangkan dalam sumber flora madu.[11] Ini kerana lebah mampu membawa cas elektrostatik, dan mampu menarik zarah-zarah yang lain, teknik sama melissopalinologi yang digunakan dalam kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.[12][13]

Kajian di Malaysia. mendapati madu mampu menjadi agen antibakteria.[14] Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin.[15] Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin.[16] Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat.[17][18][19]

Kualiti madu

Fail:Ujikaji ringkas pengenalpastian madu asli.jpg
Satu ujikaji ringkas pemalsuan mutu madu menggunakan air sejuk. A) Madu asli melimpah dan mendap di dasar B) dan C) Madu bercampur dengan sirap: apabila madu homogenus bercampur dengan 70% sirap gula (sukros) tidak melimpah terus ke dasar dan membentuk putaran dan kekeruhan hampir secara terus, hanya selepas menuangkan dalam kuantiti yang banyak atau berlaku ketika mengacau air. Madu sirap tersebut mendap tidak sekata di dasar. D) 70% sirap gula sahaja; Kekeruhan lebih jelas dan tiada mendapan sekata apabila ia mencapai ke dasar.
Hanya 23% madu yang dijual di tepi jalan Malaysia didapati tulen.[20]

Amat sukar untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu madu di pasaran. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara mudah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu madu itu tulen atau tidak.[21]

Terdapat pelbagai kes yang dilaporkan penjualan madu palsu di Malaysia.[22] Modus operandi yang digunakan oleh pembekal ialah dengan menggunakan orang Asli sebagai penjual madu di tepian jalan-jalan kampung.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c National Honey Board. "Carbohydrates and the Sweetness of Honey". Capaian 15 Julai 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "NHB carbs" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c Oregon State University. "What is the relative sweetness of different sugars and sugar substitutes?". Capaian 15 Julai 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Oregon State University" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Lansing Prescott, John P. Harley, Donald A. Klein (1999). Microbiology. Boston: WCB/McGraw-Hill. ISBN 0-697-35439-3.
  4. ^ Shapiro, Roger L.; Hatheway,, Charles; Swerdflow,, David L. (1998). "Botulism in the United States: A Clinical and Epidemiologic Review". Annals of Internal Medicine 129 (3): 221–8. DOI:10.1059/0003-4819-129-3-199808010-00011. PMID 9696731.
  5. ^ al-Quran (16:69)
  6. ^ Vaughn M. Bryant, Jr. (2001). "Pollen Contents of Honey". CAP Newsletter 24 (1): 10–24.
  7. ^ Mercuri AM, Porrini C. (1991). "Melissopalynological analysis applied to air pollution studies in urban areas of Modena and Reggio Emilia (Italy)". Aerobiologia 7 (1): 38–48. DOI:10.1007/BF02450016.
  8. ^ Tonelli D, Gattavecchia E, Ghini S, Porrini C, Celli G, Mercuri AM. (1990). "Honey bees and their products as indicators of environmental radioactive pollution". Journal of Radioanalytical and Nuclear Chemistry 141 (2): 427–436. DOI:10.1007/BF02035809.
  9. ^ Lansing Prescott, John P. Harley, Donald A. Klein (1999). Microbiology. Boston: WCB/McGraw-Hill. ISBN 0-697-35439-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Shapiro, MD, Roger L.; Hatheway, PhD, Charles; Swerdflow, MD, David L. (August 1, 1998). "Botulism in the United States: A Clinical and Epidemiologic Review". Annals of Internal Medicine. 129 (3): 221–8. PMID 9696731. Unknown parameter |DUPLICATE DATA: pmid= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  11. ^ Vaughn M. Bryant, Jr. "Pollen Contents of Honey". CAP Newsletter 24(1):10–24, 2001.
  12. ^ Mercuri AM, Porrini C. (1991). "Melissopalynological analysis applied to air pollution studies in urban areas of Modena and Reggio Emilia (Italy)". Aerobiologia. 7 (1): 38–48. doi:10.1007/BF02450016.
  13. ^ Tonelli D, Gattavecchia E, Ghini S, Porrini C, Celli G, Mercuri AM. (1990). "Honey bees and their products as indicators of environmental radioactive pollution". Journal of Radioanalytical and Nuclear Chemistry. 141 (2): 427–436. doi:10.1007/BF02035809.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  14. ^ Ainul Hafiza A.H., Yusof N., and Maimon A., (2005) Potential of Malaysian Local Honey as an Antibacterial Agent (Potensi Madu Tempatan Malaysia sebagai Agen AntiBakteria). Sains Malaysiana , 34 (1). pp. 17-20. ISSN 01266039
  15. ^ Nuriza bt. Tumin, and Arsyiah N. bt. Halim A., and Shahjahan, M., and Noor Izani N.J., and Sattar,Munavvar A., and Abdul Hye Khan, and Mohsin S.S.J., (2005) Antibacterial Activity Of Local Malaysian Honey. Malaysian Journal of Pharmaceutical Sciences, 3 (2). pp. 1-10. ISSN 16575-7319
  16. ^ Shukrimi A., and Sulaiman A.R., and Halim A.Y., and Azril A., (2008) A Comparative Study between Honey and Povidone Iodine as Dressing Solution for Wagner Type II Diabetic Foot Ulcers. Medical Journal of Malaysia, 63 (1). pp. 44-46. ISSN 0300-5283
  17. ^ Fathihah B., and Mahmood A.A., and Sidik K., and Salmah I/, (2005) The Antiulcer and Cytoprotective Effects of Ageratum Conyzoides - Honey Combination in Rats. Journal of the University of Malaya Medical Centre (JUMMEC), 8 (1). pp. 28-32. ISSN 1823-7339
  18. ^ Nur Jannah M.H., and Mahmood A.A., and Sidik K., and Salmah I., (2006) Cytoprotective effects of honey in combination with aqueous and ethanol extracts from chromolaena odorata L.(Eupatorium Odoratum L.) in rats. Journal of the University of Malaya Medical Centre (JUMMEC), 9 (1). pp. 7-13. ISSN 1823-7339
  19. ^ Tan , M.K.; Hasan Adli , D.S.; Tumiran , M.A.; Abdulla , M.A.; Yusoff , K.M. (2012) The efficacy of Gelam Honey dressing towards excisional wound healing. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine. Division of Biohealth Science, Institute of Biological Sciences, Faculty of Science, University of Malaya.
  20. ^ __. (2010) InfoTani: Teknologi Pemeliharaan lebah madu. Jabatan Pertanian Malaysia.
  21. ^ R. Krell. (1996) Value-added Products from Beekeeping. Quality control. Food and Agriculture Organization of the United Nations. Bulletin no. 124
  22. ^ __. (2008) Orang Asli Digunakan Untuk Jual Madu Tiruan. Bernama. Capaian 15 Julai 2012

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA