Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa
Anugerah IIFA | |
---|---|
Semasa: Anugerah IIFA ke-20 | |
Jenis | Anugerah filem |
Penerangan | Kecemerlangan dalam pencapaian sinematik di Bollywood |
Tarikh | 2000 |
Negara | India |
Disampaikan oleh | Akademi Filem India Antarabangsa |
Kali pertama | 2000 |
Liputan televisyen/radio | |
Rangkaian | Sony TV STAR Plus Colors TV |
Diterbitkan oleh | Wizcraft International |
Tapak web | |
iifa.com | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa (juga dikenali sebagai Anugerah IIFA) ialah satu anugerah yang disampaikan setiap tahun oleh Akademi Filem India Antarabangsa untuk mengiktiraf kecemerlangan seni dan teknikal profesional di Bollywood, industri filem bahasa Hindi. Didirikan pada tahun 2000, upacara ini diadakan di berbagai negara di seluruh dunia setiap tahun dengan yang paling baru diadakan di Mumbai pada 18 September 2019.
IIFA Utsavam ialah segmen India Selatan dari Anugerah IIFA tahunan. Anugerah diperkenalkan pada tahun 2016, sekitar filem yang dikeluarkan pada tahun 2015. IIFA Utsavam yang pertama diadakan pada 24 dan 25 Januari 2016 di Stadium Athletic Gachibowli, Hyderabad, India.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Anugerah pertama disampaikan pada tahun 2000 di The Millennium Dome di London, United Kingdom. Sejak itu, anugerah diadakan di lokasi di seluruh dunia yang menandakan kejayaan antarabangsa Bollywood. Sejak tahun 2000, acara itu telah berkembang dari acara satu malam hingga sambutan tiga hari, menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti berkaitan dengan industri perfileman India.[2]
Penghargaan ini menghormati filem-filem dari tahun kalendar sebelumnya. Amitabh Bachchan ialah Duta Jenama IIFA sejak penubuhannya. Pada tahun ke-10 (2009), lima anugerah khas diperkenalkan: Bintang Dekad (Lelaki dan Perempuan), Filem Dekad, Muzik Dekad, dan Pengarah Dekad.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "IIFA Utsavam 2016: Baahubali and Thani Oruvan win maximum number of awards".
- ^ "IIFA AWARDS 2012 Singapore Watch Online". BoloIndia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2013. Dicapai pada 20 July 2012.
- ^ "Golden Decade Honours to be given at IIFA 2009". Thaindian.com. 24 May 2009. Dicapai pada 26 June 2011.