[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Anupam Kher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anupam Kher
Hindi: अनुपम खेर
Kher pada 2013
Kelahiran (1955-03-07) 7 Mac 1955 (umur 69)
WarganegaraIndia
PekerjaanPelakon, penerbit, pengarah
Tahun aktif1982–kini
PasanganKirron Kher (k. 1985)
SaudaraRaju Kher (adik)
Anugerah Padma Shri (2004)
Padma Bhushan (2016)

Anupam Kher (lahir 7 Mac 1955) ialah seorang pelakon India yang telah tampil dalam 400 filem dan beberapa persembahan pentas.[1][2] Kebanyakannya bekerja dalam filem-filem India, beliau juga muncul dalam filem-filem antarabangsa terkenal seperti filem pencalonan Golden Globe 2002 Bend It Like Beckham, filem pemenang Golden Lion 2007 karya Ang Lee Lust, Caution, dan filem pemenang Oscar 2013 karya David O. Russell Silver Linings Playbook. Kher memenango Anugerah Filmfare untuk Persembahan Terbaik dalam Peranan Komik sebanyak lima kali. Untuk lakonannya dalam filem Vijay, beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Beliau memegang jawatan di Lembaga Pensijilan Filem Pusat dan Sekolah Drama Nasional di India.[2] Kerajaan India mengurniakannya anugeraj Padma Shri pada 2004 dan Padma Bhushan pada 2016 untuk jasa-jasanya dalam bidang perfileman dan seni persembahan.

Isterinya, pelakon Kirron Kher ialah seorang ahli Parlimen India dari Chandigarh.[3]

  1. ^ Anupam Kher
  2. ^ a b "Chairman's Profile". Actorprepares.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-18. Dicapai pada 24 Jun 2011.
  3. ^ "Anupam Kher meets Narendra Modi". Times of India. 20 Mei 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]