[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Bulbophyllum nocturnum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5917929 pada 13:12, 23 Julai 2023 oleh Surat Layang (bincang | sumb.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Bulbophyllum nocturnum
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Orchidaceae
Subkeluarga: Epidendroideae
Tribus: Dendrobieae
Genus: Bulbophyllum
Spesies:
B. nocturnum
Nama binomial
Bulbophyllum nocturnum
J.J.Verm., de Vogel, Schuit. & A.Vogel

Bulbophyllum nocturnum ialah spesies anggerik sakat yang tumbuh di kawasan New Britain. Ia diterangkan pada tahun 2011, dan spesies anggerik sulung yang bunganya kembang pada waktu malam dan menguncup pada waktu siang.[2]

Bulbophyllum nocturnum tumbuh sebagai sakat di hutan hujan di New Britain pada altitud 240–300 meter (790–980 ka).[2][3] Jenis spesimen ini dijumpai di kawasan pembalakan Agengseng, sekitar Hulu Sungai Argulo di Wilayah New Britain Barat.[2] Setakat 2018, IUCN menaksirkan spesies ini sebagai Terjejas, diancam oleh pembalakan dan penanaman tanaman.[4]

Pengenalan dan fenologi

[sunting | sunting sumber]

Bulbophyllum nocturnum mempunyai daun yang 6.2 sentimeter (2.4 in) panjang dan 3.2 cm (1.3 in) lebar. Ia menghasilkan batang berbunga hanya 5 mm (0.2 in) panjang, yang mengeluarkan jambak yang terdiri daripada bunga tunggal. Bunganya berukuran sekitar 2 cm (0.8 in) panjang, dengan sepal berwarna hijau kekuningan dan sedikit warna merah berhampiran pangkal; hujung bunga berwarna merah gelap, sementara di setiap kelopak bunga berwarna merah kuning; kelopak apendej pula berwarna kekelabuan.[2]

B. nocturnum dipercayai satu-satunya spesies anggerik yang secara rutin kembang pada waktu malam.[2] Spesies anggerik lain iaitu Dendrobium amboinense, dilaporkan oleh seseorang, mengembangkan bunganya pada tengah malam dan menguncup sebelum tengah hari, manakala laporan lain menyatakan bahawa bunga ini juga kembang pada waktu subuh.[4] Pendebungaan B. nocturnum masih tidak diketahui kerana masa bunga itu kembang sangat sekejap.[5]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Bulbophyllum ialah genus terbesar dalam keluarga Orchidaceae, dan juga salah satu genus terbesar tumbuhan berbunga.[2] B. sek. Epicrianthes ialah seksyen genus yang terdiri daripada 38 spesies, 18 daripadanya endemik di New Guinea. Bunga dalam seksyen ini dianggap "pelik", dengan apendej kelopaknya sering melekat pada tangkai halus yang panjang dan apendejnya melambangkan jasad berbuah pada kulapuk lendir seperti Arcyria dan Stemonitis.[2] B. nocturnum diterangkan pada tahun 2011 oleh satu pasukan saintis dari Taman Botani Diraja, Kew dan Universiti Leiden, dalam Jurnal Taman Botani Persatuan Linnean. Gelaran spesifiknya nocturnum merujuk kepada fenologi tumbuhan ini yang berbunga malam.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Chadburn, H.; Schuiteman, A. (2018). "Bulbophyllum nocturnum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T119251227A119262558. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T119251227A119262558.en.
  2. ^ a b c d e f g h André Schuiteman, Jaap Jan Vermeulen, Ed de Vogel & Art Vogel (2011). "Nocturne for an unknown pollinator: first description of a night-flowering orchid (Bulbophyllum nocturnum)". Botanical Journal of the Linnean Society. 167 (3): 344–350. doi:10.1111/j.1095-8339.2011.01183.x.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Mark Kinver & Victoria Gill (22 November 2011). "Botanists discover 'remarkable' night-flowering orchid". BBC News. Dicapai pada 22 November 2011.
  4. ^ a b "Bulbophyllum nocturnum". Species profile. Royal Botanic Gardens, Kew. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-25. Dicapai pada 22 November 2011.
  5. ^ Tom Lawrie (23 November 2011). "World's first night-flowering orchid discovered". Australian Geographic. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-30. Dicapai pada 30 November 2011.