Georg Wilhelm Friedrich Hegel
Georg Wilhelm Friedrich Hegel | |
---|---|
Era | Ahli falsafah abad ke-19 |
Falsafah | Ahli falsafah Barat |
Sekolah | Pengasas Hegelianisme |
Kepentingan utama | Logik, Falsafah sejarah, Estetika, Agama, Metafizik, Epistemologi, Falsafah Politik, |
Idea cemerlang | Idealisme mutlak, Dialektik |
Georg Wilhelm Friedrich Hegel (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡeɔɐ̯k ˈvɪlhɛlm ˈfʁiːdʁɪç ˈheːɡəl]) (27 Ogos, 1770 – 14 November, 1831) merupakan seorang ahli falsafah Jerman, salah seorang pencipta Idealisme Jerman.
Falsafah Hegel menjadi pengaruh banyak pemikir dan penulis dengan pendapat yang tersendiri.[1] Karl Barth menyatakan beliau sebagai "[Thomas] Aquinas dalam kalangan orang Protestan"[2] manakala Maurice Merleau-Ponty pula menulis bahawa that "kesemua ide-ide falsafah terhebat dari kurun yang lepas—falsafah-falsafah Marx dan Nietzsche, fenomenologi, eksistensialisme Jerman dan psikoanalisis—dimulakan daripada Hegel."[3]
Biografi
Kehidupan awal
Hegel dilahirkan di Stuttgart pada 27 Ogos 1770. Keluarga Hegel adalah sebuah keluarga kelas menengah yang mapan di Stuttgart. Ayahnya merupakan seorang pegawai negeri dalam administrasi pemerintahan di Württemberg. Hegel adalah seorang anak yang sakit-sakitan dan hampir meninggal dunia kerana cacar sebelum mencapai usia enam tahun. Hubungannya dengan kakak perempuannya, Christiane, sangat erat dan tetap akrab sepanjang hidupnya.
Pada masa kecilnya, beliau lahap membaca bahan kesusasteraan, surat khabar, karangan falsafah dan tulisan-tulisan tentang berbagai topik lainnya atas galakan ibunya yang progresif dan aktif mengasuh perkembangan intelektual anak-anaknya.
Karier di universiti
Georg berpindah ke Heidelberg tidak lama selepas beliau mendapat tawaran suatu jawatan di suatu universiti di kawasan tersebut pada tahun 1816. Di sinilah beliau menerbitkan Enzyklopädie der philosophischen Wissenschaften im Grundrisse pada tahun berikutnya sebagai ringkasan untuk para pelajar syarahan falsafahnya.
Pada 1818, beliau menerima tawaran menduduki Kerusi Falsafah Universiti Berlin. Beliau dilantik sebagai Rektor Universiti Berlin beberapa lama kemudian pada Oktober 1829, namun jawatan tersebut agak singkat sehingga tamat pada September 1830.
Falsafah ajaran
Kebebasan
Yang dimaksud dengan civil society menurut Hegel adalah masyarakat pasca revolusi Perancis. Saat itu Hegel berada pada sebuah masyarakat yang sedang mengalami perubahan fundamental dalam revolusi industri yang secara masif menciptakan kelas menengah baru. Civil Society juga merupakan masyarakat di mana orang-orang didalamnya memiliki hak untuk memilih hidup apa yang mereka suka dan memenuhi keinginan mereka sesuai kemampuan mereka. Negara tidak memiliki hak untuk memaksakan jenis kehidupan tertentu kepada anggota masyarakat sipil seperti yang terjadi dalam masyrakat feodal.
Negara dan hak individu
Menurut Hegel, negara merupakan roh absolut yang kekuasaannya melampaui hak-hak individu itu sendiri. Menurut Hegel, negara termasuk suatu proses dalam perkembangan ide mutlak yang ditandai adanya perkembangan dialektis tesis-antitesisnya, antitesis kemudian melahirkan sintesis. Jika dibandingkan dengan fahaman Rousseau dan Locke, mahupun dalam kalangan Marxis yang melihat negara sebagai alat kekuasaan, Hegel justeru berpendapat bahawa negara itu bukan alat melainkan tujuan negara itu sendiri. Menurut logika Hegel, rakyat harus mengabdikan diri kepada negara demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat negara itu sendiri.
Negara integralistik
Dalam konsep negara integralistik, negara adalah kesatuan masyarakat yang tersusun secara integral. Masyarakat merupakan kesatuan atau gabungan organik yang tidak terpisah dan bergerak bersama kedalam satu tujuan tunggal yang hakiki. Dalam proses penemuan tujuan hakiki ini, pemimpin berperanan sebagai kepala atau ketua yang akan mendorong pergerakan dari unsur-unsur organis lainnya, sehingga terciptanya suatu keselarasan atau kesegerakkan antara kepimpinan tersebut dengn rakyat.[4]
Karya utama
Hegel menerbitkan sebanyak empat karya sepanjang hidupnya:
- Phänomenologie des Geistes ("Fenomenologi Semangat", 1807) - his account of the evolution of consciousness from sense-perception to absolute knowledge, published in 1807.
- Wissenschaft der Logik ("Sains Logika") - teras logika dan metafizik falsafah beliau, dalam tiga jilid (masing-masing pada 1812, 1813 dan 1816, jilid pertama dikemaskini pada 1831).
- Enzyklopädie der philosophischen Wissenschaften im Grundrisse ("Ensiklopedia Sains Falsafah") - ringkasan keseluruhan soistem falsafah beliau, asalnya diterbitkan pada 1816, dikemaskini pada 1827 dan 1830.
- Grundlinien der Philosophie des Rechts ("Unsur-Unsur Falsafah Hukum", 1820) - mengenai falsafah politik beliau.
Rujukan
- ^ Kaufmann, Walter (1959). "The Hegel Myth and Its Method". From Shakespeare to Existentialism: Studies in Poetry, Religion, and Philosophy. Boston: Beacon Press. m/s. 88–119.
One of the few things on which the analysts, pragmatists, and existentialists agree with the dialectical theologians is that Hegel is to be repudiated: their attitude toward Kant, Aristotle, Plato, and the other great philosophers is not at all unanimous even within each movement; but opposition to Hegel is part of the platform of all four, and of the Marxists, too.
- ^ Barth, Karl (1959). Protestant Thought from Rousseau to Ritschl: Being the Translation Of Eleven Chapters of Die Protestantische Theologie im 19. Jahrhundert. Harper. m/s. 268.
Why did Hegel not become for the Protestant world something similar to what Thomas Aquinas was for Roman Catholicism?
- ^ Maurice Merleau-Ponty (diterjemahkan ke b. Inggeris oleh Herbert L. dan Patricia Allen Dreyfus), Sense and Nonsense, Northwestern University Press, 1964, m/s. 63.
- ^ http://rumahfilsafat.com/2009/08/16/hegel-dan-dialektika/
Pautan luar
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Georg Wilhelm Friedrich Hegel |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Georg Wilhelm Friedrich Hegel |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Georg Wilhelm Friedrich Hegel. |
- Penjelasan tentang Hegel, kebanyakan dalam bahasa Jerman
- Hegel page in 'The History Guide'
- Hegel.net - freely available resources (under the GNU FDL)
- The Hegel Society of America
- Hegel dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy