Ghazale Muhamad
Datuk Wira Ghazale Muhamad DCSM (Melaka); JMN | |
---|---|
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 11 Mei 2020 – 5 September 2021 | |
Speaker | Ab Rauf Yusoh |
Didahului oleh | Dr. Wong Fort Pin |
Digantikan oleh | Dira Abu Zahar |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Rim | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 5 September 2021 | |
Didahului oleh | Yazed Khamis |
Digantikan oleh | Dira Abu Zahar |
Majoriti | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Serkam | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Datuk Ahmad Hamzah |
Digantikan oleh | Zaidi Attan |
Majoriti |
|
Maklumat peribadi | |
Parti politik | UMNO |
Datuk Wira Haji Ghazale bin Muhamad ialah seorang ahli politik Malaysia dari Melaka. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam sejak tahun 2008 hingga tahun 2013 dan ADUN Rim daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak tahun 2013.[1]yb yang selalu turun ke kampung2
Kerjaya:
- Timbalan Yang di-Pertua DUN (kini)
- ADUN Rim (2013 hingga kini)
- ADUN Serkam (2008 -2013)
- Timbalan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka
- Pengarah Bahagian Kesihatan dan Perlesenan MPJ
Lantikan GLC dan agensi:
- Ahli Lembaga Pengarah Fama
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah berkhidmat di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebagai Pengarah Bahagian Kesihatan dan Perlesenan. Beliau juga ialah Timbalan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka. Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Dalam partinya, beliau merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Jasin.[2]
Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008 bagi kerusi Serkam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka[2] lalu menang dengan undian sebanyak 6,997 dengan majoriti 2,819 daripada 13,636 orang pengundi.[3]
Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Rim dalam DUN Melaka[4] lalu menang dengan undian sebanyak 4,821 dengan majoriti 1,121 daripada 10,059 orang pengundi.[5]
Ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berlangsung pada 2018, beliau bertanding lagi di kerusi Rim.[6] lalu menang dengan undian sebanyak 5,301 dengan majoriti 536 daripada 13,689 orang pengundi.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Serkam (P139-N26)". undi.info. Dicapai pada 21 April 2020.[pautan mati kekal]
- ^ a b "GHAZALE MUHAMAD". PRU di Sinar. Dicapai pada 22 April 2020.
- ^ "N26 Serkam: P139 - JASIN". undi.info. Dicapai pada 22 April 2020.[pautan mati kekal]
- ^ "Keputusan PRU-13 Negeri Melaka". mSTAR Online. 6 Mei 2013. Dicapai pada 22 April 2020.
- ^ a b "N25 Rim: P139 - JASIN". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-29. Dicapai pada 22 April 2020.
- ^ Fairuz Zaidan; Amir Mamat; Norizzah Baharudin; Noor Azurin Mohd Sharif (23 April 2018). "Calon BN Melaka". BH Online. Foto oleh Rasul Azli Samad. Dicapai pada 22 April 2020.