[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Hatshepsut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5382778 pada 11:25, 5 Disember 2021 oleh Hotbotcitation (bincang | sumb.) (Huraikan suntingan anda "menambah kandungan")
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Hatshepsut
Hatchepsut
[[Fail:
Patung Hatshepsut di Deir el-Bahri
|150px|]]
Firaun Mesir
Pemerintahan 1479 SM hingga 1458 SMDinasti ke-18
Pendahulu Thutmose II
Pengganti Thutmose III
Nomen
G39N5
<
imn
,
n
W9 t
F4
,
t
A51
>

Khnumt-Amun Hatshepsut[1]
Bersama Amun,
Wanita Bangsawan Terulung
Nama HorusWesretkau [1]
Kekuatan Ka
G5
wsrsX1
D28
D28
D28
Nama NebtyWadjrenput[1]
Mekar bertahun
G16
M13X1M4M4M4
Horus EmasNetjeretkhau[1]
Kemunculan suci
G8
G5
nTrtxa
Z2

Permaisuri Thutmose II
Ayahanda Thutmose I
Ibunda Permaisuri Ahmose
Lahir sekitar 1508 SM[2]
Mangkat 1458 SM
Makam KV20 (dimakamkan semula di KV60)[2]
Monumen Kuil Karnak, Deir el-Bahri,
Speos Artemidos

Hatshepsut (kadang-kala dieja Hatchepsut yang bermaksud Wanita Bangsawan Terulung)[3] adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir purba. Para Egiptologi umumnya menganggap baginda sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal.

Hatshepsut dipercayai pernah memerintah sebagai salah seorang pemerintah dari sekitar 1479 hingga 1458 SM (Tahun ke-7 hingga ke-21 Thutmose III).[4] Baginda dianggap sebagai permaisuri yang paling awal memerintah oleh itu baginda dikenali di dalam sejarah mesir purba dan juga yang kedua diketahui menaiki takhta sebagai "Raja Mesir Hulu dan Hilir" setelah Permaisuri Sobekneferu dari Dinasti ke-12.

Pada 27 Jun 2007, sebuah mumia dalam makam KV60 di Lembah Raja-raja dikenalpasti sebagai Hatshepsut.[2]

[sunting | sunting sumber]

Ketika gerakan feminis menjadi kukuh, tokoh-tokoh perempuan zaman dahulu dicari dan kejayaan mereka semakin diwar-warkan. Hatshepsut berubah dari pemimpin Mesir yang paling tak dikenali pada awal abad ke-20 menjadi tokoh paling terkenal dari negara itu pada akhir abad tersebut. Banyak biografi seperti Hatshepsut oleh Evelyn Wells meromantikkan baginda sebagai perempuan yang cantik dan pasifis — "perempuan besar pertama dalam Sejarah". Hal ini cukup berlawanan dengan pandangan abad ke-19 tentang Hatshepsut yang melakarkannya sebagai ibu tiri yang kejam, yang merebut takhta dari Thutmose III.

Novel Mara, Daughter of the Nile oleh Eloise Jarvis McGraw, mempertahankan pandangan tentang ibu tiri yang kejam dengan menempatkan Hatshepsut sebagai watak utama cerita tersebut. Plotnya berkisarkan Mara, seorang budak perempuan, dan sejumlah bangsawan untuk menggulingkan Hatshepsut dan mengangkat pewaris yang "sah", Thutmose III, sebagai Firaun. Mereka mempersalahkan baginda kerana projek pembangunan Hatshepsut menjadi penyebab kemiskinan negara Mesir. Baginda juga digambarkan telah menahan Thutmose III sebagai tawanan di lingkungan tembok istana.

Pada 1960, sebuah lingkaran utama asteroid yang ditemui oleh Cornelis Johannes van Houten, Ingrid van Houten-Groeneveld dan Tom Gehrels dinamakan 2436 Hatshepsut sempena menghormati baginda. Ada teori popular yang menyatakan bahawa Hatshepsut adalah puteri yang menemui Musa ketika hanyut sungai Nil, namun teori ini dibantah oleh para Egiptologi dan ahli kitab.[5]

Sekurang-kurangnya terdapat tiga pengarang yang telah menulis novel cereka sejarah yang menggambarkan Hatshepsut sebagai serikandi: Hatshepsut: Daughter of Amun oleh Moyra Caldecott, Child of the Morning oleh Pauline Gedge dan Pharaoh oleh Eloise Jarvis McGraw, dan siri novel misteri Lieutenant Bak yang berlatarkan masa pemerintahan baginda.

Hatshepsut juga muncul dalam plot Illinois Jane and the Pyramid of Peril, sebuah sandiwara lucu oleh T. James Belich (Colorado Tolston). Baginda dilakarkan menemui ramuan lanjut usia. Dalam cerita ini, kehilangan Hatshepsut digambarkan sebagai keabadian baginda, walaupun baginda tidak muncul secara langsung dalam sandiwara ini.

Pakar humor Amerika, Will Cuppy, menulis sebuah esei tentang Hatshepsut yang diterbitkan setelah kematiannya dalam buku The Decline and Fall of Practically Everybody. Tentang salah satu tulisan baginda di dinding, beliau menulis,

Tentang penampilan Hatshepsut pada suatu tahap kerjayanya, kita berhutang kepada salah satu tulisan dinding. Di situ dikatakan bahawa "memandangnya jauh lebih cantik dari apa-apapun, kemolekannya dan bentuk tubuhnya sungguh bagaikan seorang dewi." Sebahagian menganggap aneh bahawa seorang Firaun perempuan ternyata begitu berani, dalam usia 50-an seperti Hatshepsut. Sama sekali tidak. Baginda cuma mengatakan bagaimana keadaannya sekitar 35 tahun sebelumnya, sebelum baginda mengahwini Thutmose II dan kemudian mengerjakan Thutmose III. "Baginda adalah seorang puteri, cantik dan memekar," demikian dikatakan dalam hieroglif, dan kita tidak mempunyai alasan untuk meragukannya. Memang, tidak ada salahnya menceritakan kepada dunia bagaimana rupa seseorang pada 1514 SM.[6]

Dalam permainan komputer Civilization IV, baginda digambarkan sebagai pemimpin Mesir yang menggantikan Cleopatra VII dari Civilization III.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d Permaisuri Hatshepsut didapati pada 1 Ogos 2006
  2. ^ a b c Tooth may have solved mummy mystery, International Herald Tribune, 27 Juni 2007
  3. ^ Clayton, Peter. Chronicle of the Pharaohs, Thames & Hudson Ltd, 1994. hlm.104
  4. ^ Dodson, Aidan. Dyan, Hilton. The Complete Royal Families of Ancient Egypt Thames & Hudson, 2004. ISBN 0-500-05128-3. hlm.130
  5. ^ Harbin, 122. lih. sumber-sumber di bawah
  6. ^ Will Cuppy, The Decline and Fall of Practically Everybody; Barnes & Noble Books, New York, cetak ulang 1992.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Donald B. Redford, History and Chronology of the 18th dynasty of Egypt: Seven studies, Toronto: University Press, 1967.
  • Ian Shaw, The Oxford History of ancient Egypt, Oxford University Press, 2000, 512 hlm, ISBN 0-19-280293-3
    • Gae Callender The Middle Kingdom Renaissance (Chapter 7)
  • Joyce Tyldesley, Hatchepsut: The Female Pharaoh, Penguin Books, 1998, paperback, 270 hlm, ISBN 0-14-024464-6
  • Evelyn Wells, Hatshepsut, Double Day, 1969, sampul tebal, 211 hlm, Kartu katalog Library of Congress # 69-10980
  • Harbin, Michael, The Promise and the Blessing, Grand Rapids, Michigan: Zondervan Press, 2005.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]