[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Kafir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6163974 pada 23:45, 5 April 2024 oleh 2405:3800:87e:cc17::1 (bincang) (Kafir ditujukan kepada Bani Quraish. Ada penunggang agama sengaja menggunakan perkataan kafir untuk kepentingan politik dan kekuasaan puak sendiri. Apabila Nabi Muhammad SAW wafat berlaku perang sesama keluarga beliau merebut kuasa.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)


Kafir (bahasa Arab كافر kāfir; plural كفّار kuffār) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk kepada orang-orang Arab Quraish yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang yang bersyukur). [1]

Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Kalimat kafir berakar kata dari K-F-R (Kaf-Fa-Ra) yang bermaksud "menutup". Pada zaman sebelum Islam istilah tersebut digunakan untuk para petani yang sedang menanam benih diladang, menutup/mengubur dengan tanah. Sehingga kalimat kāfir dapat dimplikasikan menjadi "seseorang yang bersembunyi atau menutup diri". Dalam bahasa Islam, kāfir sebuah kata yang digunakan untuk mejabarkan seseorang yang menolak/ tidak memeluk agama Islam.

Jadi menurut ajaran Islam, manusia kafir terdiri dari beberapa maksud, iaitu:

  • Individu tidak mempercayai bahawa adanya Allah dan Rasul
  • Individu yang menolak ajaran Islam
  • Individu yang degil lagi tidak mahu beriman
  • Individu yang mendustakan kebenaran dari Allah S.W.T. setelah kebenaran itu sampai kepadanya
  • Golongan munafik yang cintakan dunia dan takut mati
  • Individu tidak bersyukur dengan pemberian dan kurniaan Allah S.W.T.

Kata Kafir dalam Al-Qur'an

[sunting | sunting sumber]

Di dalam Al-Qur'an, kitab suci agama Islam, kata kafir dan variasinya digunakan dalam beberapa penggunaan yang berbeza [2]:

  • Kufur at-tauhid (Menolak tauhid): Dialamatkan kepada mereka yang menolak bahawa Tuhan itu satu.
Sungguh orang-orang kafir (yang tak akan beriman), sama sahaja bagi mereka. Samada kamu memberi amaran kepadanya atau tak kamu beri amaran kepadanya, mereka tetap tak pula akan beriman. (Al-Baqarah ayat 6)
  • Kufur al-ni`mah (mengingkari nikmat): Dialamatkan kepada mereka yang tidak mahu bersyukur kepadaTuhan
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku (la takfurun). (Surah Al-Baqarah ayat 152)
  • Kufur at-tabarri (melepaskan diri)
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu (kafarna bikum)..." (Surah Al-Mumtahanah ayat 4)
  • Kufur al-juhud: Mengingkari sesuatu
..maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar (kafaru) kepadanya. (Surah Al-Baqarah ayat 89)
  • Kufur at-taghtiyah: (menanam/mengubur sesuatu)
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani (kuffar)(Surah Al-Hadid 20)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ (Inggeris) IslamOnline.net, Shariah, Life Fatwa [1]
  2. ^ (Inggeris) IslamOnline.net Defining the Kafirs [2] Diarkibkan 2008-06-15 di Wayback Machine