Kardiomiopati Takotsubo
Kardiomiopati Takotsubo | |
---|---|
Nama lain | Sindrom penggelembungan apikal sementara, kardiomiopati penggelembungan apikal, sindrom Gebrochenes-Herz,[1] kardiomiopati dipengaruhi tekanan akut, sindrom patah hati, sindrom takotsubo[2] |
(A) Lukisan kardiomiopati takotsubo (B) Perbandingan dengan jantung biasa | |
Pengkhususan | Kardiologi |
Gejala | Sakit dada, sesak nafas, kehilangan kesedaran untuk sementara waktu[3][1] |
Kerumitan | Kegagalan jantung, artimia, strok, kematian jantung mengejut[1] |
Permulaan biasa | Secara mengejut[3] |
Jenis | Utama (faktor emosi), sekunder (faktor fizikal)[1] |
Punca | Tekanan (sama ada fizikal atau emosi) yang mendadak[3] |
Pengkateteran jantung[3] | |
Serangan jantung, kekejangan arteri koronari, miokarditis, kekejangan esofagus[3][1] | |
Rawatan | Jagaan sokongan[3] |
Kekerapan | 2 hingga 7% daripada serangan jantung[4][3] |
Kematian | 4% daripada risiko kematian[3] |
sunting |
Kardiomiopati Takotsubo, juga dikenali sebagai kardiomiopati tekanan, merupakan sejenis penyakit jantung yang berlaku apabila terdapat kelemahan sementara secara mengejut pada bahagian otot jantung tanpa penyumbatan arteri ke jantung.[1][3] Antara gejala yang mungkin terlibat termasuklah sakit dada, sesak nafas dan kehilangan kesedaran seketika.[3][1] Antara komplikasi yang mungkin terlibat termasuklah kegagalan jantung, aritmia, strok, dan penghentian jantung mengejut.[1]
Penyakit ini biasanya berlaku akibat tekanan yang ketara, sama ada dari segi fizikal mahupun emosi.[3] Antara perkara yang mungkin mencetuskan tekanan teruk termasuklah kematian orang yang disayangi, perceraian, pengucapan awam, serangan fizikal, kemoterapi, feokromositoma (sejenis barah kelenjar adrenal yang menyebabkan perembesan hormon tekanan mendadak) dan muntah.[3][4] Mekanisme yang mungkin berlaku adalah penglibatan lonjakan katekolamina yang termasuk adrenalina dan norepinefrina, sehingga menambahkan kerja pengepaman jantung dan mengurangkan aliran darah ke jantung.[5] Diagnosis penyakit ini adalah berdasarkan pengkateteran jantung yang mengesahkan keadaan arteri koronari yang tidak terhalang pada waktu sama terdapat penggelembungan pada ventrikel kiri.[3] Penemuan hasil imbasan elektrokardiogram mungkin seakan penginfarkan miokardium (MI).[3] Peningkatan aras troponin mungkin berlaku, walaupun secara amnya kurang berlaku.[1]
Pengurusan awal melibatkan jagaan sokongan.[3] Tiada bukti bahawa terdapat rawatan yang boleh mencegah keberulangan penyakit ini.[6] Walaupun jantung biasanya kembali normal setelah beberapa hari ke beberapa minggu, kira-kira 4% yang terkena penyakit ini mati semasa episod awal, dan terdapat 12% risiko untuk berulangnya penyakit ini di masa hadapan.[3] Kes yang terhasil akibat penyakit fizikal dan bukannya tekanan emosi dikaitkan dengan hasil prognosis yang lebih buruk.[1]
Kardiomiopati Takotsubo berlaku di seluruh dunia.[6] Ia lebih kerap berlaku pada wanita selepas menopaus.[6] Penyakit ini dianggap bertanggungjawab untuk kira-kira 2 hingga 7% daripada apa yang pada mulanya dianggap sebagai serangan jantung.[4][3] Penyakit ini pertama kali diperincikan oleh Sato pada tahun 1990.[3] Nama itu berasal daripada perkataan Jepun takotsubo yang bermaksud "perangkap sotong kurita", kerana jantung dalam keadaan tersebut berbentuk seperti perangkap sotong.[7] Dalam bahasa harian penyakit ini boleh dikenali sebagai "sindrom patah hati".[3][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j Ahmad, SA; Brito, D; Khalid, N; Ibrahim, MA (January 2022). "Takotsubo Cardiomyopathy". PMID 28613549. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b "Takotsubo Cardiomyopathy". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2022. Dicapai pada 21 July 2022.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Dawson, DK (January 2018). "Acute stress-induced (takotsubo) cardiomyopathy". Heart (British Cardiac Society). 104 (2): 96–102. doi:10.1136/heartjnl-2017-311579. PMID 28824005.
- ^ a b c Ghadri, Jelena-Rima; Wittstein, Ilan Shor; Prasad, Abhiram; Sharkey, Scott; Dote, Keigo; Akashi, Yoshihiro John; Cammann, Victoria Lucia; Crea, Filippo; Galiuto, Leonarda; Desmet, Walter; Yoshida, Tetsuro (2018-05-29). "International Expert Consensus Document on Takotsubo Syndrome (Part I): Clinical Characteristics, Diagnostic Criteria, and Pathophysiology". European Heart Journal. 39 (22): 2032–2046. doi:10.1093/eurheartj/ehy076. ISSN 0195-668X. PMC 5991216. PMID 29850871.
- ^ Tavazzi, G.; Zanierato, M.; Via, G.; Iotti, G. A.; Procaccio, F. (December 2017). "Are Neurogenic Stress Cardiomyopathy and Takotsubo Different Syndromes With Common Pathways?: Etiopathological Insights on Dysfunctional Hearts". JACC Heart Failure. 5 (12): 940–42. doi:10.1016/j.jchf.2017.09.006. PMID 29191302.
- ^ a b c Akashi, Y. J.; Nef, H. M.; Lyon, A. R. (July 2015). "Epidemiology and pathophysiology of Takotsubo syndrome" (PDF). Nature Reviews Cardiology. 12 (7): 387–397. doi:10.1038/nrcardio.2015.39. PMID 25855605. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 February 2021. Dicapai pada 19 January 2022.
|hdl-access=
requires|hdl=
(bantuan) - ^ "Stress cardiomyopathy". Annual Review of Medicine. 61: 271–86. 2010. doi:10.1146/annurev.med.041908.191750. PMID 19686084.