[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Khalid Sheikh Mohammed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2270138 pada 17:13, 18 Julai 2012 oleh MerlIwBot (bincang | sumb.) (bot menambah: mk:Калид Шеик Мухамед)
Khalid Sheikh Mohammed
Arab: خالد شيخ محمد
Lahir (1964-03-01) 1 Mac 1964 (umur 60) atau
(1965-06-06) 6 Jun 1965 (umur 59)
Kuwait[1][2]
DiberkasMarch 2003
Rawalpindi, Pakistan
Inter-Services Intelligence
KewarganegaraanKuwait
Pakistan[3]
Bosnia (dikurniakan selepas Perang Dingin)[4]
Ditahan diTapak hitam CIA; Guantanamo
ISN10024
TuduhanPengganasan, konspirasi
StatusMenunggu untuk didakwa

Khalid Sheikh Mohammed (Arab: خالد شيخ محمد; juga dieja Khalid Shaikh Mohammed, dan juga dikenali dengan lebih 50 nama samaran)[5][6][7] (lahir 1 Mac 1964, atau 6 Jun 1965) ialah seorang militan kelahiran Kuwait yang ditahan di Teluk Guantánamo atas tuduhan pengganasan, termasuk pembunuhan beramai-ramai orang awam. Beliau didakwa pada 11 Februari 2008 atas jenayah perang dan pembunuhan oleh suruhanjaya ketenteraan AS dan berdepan dengan hukuman mati jika sabit kesalahan.[8]

Khalid Sheikh Mohammed ialah seorang ahli pertubuhan pengganas al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden, tetapi beliau tinggal di Kuwait dan bukan Afghanistan, untuk mengetuai operasi propaganda al-Qaeda sejak sekitar tahun 1999. Laporan Suruhanjaya 9/11 mendakwa bahawa beliau alah "dalang utama serangan 9/11." Beliau juga didakwa mengakui peranannya dalam antara komplot-komlot pengganas yang paling besar pada sejak 1990-an, termasuk pengeboman World Trade Center 1993, rancangan Operasi Bojinka, serangan yang dibatalkan pada tahun 2002 terhadap U.S. Bank Tower di Los Angeles, pengeboman kelab malam Bali, pengeboman Penerbangan 63 American Airlines yang gagal, Millennium Plot, dan pembunuhan Daniel Pearl.

Khalid Sheikh Mohammed ditangkap oleh ISI Pakistan di Rawalpindi, Pakistan pada 1 Mac 2003, mungkin dalam tindakan bersama ejen-ejen Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Amerika, lalu ditahan oleh A.S. sejak itu. Pada September 2006, kerajaan A.S. mengumumkan pemindahan Mohammed dari sebuah penjara rahsia ke kemudahan kem tahanan Teluk Guantanamo.[9] Persatuan Palang Merah, Human Rights Watch dan Mohammed mendakwa bahawa layanan zalim dan seksa air yang diterimanya daripada pihak berkuasa A.S. sama dengan penyeksaan.[10][11]

Pada Mac 2007, setelah empat tahun dikurung, termasuk enam bulan ditahan dan kononnya diseksa di Teluk Guantanamo, Khalid Sheikh Mohammed — seperti yang didakwa oleh Pembicaraan Combatant Status Review Tribunal[12] di Teluk Guantanamo — mengaku mendalangi serangan 11 September 2001, cubaan meletup sebuah kapal terbang penumpang di atas Lautan Atlantik oleh Richard Reid, pengeboman kelab malam di Bali, Indonesia, pengeboman World Trade Center dan bermacam-macam lagi serangan yang dipatahkan.[13]

Pada 8 Disember 2008, Mohammed dan empat orang defendan bersama menghantar surat pengakuan bersalah kepada hakim ketenteraan.[14]

Pada tahun 2011, akhbar British The Telegraph berkata, ia menerima dokumen yang terbongkar tentang soal siasat Khalid Sheikh Mohammed di Teluk Guantanamo. Dokumen-dokumen itu memetik Khalid sebagai berkata, jika Osama Bin Laden di ditangkap atau dibunuh oleh campuran sukarelawan, sebuah sarang rahsia Al-Qaeda akan meletupkan "senjata kemusnahan besar-besaran" di sebuah "tempar rahsia" di Europe, disamping menjanjikan "malapetaka ribut nuklear".[15][16][17][18][19][20]

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBC_16_March_2007
  2. ^ Times Online (15 Mac 2007). "Profile: Khalid Sheikh Mohammed". London: Times Online. Dicapai pada 2007-08-28. Mohammed was born in 1964 or 1965 in Kuwait but his family originated from the Baluchistan region of Pakistan.
  3. ^ "Khalid Shaikh Mohammed - The Guantánamo Docket". The New York Times. Dicapai pada 4 April 2011.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Adnkronos2009-01-20
  5. ^ Termasuk Ashraf Refaat Nabith Henin, Khalid Adbul Wadood, Salem Ali, Abdul Majid, Abdullah al-Fak'asi al-Ghamdior, Fahd bin Adballah bin Khalid.
  6. ^ "U.S. v. Khalid Shaikh Mohammed military tribunal charges" (PDF). FindLaw. Dicapai pada 2008-07-15.
  7. ^ "Detainee Biographies". Office of the Director of National Intelligence. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada date=2009-08-31. Missing pipe in: |archivedate= (bantuan); Check date values in: |archivedate= (bantuan)
  8. ^ "U.S. Department of Defense - Military Commissions". Defense.gov. Dicapai pada 2010-10-06.
  9. ^ Bush admits to CIA secret prisons, BBC News, Thursday, 7 September 2006, 04:18 GMT 05:18 UK
  10. ^ "Red Cross report; page 37" (PDF). Fox News. Dicapai pada 2010-10-06.
  11. ^ Mikkelsen, Randall (2008-02-05). "CIA says used waterboarding on three suspects". Reuters. Dicapai pada 2009-11-18.
  12. ^ "Khalid Sheikh Mohammed confession transcript" (PDF). http://www.defenselink.mil. 10 Mac 2007. Dicapai pada 2007-08-28. External link in |publisher= (bantuan)
  13. ^ "Transcript: Khalid Sheikh Mohammed confesses 9/11 role". CNN. 2007-03-14. Dicapai pada 2007-03-14.
  14. ^ Reuters wire service (8 Disember 2008). "Sept. 11 Defendants Ask to Plead Guilty". The New York Times. Dicapai pada 8 Disember 2008. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)
    "Top 9/11 suspects to plead guilty". BBC News. December 8, 2008. Dicapai pada December 8, 2008. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)
  15. ^ http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/wikileaks/8471907/WikiLeaks-Guantanamo-Bay-terrorist-secrets-revealed.html - "A senior Al-Qaeda commander claimed that the terrorist group has hidden a nuclear bomb in Europe which will be detonated if Bin-Laden is ever caught or assassinated. The US authorities uncovered numerous attempts by Al-Qaeda to obtain nuclear materials and fear that terrorists have already bought uranium. Sheikh Mohammed told interrogators that Al-Qaeda would unleash a 'nuclear hellstorm'."
  16. ^ http://www.newsmax.com/Newsfront/WikiLeaks-GuantanamoBay-al-Qaida-terrorist/2011/04/25/id/393982
  17. ^ http://www.nuclearheadlines.com/wikileaks-reveals-al-qaeda-thug-khalid-shaikh-mohammed-vowed-nuclear/
  18. ^ "Breaking news". AFP. 25 April 2011.
  19. ^ http://news.yahoo.com/s/afp/20110425/wl_mideast_afp/usattacksguantanamowikileakssheikh_20110425184242
  20. ^ http://newstabulous.com/al-qaeda-hid-bomb-in-europe-wikileaks-releases-secret-files/9722/