Lata Berkoh
Lata Berkoh merupakan salah satu tempat yang menarik di Taman Negara Malaysia iaitu di Ulu Tembeling, Pahang, Malaysia. Lata Berkoh merupakan tempat para pengunjung mandi manda. Di sini terdapat sebuah lata atau air terjun yang menarik. Para pengunjung boleh menikmati keheningan dan keunikan tumbuh-tumbuhan liar, hidupan liar, burung, serangga, sungai yang indah dan sebagainya. Terdapat lebih 10,000 spesies flora yang amat menakjubkan. [1]
Perjalanan
[sunting | sunting sumber]Perjalanan dari jeti Kuala Tembeling di Jerantut menyusuri Sungai Tembeling ke Kuala Tahan yang memakan masa tidak kurang dua jam. Kemudian dari Jeti Kuala Tahan ke Lata Berkoh mengambil masa kira-kira 45 minit bergantung kepada keadaan air. Sekiranya musim surut, perjalanannya mengambil masa yang lebih lama kerana bot perlu ditolak untuk melepasi kawasan cetek.
Pada musim tengkujuh, di mana air Sungai Tahan melimpahi tebing, perjalanan ke Lata Berkoh tidak dibenarkan kerana berbahaya. Perjalanan ke Lata Berkoh menggunakan bot kecil sepanjang 33 kaki. Hanya 4 penumpang dibenarkan pada satu-satu masa. Bayaran ke Lata Berkoh adalah sebanyak RM 200.00 bagi sebuah bot. Bagi pengunjung ke Lata Berkoh, mereka perlu membuat tempahan awal di kaunter penerangan. Antara kaunter tempahan yang ada adalah di AsiaCamp Resort. Perjalanan hanya 2 kali sehari iaitu pukul 9.30 pagi dan 2.30 petang. Walaubagaimanapun, waktu lain juga boleh diuruskan bergantung kepada penempahan awal.