Patah tulang rusuk
Patah tulang rusuk | |
---|---|
Gambar sinar X menunjukkan berbilang tulang rusuk patah di kawasan kiri pesakit, ditandai bujur. | |
Pengkhususan | Perubatan kecemasan |
Gejala | Sakit dada yang menjadi teruk ketika menarik nafas[1] |
Kerumitan | Lebam pulmonari, pneumotoraks, pneumonia[1][2] |
Punca | Trauma dada[2] |
Berdasarkan gejala, pengimejan perubatan[3] | |
Rawatan perubatan | Parasetamol (asetaminofen), NSAID, opioid[2] |
Prognosis | Kesakitan menjadi baik selepas 6 minggu[3] |
Kekerapan | Biasa[2] |
sunting |
Patah tulang rusuk merujuk kepada kepatahan di tulang rusuk.[1] Ini biasanya mengakibatkan sakit dada yang teruk ketika tarik nafas.[1] Lebam mungkin berlaku di tapak pematahan.[3] Apabila beberapa tulang rusuk patah di beberapa tempat, dada tergapai akan terhasil.[4] Komplikasi yang berpotensi termasuk pneumotoraks, lebam paru-paru dan radang paru-paru.[2][1]
Patah tulang rusuk biasanya berlaku akibat pukulan terus ke dada seperti semasa perlanggaran kenderaan bermotor atau akibat kecederaan remuk.[2][1] Batuk atau kanser metastatik juga boleh mengakibatkan patah tulang rusuk.[1] Tulang rusuk tengah paling kerap patah.[5][1] Patah tulang rusuk pertama atau kedua lebih cenderung dikaitkan dengan komplikasi. [6] Diagnosis boleh dibuat berdasarkan simptom dan disokong oleh pengimejan perubatan.[3]
Kawalan kesakitan ialah bahagian penting dalam rawatan.[7] Ini mungkin termasuk penggunaan parasetamol (asetaminofen), NSAID atau opioid.[2] Sekatan saraf mungkin satu pilihan lain.[1] Walaupun tulang rusuk yang patah boleh dibalut, ini boleh meningkatkan komplikasi.[1] Bagi mereka yang mengalami dada tergapai, pembedahan boleh meningkatkan hasil.[8][9] Ia merupakan kecederaan biasa selepas trauma.[10]
Tanda dan gejala
[sunting | sunting sumber]Ini biasanya mengakibatkan sakit dada teruk ketika tarik nafas.[1] Lebam mungkin berlaku di tapak patah.[3]
Komplikasi
[sunting | sunting sumber]Apabila beberapa tulang rusuk patah di beberapa tempat, dada tergapai akan terhasil.[4] Komplikasi yang berpotensi termasuk pneumotoraks, lebam paru-paru dan radang paru-paru.[2][1]
Punca
[sunting | sunting sumber]Patah tulang rusuk boleh berlaku dengan atau tanpa trauma langsung semasa aktiviti rekreasi. Resusitasi kardiopulmonari (CPR) juga telah diketahui menyebabkan kecederaan toraks, termasuk, tetapi tidak terhad kepada patah tulang rusuk dan sternum. Ia juga boleh berlaku akibat penyakit seperti kanser atau artritis reumatoid. Bagi individu warga emas pula, jatuh boleh menyebabkan patah tulang rusuk, dan pada orang dewasa, kemalangan kereta ialah punca biasa bagi kecederaan sedemikian.[11]
Diagnosis
[sunting | sunting sumber]Tanda-tanda tulang rusuk patah mungkin termasuk:[12]
- Sakit ketika menarik nafas
- Bengkak di kawasan dada
- Lebam di kawasan dada
- Meningkatkan sesak nafas
- Batuk berdarah (tulang rusuk mungkin merosakkan paru-paru)
Gambaran sinar X biasanya sering mengambil tulang patah tersesar, tetapi sering terlepas tulang patah yang tidak tergeser.[13] Pengimbasan CT secara amnya dapat mengesan kedua-dua jenis patah tulang.[13]
Oleh kerana kanak-kanak mempunyai dinding dada yang lebih fleksibel daripada orang dewasa, tulang rusuk mereka lebih cenderung untuk bengkok daripada patah; oleh itu, kehadiran patah tulang rusuk pada kanak-kanak adalah bukti jumlah daya yang besar, dan mungkin menunjukkan kecederaan toraks yang teruk seperti lebam pulmonari.[4] Patah tulang rusuk juga merupakan tanda kecederaan yang lebih serius pada orang tua.[14]
Rawatan
[sunting | sunting sumber]Tiada rawatan khusus bagi patah tulang rusuk, tetapi pelbagai langkah sokongan boleh diambil. Dalam patah tulang rusuk ringkas, kesakitan boleh menyebabkan pergerakan berkurangan dan penindasan batuk; ini boleh menyumbang kepada pembentukan jangkitan dada sekunder.[15] Dada tergapai adalah kecederaan yang mungkin mengancam nyawa, dan selalunya memerlukan pengudaraan dibantu.[16] Dada tergapai dan patah tulang rusuk pertama ialah kecederaan bertenaga tinggi, dan perlu segera disiasat kerosakan pada visera fasar (cth. lebam paru-paru) atau secara terpencil (cth. kecederaan tulang belakang serviks). Keretakan spontan dalam kalangan atlet secara amnya memerlukan pemberhentian punca, contohnya, waktu rehat daripada mendayung sambil mengekalkan kecergasan kardiovaskular.
Penghalang saraf
[sunting | sunting sumber]Penghalang saraf boleh digunakan untuk membantu dengan kesakitan, dan mengurangkan komplikasi pernafasan yang berkaitan patah tulang rusuk.[17] Ini termasuk penghalang interkosta rombid,[18] anestesia epidural, penghalang paravertebra, blok satah erektor spina dan blok satah anterior seratus.[19][20][21] Terdapat sedikit bukti untuk menyokong penggunaan satu penghalang saraf berbanding yang lain berdasarkan analgesia atau keselamatan.[22][23]
Pembedahan
[sunting | sunting sumber]Pilihan rawatan untuk penetapan dalaman/pembaikan patah tulang rusuk termasuk:
- Plat/Tupang Judet dan/atau Sanchez ialah plat logam dengan jalur yang melengkung di sekeliling rusuk dan kemudian diikat dengan jahitan.[24]
- Ada sistem penetapan tulang rusuk lanjutan yang berbeza di pasaran. Ia mempunyai dua pilihan: plat logam prakontur yang menggunakan skru untuk mengikat plat ke rusuk; dan/atau splin intramedula yang disalurkan ke dalam rusuk dan diikat dengan skru set.[25]
- Plat pengunci anterior ialah plat logam yang mempunyai lubang untuk skru di seluruh plat. Plat diletakkan di atas rusuk dan diskrukan ke dalam tulang pada kedudukan yang dikehendaki. Plat boleh dibengkokkan untuk memadankan kontur bahagian.[26]
- Plat U juga boleh digunakan kerana ia mengapit pada aspek superior rusuk menggunakan skru pengunci.[27]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l Mosby's Medical Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. 2013. m/s. 1567. ISBN 978-0323112581. Diarkibkan daripada yang asal (E-Book) pada 2017-10-13.
- ^ a b c d e f g h May, L; Hillermann, C; Patil, S (January 2016). "Rib fracture management". BJA Education. 16 (1): 26–32. doi:10.1093/bjaceaccp/mkv011.
- ^ a b c d e Adams, James G. (2012). Emergency Medicine E-Book: Clinical Essentials (Expert Consult – Online) (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 682. ISBN 978-1455733941. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-13.
- ^ a b c Wanek, Sandra; Mayberry, John C (2004). "Blunt thoracic trauma: flail chest, pulmonary contusion, and blast injury". Critical Care Clinics. 20 (1): 71–81. doi:10.1016/S0749-0704(03)00098-8. PMID 14979330.
- ^ Nanni, Christina (2012). PET-CT: Rare Findings and Diseases. Springer. m/s. 257. ISBN 978-3-642-24698-2.
- ^ Murphy CE, 4th; Raja, AS; Baumann, BM; Medak, AJ; Langdorf, MI; Nishijima, DK; Hendey, GW; Mower, WR; Rodriguez, RM (27 May 2017). "Rib Fracture Diagnosis in the Panscan Era" (PDF). Annals of Emergency Medicine. 70 (6): 904–909. doi:10.1016/j.annemergmed.2017.04.011. PMID 28559032.
- ^ Brown, SD; Walters, MR (2012). "Patients with rib fractures: use of incentive spirometry volumes to guide care". Journal of Trauma Nursing. 19 (2): 89–91, quiz 92–03. doi:10.1097/JTN.0b013e31825629ee. PMID 22673074.
- ^ Schuurmans, J; Goslings, JC; Schepers, T (April 2017). "Operative management versus non-operative management of rib fractures in flail chest injuries: a systematic review". European Journal of Trauma and Emergency Surgery. 43 (2): 163–68. doi:10.1007/s00068-016-0721-2. PMC 5378742. PMID 27572897.
- ^ Coughlin, TA; Ng, JW; Rollins, KE; Forward, DP; Ollivere, BJ (August 2016). "Management of rib fractures in traumatic flail chest: a meta-analysis of randomised controlled trials". The Bone & Joint Journal. 98-B (8): 1119–25. doi:10.1302/0301-620X.98B8.37282. PMID 27482027.
- ^ Senekjian, L; Nirula, R (January 2017). "Rib Fracture Fixation: Indications and Outcomes". Critical Care Clinics. 33 (1): 153–65. doi:10.1016/j.ccc.2016.08.009. PMID 27894495.
- ^ Rib Fracture di EMedicine
- ^ "Broken or bruised ribs". NHS.UK. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2015. Dicapai pada 15 August 2015.
- ^ a b Dennis, BM; Bellister, SA; Guillamondegui, OD (October 2017). "Thoracic Trauma". The Surgical Clinics of North America. 97 (5): 1047–1064. doi:10.1016/j.suc.2017.06.009. PMID 28958357.
- ^ Kent, Richard; Woods, William; Bostrom, Ola (2008-01-01). "Fatality Risk and the Presence of Rib Fractures". Annals of Advances in Automotive Medicine / Annual Scientific Conference. 52: 73–84. ISSN 1943-2461. PMC 3256783. PMID 19026224.
- ^ Morice, A H; McGarvey, L; Pavord, I (2006). "Recommendations for the management of cough in adults". Thorax. 61 (Suppl 1): i1–24. doi:10.1136/thx.2006.065144. PMC 2080754. PMID 16936230.
- ^ Paul, Pauline; Williams, Beverly (2009-01-01). Brunner & Suddarth's Textbook of Canadian Medical-surgical Nursing (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wil. m/s. 637. ISBN 9780781799898. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-29.
- ^ Mladenovic, Jordanna; Erskine, Ryan N.; Riley, Brooke; Mitchell, Andrew; Abi-fares, Catherine; Basson, Willem; Anstey, Chris; White, Leigh (2022-11-01). "The association between erector spinae plane block timing and reduced rib fracture related respiratory complications: A cohort study". Journal of Clinical Anesthesia (dalam bahasa Inggeris). 82: 110940. doi:10.1016/j.jclinane.2022.110940. ISSN 0952-8180. PMID 35917775 Check
|pmid=
value (bantuan). - ^ Ökmen, K (1 April 2019). "Efficacy of rhomboid intercostal block for analgesia after thoracotomy". The Korean Journal of Pain. 32 (2): 129–132. doi:10.3344/kjp.2019.32.2.129. PMC 6549589. PMID 31091512.
- ^ Wardhan, R (October 2013). "Assessment and management of rib fracture pain in geriatric population: an ode to old age". Current Opinion in Anesthesiology. 26 (5): 626–31. doi:10.1097/01.aco.0000432516.93715.a7. PMID 23995061.
- ^ Grant, Stuart A.; Auyong, David B. (2016). Ultrasound Guided Regional Anesthesia (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. PT388. ISBN 9780190630478.
- ^ Riley, B.; Malla, U.; Snels, N.; Mitchell, A.; Abi-Fares, C.; Basson, W.; Anstey, C.; White, L. (2020). "Erector spinae and serratus anterior blocks for the management of rib fractures: A retrospective exploratory matched study". The American Journal of Emergency Medicine (dalam bahasa Inggeris). 38 (8): 1689–1691. doi:10.1016/j.ajem.2020.01.007. PMID 31932127.
- ^ White, L.; Riley, B.; Malla, U.; Snels, N.; Mitchell, A.; Abi-Fares, C.; Basson, W.; Anstey, C. (2020-08-15). "ESB vs SAB in chest wall trauma, which is better?: A response and decision making guide". The American Journal of Emergency Medicine (dalam bahasa Inggeris). 38 (10): 2221–2223. doi:10.1016/j.ajem.2020.08.004. ISSN 0735-6757. PMID 32843243.
- ^ White, L. D.; Riley, B.; Davis, K.; Thang, C.; Mitchell, A.; Abi-fares, C.; Basson, W.; Anstey, C. (2021). "Safety of Continuous Erector Spinae Catheters in Chest Trauma: A Retrospective Cohort Study". Anesthesia & Analgesia. 133 (5): 1296–1302. doi:10.1213/ANE.0000000000005730. ISSN 0003-2999. PMID 34473654 Check
|pmid=
value (bantuan).|hdl-access=
requires|hdl=
(bantuan) - ^ Fitzpatrick, D. C.; Denard, P. J.; Phelan, D.; Long, W. B.; Madey, S. M.; Bottlang, M. (2010). "Operative stabilization of flail chest injuries: review of literature and fixation options". European Journal of Trauma and Emergency Surgery. 36 (5): 427–33. doi:10.1007/s00068-010-0027-8. PMC 3150812. PMID 21841954.
- ^ Mathison, Douglas (2014). Master Techniques in Surgery: Thoracic Surgery: Transplantation, Tracheal Resections, Mediastinal Tumors, Extended Thoracic Resections. Walters-Kluwer Health. ISBN 978-1-46988-903-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2016. Dicapai pada 15 August 2015.[ Patah tulang rusuk] di Buku Google
- ^ Browner, Bruce D. (2009-01-01). Skeletal Trauma: Basic Science, Management, and Reconstruction (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Scien. m/s. 1418. ISBN 978-1416022206. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-08.
- ^ de Jong, M. B.; Kokke, M. C.; Hietbrink, F.; Leenen, L. P. H. (2014). "Surgical Management of Rib Fractures: Strategies and Literature Review". Scandinavian Journal of Surgery. 103 (2): 120–25. doi:10.1177/1457496914531928. PMID 24782038.