[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Peluru berpandu Al Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 20342 pada 11:40, 11 Mac 2005 oleh Yosri (bincang | sumb.)

Al Hussein atau al-Husayn adalah pengkelasan bagi peluru berpandu Iraq.

Semasa 1988-90, Iraq cuba membangunkan program roket tempatan mereka, yang berasaskan kepada meningkatkan prestasi Scud.

Tehran, sekitar 300 batu dari sempadan Iran-Iraq, terletak di luar jarak Scud-B piawaian, yang mampu menjangkau pada jarak 300 km. Untuk mengatasi kekurangan ini, Iraq meningkatkan jarak Scud dua kali, dengan bergantung kepada bantuan teknikal dan peralatan asing.

Peningkatan pertama, digelar al-Husayn mempunyai jarak 600-650 km, membenarkan serangan pada Tehran. Roket ini diubah suai melalui pengurangan berat beban sekitar 300 hingga 350 kilogram.

Sepanjang 11.20 meter dan berdaimeter 0.90 meter, Al Hussein sejajar dengan lebih kurang SCUD-B (panjang: 11.50 meter; diameter: 0.88 meter). Al-Husayn mampu menjangkau kebanyakan Israel dan keseluruhan Syria dalam jarak tembakan. Enam puluh peluru berpandu ini ditembakkan kepada Arab Saudi dan Israel pada bulan Januari dan Februari 1991.

Lihat juga: