Penyinaran nyahkuman ultraungu
Penyinaran nyahkuman ultraungu (PNUV) ialah teknik pembasmian kuman menggunakan cahaya ultraungu (UV), terutamanya UV-C (180-280 nm), untuk membunuh atau menyahaktifkan mikroorganisma. PNUV menyahaktifkan mikrob secara utamanya melalui perosakan bahan genetik mikrob tersebut, dan dengan itu menghalang keupayaan mikrob itu untuk menjalankan fungsi vitalnya.[1]
Penggunaan PNUV meluas ke pelbagai aplikasi, merangkumi pembasmian kuman makanan, permukaan, udara dan air. Peranti-peranti PNUV berupaya untuk menyahaktifkan mikroorganisma yang termasuk bakteria, virus, kulat, kulapuk dan patogen-patogen lain.[2][3] Kajian terbaru telah membuktikan keupayaan cahaya UV-C untuk menyahaktifkan SARS-CoV-2, yakni strain koronavirus yang menyebabkan COVID-19.[4][5][6][7][8][9]
Jarak gelombang UV-C menunjukkan pelbagai keberkesanan nyahkuman serta kesan-kesan pada tisu biologi.[9][10][11] Banyak lampu nyahkuman seperti lampu merkuri bertekanan rendah (LP-Hg), dengan pelepasan puncak lebih kurang pada 254 nm, mengandungi panjang gelombang UV yang boleh membahayakan manusia.[12][13] Akibatnya, sistem PNUV telah dihadkan penggunaannya terutamanya apabila orang ramai tidak terdedah secara langsung, yang termasuklah pembasmian kuman pada lantai hospital, UVGI bilik atas dan rawatan air.[14][15][16] Kebelakangan ini pula, penggunaan panjang gelombang antara 200-235 nm, sering dirujuk sebagai UVC-jauh, telah mendapat daya tarikan untuk pembasmian kuman pada permukaan dan udara.[11][17][18] Panjang gelombang ini dianggap lebih selamat kerana pengurangan signifikan terhadap penembusan ke dalam tisu manusia.[19][20][21][22]
Perlu diingatkan bahawa, cahaya UV-C hampir tiada dalam cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi disebabkan oleh sifat penyerapan lapisan ozon dalam atmosfera.[23]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Asal Usul Tindakan Nyahkuman UV
[sunting | sunting sumber]Perkembangan PNUV bermula pada tahun 1878 apabila Arthur Downes dan Thomas Blunt mendapati cahaya matahari, terutamanya panjang gelombangnya yang lebih pendek, merencat pertumbuhan mikrob.[24][25][26] Émile Duclaux mengembang penemuan tersebut pada tahun 1885, melalui pengenalpastian variasi sensitiviti cahaya matahari di kalangan spesies bakteria yang berbeza.[27][28][29] Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1890, Robert Koch menunjukkan kesan maut cahaya matahari pada Mycobacterium tuberculosis, secara tidak langsung menunjukkan potensi PNUV memerangi penyakit-penyakit seperti tuberkulosis.[30]
Kajian seterusnya mentakrifkan lebih mendalam mengenai jarak gelombang yang paling berkesan untuk penyahaktifan kuman. Pada tahun 1892, segmen jarak gelombang UV pada cahaya matahari telah diperhatikan mempunyai kesan nyahbakteria yang paling kuat.[31][32] Penyelidikan yang dijalankan pada awal 1990-an menunjukkan keberkesanan UV-C untuk membunuh kuman yang lebih unggul berbanding UV-A dan UV-B.[33][34][35]
Kesan mutagenik UV pertama kali didedahkan dalam kajian 1914 yang memerhatikan perubahan metabolisme pada Bacillus anthracis apabila terdedah kepada dos submaut UV.[36] Frederick Gates, pada akhir 1920-an, menunjukkan spektrum tindakan bakteria kuantitatif yang pertama untuk Staphylococcus aureus dan Bacillus coli, mencatatkan keberkesanan puncak pada 265 nm.[37][38][39] Hal ini sepadan dengan spektrum penyerapan asid nukleik, menunjukkan secara tidak langsung terhadap kerosakan DNA sebagai faktor utama ketidakaktifan bakteria. Pemahaman ini telah diperkukuh pada tahun 1960-an melalui penyelidikan yang menunjukkan keupayaan UV-C untuk membentuk dimer timin, yang membawa kepada ketidakaktifan mikrob.[40] Penemuan awal ini secara kolektif meletakkan asas untuk PNUV moden sebagai alat pembasmian kuman.
PNUV untuk pembasmian kuman udara
[sunting | sunting sumber]Kesungguhan penggunaan PNUV untuk pembasmian kuman udara bermula pada pertengahan 1930-an. William F. Wells menunjukkan pada tahun 1935 bahawa organisma berjangkit bawaan udara khususnya aerosol B. coli yang terdedah kepada 254 nm UV boleh dinyahaktifkan dengan cepat.[41] Perkara ini berasaskan teori awal penjalaran nukleus titisan berjangkit yang dikemukakan oleh Carl Flüugge dan Wells sendiri.[42][43] Sebelum wujudnya pengemukaan ini, sinaran UV telah dikaji terutamanya dalam konteks media cecair atau pepejal, tetapi tidak pada mikrob bawaan udara.
Tidak lama selepas eksperimen awal Wells, PNUV berintensiti tinggi telah digunakan untuk membasmi kuman bilik pembedahan hospital di Universiti Duke pada tahun 1936. [44] Kaedah ini terbukti berjaya, mengurangkan jangkitan luka selepas pembedahan daripada 11.62% sebelum penggunaan PNUV kepada 0.24% selepas penggunaan PNUV. [45] Tidak lama kemudian, pendekatan ini diperluaskan ke hospital dan wad bayi lain menggunakan "tirai cahaya" PNUV, direka untuk mencegah jangkitan silang pernafasan, dengan kejayaan yang ketara.[46][47][48][49]
Penyesuaian dalam penggunaan PNUV menyaksikan peralihan dari "tirai cahaya " ke PNUV bilik beraras atas, mengehadkan sinaran nyahkuman di atas paras kepala manusia. Walaupun ia bergantung pada pergerakan udara secara menegak yang baik, pendekatan ini menghasilkan hasil yang baik dalam mencegah jangkitan silang.[50][51][52] Hal ini dicontohkan oleh kejayaan penggunaan PNUV bilik beraras atas oleh Wells antara tahun 1937 dan 1941 untuk mengurangkan penyebaran campak di sekolah harian Philadelphia di pinggiran bandar. Kajian beliau mendapati bahawa 53.6% daripada golongan rentan di sekolah tanpa PNUV dijangkiti, manakala hanya 13.3% daripada golongan rentan dijangkiti di sekolah dengan PNUV.[53]
Richard L. Riley, pada awal merupakan seorang pelajar bawah Wells, meneruskan kajian jangkitan bawaan udara dan PNUV sepanjang 1950-an dan 60-an, menjalankan eksperimen penting di wad TB Hospital Veteran. Riley berjaya menunjukkan bahawa PNUV boleh menyahaktifkan patogen bawaan udara dengan cekap dan mencegah penyebaran tuberkulosis.[54][55][56]
Walaupun terbukti kejayaan awalnya, penggunaan PNUV kian merosot pada separuh kedua era abad ke-20 disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah peningkatan jenis alternatif kaedah kawalan dan pencegahan jangkitan, hasil keberkesanan yang tidak konsisten, dan kebimbangan mengenai keselamatannya serta keperluan untuk menyelenggaranya.[14] Walau bagaimanapun, peristiwa baru-baru ini seperti peningkatan dalam pelbagai bakteria tahan dadah dan pandemik COVID-19 telah memperbaharui minat terhadap PNUV untuk pembasmian kuman udara.[57][58][59][60]
PNUV untuk rawatan air
[sunting | sunting sumber]Penggunaan cahaya UV untuk pembasmian kuman air minuman bermula sejak 1910 di Marseille, Perancis.[61] Kilang prototaip telah ditutup selepas masa yang singkat kerana kebolehpercayaan yang lemah. Pada tahun 1955, sistem rawatan air UV telah digunakan di Austria dan Switzerland; menjelang 1985 kira-kira 1,500 loji telah digunakan di Eropah. Pada tahun 1998 didapati bahawa protozoa seperti cryptosporidium dan giardia lebih terdedah kepada cahaya UV berbanding yang difikirkan sebelumnya; dan ini membuka jalan kepada penggunaan berskala luas rawatan air UV di Amerika Utara. Menjelang 2001, lebih 6,000 loji rawatan air UV telah beroperasi di Eropah. [62]
Dari masa ke masa, kos UV telah menurun apabila penyelidik membangun dan menggunakan kaedah UV baharu untuk menyahkuman air dan sisa kumbahan. Beberapa negara telah menerbitkan peraturan dan panduan untuk penggunaan UV bagi tujuan menyahkuman bekalan air minuman. Contohnya termasuk di AS[63] dan di UK.[64]
Kaedah operasi
[sunting | sunting sumber]Cahaya UV ialah sinaran elektromagnet dengan jarak gelombang yang lebih pendek berbanding cahaya nampak tetapi lebih panjang berbanding sinaran-X. UV dikategorikan kepada beberapa julat panjang gelombang, dengan UV berjarak gelombang pendek (UV-C) dianggap sebagai "UV nyahkuman". Jarak gelombang antara kira-kira 200 nm dan 300 nm diserap kuat oleh asid nukleik. Tenaga yang diserap boleh mengakibatkan kecacatan termasuk dimer pirimidin. Dimer ini boleh menghalang replikasi atau menghalang ekspresi protein yang diperlukan, mengakibatkan kematian atau ketidakaktifan organisma. Baru-baru ini, satu kajian mendapati bahawa dimer ini berpendarfluor.[66]
- Lampu berasaskan merkuri yang beroperasi pada tekanan wap rendah memancarkan cahaya UV pada nilai spektrum 253.7 nm.[67]
- Lampu diod pemancar cahaya ultraungu (UV-C LED) memancarkan cahaya UV pada panjang gelombang yang boleh dipilih antara 255 dan 280 nm.[68]
- Lampu xenon berdenyut memancarkan cahaya UV merentasi seluruh spektrum UV dengan pelepasan puncak menghampiri 230 nm. [65]
Proses ini serupa tetapi lebih kuat daripada kesan panjang gelombang yang lebih panjang (UV-B) yang menghasilkan selaran matahari pada manusia. Mikroorganisma mempunyai kurang perlindungan terhadap UV dan tidak dapat bertahan dalam pendedahan berjangka masa panjang.
Sistem PNUV direka untuk mendedahkan persekitaran seperti tangki air, bilik dan sistem udara paksa kepada UV nyahkuman. Pendedahan datang daripada lampu nyahkuman yang memancarkan UV nyahkuman pada jarak gelombang yang betul, sekali gus menyinari persekitaran tersebut. Aliran paksa udara atau air melalui persekitaran ini memastikan pendedahan udara atau air tersebut.
Keberkesanan
[sunting | sunting sumber]Keberkesanan UV nyahkuman bergantung pada tempoh mikroorganisma terdedah kepada UV, keamatan dan jarak gelombang sinaran UV, kehadiran zarah yang boleh melindungi mikroorganisma daripada sinaran UV, serta keupayaan mikroorganisma untuk bertahan mengatasi sinaran UV yang terdedah.
Dalam banyak sistem, kelewahan pendedahan mikroorganisma terhadap sinaran UV dicapai melalui pengitaran udara atau air berulang kali. Ini memastikan hantaran udara berulang kali supaya sinaran UV berkesan terhadap bilangan mikroorganisma setinggi mungkin dan akan menyinari mikroorganisma tahan radiasi lebih dari sekali untuk memusnahkannya.
"Pensterilan penuh" sering disalah anggap boleh dicapai. Walaupun secara teorinya boleh jika dilakukan pada persekitaran terkawal, ia amat sukar untuk dibuktikan dan istilah "pembasmian kuman" biasanya digunakan oleh syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini untuk mengelakkan teguran undang-undang. Syarikat pakar selalunya akan mengiklankan nilai pengurangan log tertentu, contohnya, pengurangan log 6 atau 99.9999% berkesan, bukannya pensterilan. Ini mengambil kira satu fenomena yang dikenali sebagai pembaikpulihan terang dan gelap (fotoreaktivasi dan pembaikpulihan eksisi bes) yakni keadaan sel boleh membaiki DNA yang telah rosak disebabkan cahaya UV.
Keberkesanan bentuk pembasmian kuman ini bergantung pada pendedahan garis pandang mikroorganisma kepada cahaya UV. Persekitaran seperti reka bentuk yang mencipta halangan terhadap cahaya UV tidak begitu berkesan. Dalam persekitaran sedemikian, keberkesanan kemudiannya bergantung pada penempatan sistem PNUV supaya garis penglihatan adalah pada tahap optimum untuk pembasmian kuman.
Habuk dan filem menyaluti mentol lampu menurunkan kadar pembebasan cahaya UV. Oleh itu, mentol memerlukan pembersihan dan penggantian berkala untuk memastikan keberkesanan. Jangka hayat mentol UV nyahkuman berbeza-beza bergantung pada reka bentuk. Selain itu, bahan yang digunakan untuk menghasil mentol berupaya untuk menyerap beberapa jenis sinaran nyahkuman.
Penyejukan lampu di bawah aliran udara juga boleh menurunkan kadar penghasilan UV. Peningkatan keberkesanan dan keamatan UV boleh dicapai dengan menggunakan pemantulan. Aluminium mempunyai kadar pemantulan tertinggi berbanding logam lain dan disyorkan apabila menggunakan UV. [69]
Satu kaedah untuk mengukur keberkesanan UV dalam aplikasi pembasmian kuman dalam air adalah melalui pengiraan dos UV. Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS (EPA) menerbitkan garis panduan dos UV untuk aplikasi rawatan air pada tahun 1986.[70] Dos UV tidak boleh diukur secara langsung tetapi boleh diandaikan berdasarkan input yang diketahui atau anggaran input kepada proses:
- Kadar aliran (masa penyentuhan)
- Kehantaran (cahaya sampai ke sasaran)
- Kekeruhan
- Umur lampu atau kekotoran atau gangguan (pengurangan keamatan sinaran UV)
Dalam aplikasi pembasmian kuman udara dan permukaan, keberkesanan UV dianggarkan dengan mengira dos sinaran UV yang akan terpancar kepada populasi mikrob. Dos sinaran UV dikira seperti berikut:
- Dos sinaran UV (μW·s/cm 2 ) = Keamatan sinaran UV (μW/cm 2 ) × masa pendedahan (saat) [71]
Keamatan sinaran UV ditentukan untuk setiap lampu pada jarak 1 meter. Keamatan sinaran UV adalah berkadar songsang dengan kuasa dua jarak jadi ia berkurangan pada jarak yang lebih jauh. Sebagai alternatif, ia meningkat dengan cepat pada jarak yang lebih pendek daripada 1 m. Dalam formula di atas, keamatan sinaran UV mesti sentiasa dilaraskan untuk jarak melainkan dos sinaran UV dikira tepat pada 1 m (3.3 ka) dari lampu. Juga, untuk memastikan keberkesanan, dos sinaran UV mesti dikira pada akhir jangka hayat lampu (jangka akhir hayat dinyatakan dalam bilangan jam apabila lampu dijangka mencapai 80% daripada keluaran UV awalnya) dan pada jarak paling jauh dari lampu menyala di kawasan pinggiran sasaran. Beberapa jenis lampu kalis pecah disalut dengan polimer etilena terpendarfluor untuk membendung serpihan kaca dan merkuri sekiranya berlaku pecah; dan salutan ini mengurangkan pengeluaran UV sebanyak 20%.
Untuk meramalkan dengan tepat dos sinaran UV yang akan dihantar ke sasaran, keamatan sinaran UV yang dilaraskan untuk jarak tertentu, tahap penyalutan lampu serta jangka hayat lampu, akan didarabkan dengan masa pendedahan. Dalam aplikasi statik, masa pendedahan boleh selama mungkin untuk mencapai dos sinaran UV yang berkesan. Dalam kes udara bergerak pantas, contohnya seperti dalam saluran udara AC, masa pendedahan adalah pendek, jadi keamatan sinaran UV mesti ditingkatkan dengan memperkenalkan berbilang lampu UV. Malahan, pemasangan UV sebaiknya diletakkan di bahagian saluran lurus yang panjang dengan lampu menghalakan UVC ke arah yang selari dengan aliran udara untuk memaksimumkan masa udara disinari.
Pengiraan ini sebenarnya meramalkan kelancaran sinaran UV dan diandaikan bahawa kelancaran sinaran UV akan sama dengan dos sinaran UV. Dos sinaran UV ialah jumlah tenaga sinaran UV nyahkuman yang diserap oleh populasi mikrob dalam satu tempoh masa. Jika mikroorganisma adalah planktonik (terapung bebas) maka kelancaran sinaran UV akan sama dengan dos sinaran UV. Walau bagaimanapun, jika mikroorganisma terlindung oleh zarah mekanikal, seperti habuk dan kotoran, atau telah membentuk biofilm, kelancaran sinaran UV yang lebih tinggi akan diperlukan untuk dos sinaran UV yang berkesan untuk diperkenalkan kepada populasi mikrob.
Penyahaktifan mikroorganisma
[sunting | sunting sumber]Tahap penyahaktifan oleh sinaran ultraungu secara langsung berkaitan dengan dos sinaran UV yang digunakan pada air. Dos, hasil darab keamatan sinaran UV dan masa pendedahan, biasanya diukur dalam mikrojoule setiap sentimeter per segi, atau bersamaan dengan mikrowatt saat setiap sentimeter per segi (μW·s/cm2). Sembilan puluh peratus daripada dos sinaran UV membunuh hampir semua bakteria dan virus berkisar antara 2,000 dan 8,000 μW·s/cm2. Parasit yang lebih besar seperti cryptosporidium memerlukan dos yang lebih rendah untuk penyahaktifan. Makanya, EPA AS telah menerima pembasmian kuman menggunakan sinaran UV sebagai kaedah untuk loji air minuman untuk penyahaktifan cryptosporidium, giardia atau virus. Contohnya, untuk pengurangan 90% cryptosporidium, dos minimum 2,500 μW·s/cm2 diperlukan berdasarkan manual panduan EPA 2006. [72] :1–7
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Penapis HEPA
- Pembersihan air mudah alih
- Kebersihan
- Prosedur Operasi Standard Sanitasi
- Pembasmian kuman air suria
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kowalski W (2009). "UVGI Disinfection Theory". Ultraviolet Germicidal Irradiation Handbook: UVGI for Air and Surface Disinfection (dalam bahasa Inggeris). Berlin, Heidelberg: Springer. m/s. 17–50. doi:10.1007/978-3-642-01999-9_2. ISBN 978-3-642-01999-9.
- ^ Kowalski W (2009). "UV Rate Constants". Ultraviolet Germicidal Irradiation Handbook: UVGI for Air and Surface Disinfection (dalam bahasa Inggeris). Berlin, Heidelberg: Springer. m/s. 73–117. doi:10.1007/978-3-642-01999-9_4. ISBN 978-3-642-01999-9.
- ^ "The impact of far-UVC radiation (200-230 nm) on pathogens, cells, skin, and eyes - a collection and analysis of a hundred years of data". GMS Hygiene and Infection Control. 16: Doc07. 2021-02-16. doi:10.3205/dgkh000378. PMC 7894148. PMID 33643774.
- ^ "Far-UVC light (222 nm) efficiently and safely inactivates airborne human coronaviruses". Scientific Reports. 10 (1): 10285. June 2020. Bibcode:2020NatSR..1010285B. doi:10.1038/s41598-020-67211-2. PMC 7314750. PMID 32581288.
- ^ "UV-C irradiation is highly effective in inactivating SARS-CoV-2 replication". Scientific Reports. 11 (1): 6260. March 2021. doi:10.1038/s41598-021-85425-w. PMC 7973506. PMID 33737536. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ "Rapid and complete inactivation of SARS-CoV-2 by ultraviolet-C irradiation". Scientific Reports. 10 (1): 22421. December 2020. Bibcode:2020NatSR..1022421S. doi:10.1038/s41598-020-79600-8. PMC 7773738. PMID 33380727. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ "UV222 disinfection of SARS-CoV-2 in solution". Scientific Reports. 12 (1): 14545. August 2022. Bibcode:2022NatSR..1214545R. doi:10.1038/s41598-022-18385-4. PMC 9406255 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 36008435 Check|pmid=
value (bantuan). - ^ "Demonstration of Antiviral Activity of far-UVC Microplasma Lamp Irradiation Against SARS-CoV-2". Clinical Laboratory. 67 (8). August 2021. doi:10.7754/clin.lab.2020.201140. PMID 34383419.
- ^ a b "UV Inactivation of SARS-CoV-2 across the UVC Spectrum: KrCl* Excimer, Mercury-Vapor, and Light-Emitting-Diode (LED) Sources". Applied and Environmental Microbiology. 87 (22): e0153221. October 2021. Bibcode:2021ApEnM..87E1532M. doi:10.1128/AEM.01532-21. PMC 8552892 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 34495736 Check|pmid=
value (bantuan). - ^ Kowalski W (2009). "UVGI Safety". Ultraviolet Germicidal Irradiation Handbook: UVGI for Air and Surface Disinfection (dalam bahasa Inggeris). Berlin, Heidelberg: Springer. m/s. 287–311. doi:10.1007/978-3-642-01999-9_12. ISBN 978-3-642-01999-9.
- ^ a b "Far UV-C radiation: An emerging tool for pandemic control". Critical Reviews in Environmental Science and Technology (dalam bahasa Inggeris). 53 (6): 733–753. 2023-03-19. doi:10.1080/10643389.2022.2084315. ISSN 1064-3389. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ "Accidental exposure to UV radiation produced by germicidal lamp: case report and risk assessment". Photochemistry and Photobiology. 88 (4): 1001–1004. 27 March 2012. doi:10.1111/j.1751-1097.2012.01151.x. PMID 22458545. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ "UV-Photokeratitis Associated with Germicidal Lamps Purchased during the COVID-19 Pandemic". Ocular Immunology and Inflammation. 29 (1): 76–80. January 2021. doi:10.1080/09273948.2020.1834587. PMID 33215961. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ a b "The history of ultraviolet germicidal irradiation for air disinfection". Public Health Reports. 125 (1): 15–27. January 1, 2010. doi:10.1177/003335491012500105. PMC 2789813. PMID 20402193.
- ^ "Use of ultraviolet-C in environmental sterilization in hospitals: A systematic review on efficacy and safety". International Journal of Health Sciences. 14 (6): 52–65. 2020. PMC 7644456. PMID 33192232. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ "Wastewater Technology Fact Sheet: Ultraviolet Disinfection" (PDF). September 1999.
- ^ "Far-UVC Light at 222 nm is Showing Significant Potential to Safely and Efficiently Inactivate Airborne Pathogens in Occupied Indoor Locations". Photochemistry and Photobiology. 99 (3): 1047–1050. November 2022. doi:10.1111/php.13739. PMID 36330967 Check
|pmid=
value (bantuan). - ^ "Opinion | We Have the Technology to Stop Superspreading Without Masks". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-21. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2023-06-19.
- ^ "Germicidal Efficacy and Mammalian Skin Safety of 222-nm UV Light". Radiation Research. 187 (4): 483–491. April 2017. Bibcode:2017RadR..187..493B. doi:10.1667/RR0010CC.1. PMC 5552051. PMID 28225654. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ "207-nm UV Light-A Promising Tool for Safe Low-Cost Reduction of Surgical Site Infections. II: In-Vivo Safety Studies". PLOS ONE. 11 (6): e0138418. 2016-06-08. Bibcode:2016PLoSO..1138418B. doi:10.1371/journal.pone.0138418. PMC 4898708. PMID 27275949. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ "Extreme Exposure to Filtered Far-UVC: A Case Study†". Photochemistry and Photobiology. 97 (3): 527–531. May 2021. doi:10.1111/php.13385. PMC 8638665 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 33471372. - ^ "Re-Evaluation of Rat Corneal Damage by Short-Wavelength UV Revealed Extremely Less Hazardous Property of Far-UV-C†". Photochemistry and Photobiology. 97 (3): 505–516. May 2021. doi:10.1111/php.13419. PMC 8251618. PMID 33749837.
- ^ "Reference Air Mass 1.5 Spectra". www.nrel.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-19.
- ^ "The Influence of Light upon the Development of Bacteria 1". Nature (dalam bahasa Inggeris). 16 (402): 218. July 1877. Bibcode:1877Natur..16..218D. doi:10.1038/016218a0. ISSN 1476-4687.
- ^ "Researches on the Effect of Light upon Bacteria and other Organisms". Proceedings of the Royal Society of London. 26: 488–500. 1877. Bibcode:1877RSPS...26..488D. ISSN 0370-1662. JSTOR 113427.
- ^ "IV. On the influence of light upon protoplasm". Proceedings of the Royal Society of London (dalam bahasa Inggeris). 28 (190–195): 199–212. 1879-12-31. doi:10.1098/rspl.1878.0109. ISSN 0370-1662.
- ^ "Influence de la luminére du soleil sur la vitalité des germes des microbes" [Influence of sunlight on the vitality of germs of microbes]. Compt Rendus Hebd des Seances de l'Academie des Sciences (dalam bahasa French). 100: 119–21. 1885.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Duclaux E (1885). Sur la durée de la vie chez les germes des microbes [On the lifespan of germs of microbes] (dalam bahasa French).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Influence de la luminére du soliel sur la vitalité de micrococcus" [Influence of sunlight on the vitality of micrococcus]. Compt Rendus Hebd des Seances et Mémoires Soc et Biologies (dalam bahasa French). 37: 508–10. 1885.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Koch R (1890). Ueber bakteriologische Forschung [About bacteriological research] (PDF) (dalam bahasa German).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Zur Frage über die Wirkung des Licht auf Bakterien" [On the question of the effect of light on bacteria]. Centralblatt für Bakteriologie und Parasitenkunde. 11: 161–73. 1892.
- ^ "Ueber den Einfluss des Lichtes auf Bakterien" [On the influence of light on bacteria.]. Centralblatt für Bakteriologie und Parasitenkunde (dalam bahasa German). 11: 781–3. 1892.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Die Wirkungen des Lichtes auf Mikrooganismen" [The effects of light on microorganisms]. Mitt. Finsens Med. Lysinst. 2: 1–107. 1901.
- ^ "Upon the bactericidal action of some ultra-violet radiations as produced by the continuous-current arc". Proceedings of the Royal Society of London. 72 (477–486): 126–128. 1904-01-31. doi:10.1098/rspl.1903.0028. ISSN 0370-1662.
- ^ "Ueber Beeinflussung des Organismus durch Licht, speziell durch die chemisch wirksamen Strahlen" [About the influence of light on the organism, especially through the chemically effective rays]. Zeitschrift für allgemeine Physiologie (dalam bahasa German). 4: 1–43. 1904.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Variation du pouvoir abiotique des rayons ultraviolets avec leur longueur d'onde". CR Seances Soc. Biol Fil. 73: 321–322. 1914.
- ^ "A Study of the Bactericidal Action of Ultra Violet Light : I. The Reaction to Monochromatic Radiations". The Journal of General Physiology. 13 (2): 231–248. November 1929. doi:10.1085/jgp.13.2.231. PMC 2141026. PMID 19872521.
- ^ "A Study of the Bactericidal Action of Ultra Violet Light : Ii. The Effect of Various Environmental Factors and Conditions". The Journal of General Physiology. 13 (2): 249–260. November 1929. doi:10.1085/jgp.13.2.249. PMC 2141035. PMID 19872522.
- ^ "A Study of the Bactericidal Action of Ultra Violet Light : Iii. The Absorption of Ultra Violet Light by Bacteria". The Journal of General Physiology. 14 (1): 31–42. September 1930. doi:10.1085/jgp.14.1.31. PMC 2141090. PMID 19872573.
- ^ "Isolation and identification of the irradiation product of thymine". Biochimica et Biophysica Acta. 41 (3): 550–551. July 1960. doi:10.1016/0006-3002(60)90063-9. PMID 13800233.
- ^ "Viability of B. Coli Exposed to Ultra-Violet Radiation in Air". Science. 82 (2125): 280–281. September 1935. doi:10.1126/science.82.2125.280-a. PMID 17792965.
- ^ "On Air-Borne Infection". American Journal of Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). 20 (3): 611–618. November 1934. doi:10.1093/oxfordjournals.aje.a118097. ISSN 1476-6256.
- ^ "Ueber luftinfection". Zeitschrift für Hygiene und Infektionskrankheiten. 25 (1): 179–224.
- ^ "Sterilization of the Air in the Operating Room by Special Bactericidal Radiant Energy: Results of Its Use in Extrapleural Thoracoplasties". Journal of Thoracic Surgery (dalam bahasa Inggeris). 6 (1): 45–81. 1936-10-01. doi:10.1016/S0096-5588(20)32445-4. ISSN 0096-5588.
- ^ "Bactericidal ultraviolet radiation in the operating room. Twenty-nine-year study for control of infections". Journal of the American Medical Association. 172 (10): 1019–1028. March 1960. doi:10.1001/jama.1960.03020100027006. PMID 14400064.
- ^ "Effect of Ultraviolet Irradiatio nof Air on Incidence of Infections in an Infants' Hospital". Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine (dalam bahasa Inggeris). 61 (2): 213–225. 1941-02-01. doi:10.1001/archpedi.1941.02000080003001. ISSN 1072-4710.
- ^ "Ultraviolet Radiation as an Adjunct in the Control of Postoperative Neurosurgical Infection: II Clinical Experience 1938-1948". Annals of Surgery. 129 (6): 820–824. June 1949. doi:10.1097/00000658-194906000-00008. PMC 1514178. PMID 17859359.
- ^ "Studies on air-borne infection in a hospital ward". The Journal of Pediatrics. 21 (5): 569–576. November 1942. doi:10.1016/s0022-3476(42)80045-1. ISSN 0022-3476.
- ^ "Use of Ultraviolet Radiation in Reduction of Respiratory Cross Infections: In a Children's Hospital: Final Report". Journal of the American Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 121 (12): 908. 1943-03-20. doi:10.1001/jama.1943.02840120010003. ISSN 0002-9955.
- ^ "Control of air-borne infections in a nursery for young infants". American Journal of Diseases of Children. 75 (2): 193–202. February 1948. doi:10.1001/archpedi.1948.02030020204004. PMID 18870758.
- ^ "Effect of ultraviolet air sterilization upon incidence of respiratory infections in a children's institution; a 6-year study". New York State Journal of Medicine. 47 (7): 707–710. April 1947. PMID 20293122.
- ^ "Effect of Irradiation of the Air in a Ward on the Incidence of Infections of the Respiratory Tract: With a Note on Varicella". American Journal of Diseases of Children (dalam bahasa Inggeris). 61 (2): 273. February 1941. doi:10.1001/archpedi.1941.02000080063008. ISSN 0096-8994.
- ^ "The Environmental Control of Epidemic Contagion". American Journal of Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). 35 (1): 97–121. January 1942. doi:10.1093/oxfordjournals.aje.a118789. ISSN 1476-6256.
- ^ "Air hygiene in tuberculosis: quantitative studies of infectivity and control in a pilot ward". American Review of Tuberculosis. 75 (3): 420–431. March 1957. doi:10.1164/artpd.1957.75.3.420 (Tidak aktif 2023-06-21). PMID 13403171.CS1 maint: DOI inactive as of Jun 2023 (link)
- ^ "Aerial dissemination of pulmonary tuberculosis: a two-year study of contagion in a tuberculosis ward". American Journal of Infection Control. 25 (1): 65–66. February 1997. doi:10.1016/s0196-6553(97)90056-0. ISSN 0196-6553.
- ^ "Infectiousness of air from a tuberculosis ward. Ultraviolet irradiation of infected air: comparative infectiousness of different patients". The American Review of Respiratory Disease. 85: 511–525. April 1962. doi:10.1164/arrd.1962.85.4.511 (Tidak aktif 2023-06-21). PMID 14492300.CS1 maint: DOI inactive as of Jun 2023 (link)
- ^ "Upper-room ultraviolet light and negative air ionization to prevent tuberculosis transmission". PLOS Medicine. 6 (3): e43. March 2009. doi:10.1371/journal.pmed.1000043. PMC 2656548. PMID 19296717. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan) - ^ "Environmental control for tuberculosis: basic upper-room ultraviolet germicidal irradiation guidelines for healthcare settings". March 2009.
- ^ "Scientists Consider Indoor Ultraviolet Light to Zap Coronavirus in the Air". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-05-07. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2023-06-20.
- ^ "A new weapon in the fight against superbugs". YouTube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-20.
- ^ "Ultraviolet light disinfection in the use of individual water purification devices" (PDF). U.S. Army Public Health Command. Dicapai pada 2014-01-08.
- ^ Bolton J, Colton C (2008). The Ultraviolet Disinfection Handbook. American Water Works Association. m/s. 3–4. ISBN 978-1-58321-584-5.
- ^ "Long Term 2 Enhanced Surface Water Treatment Rule Documents". Washington, DC: EPA. 2021-12-01.
- ^ "Guidance on the use of ultraviolet (UV) irradiation for the disinfection of public water supplies". August 2016. Dicapai pada 21 February 2022.
- ^ a b c Kowalski W (2009). Ultraviolet Germicidal Irradiation Handbook: UVGI for Air and Surface Disinfection. doi:10.1007/978-3-642-01999-9. ISBN 978-3-642-01998-2.
- ^ "Intrinsic fluorescence of UV-irradiated DNA". Journal of Photochemistry and Photobiology A: Chemistry. 437: 114484. March 2023. doi:10.1016/j.jphotochem.2022.114484.
- ^ "The Basic Principles of UV–Disinfection of Water". Ozone: Science & Engineering. 9 (4): 299–313. September 1987. doi:10.1080/01919518708552146. ISSN 0191-9512.
- ^ "A new UV-LED device for automatic disinfection of stethoscope membranes". American Journal of Infection Control. Elsevier. 43 (10): e61–e66. October 2015. doi:10.1016/j.ajic.2015.06.019. PMID 26254501.
- ^ "Ultra-violet Reflecting Power of Aluminium and Several Other Metals" (PDF). US Government Printing Office. February 1930.
- ^ Stover EL, Haas CN, Rakness KL, Scheible OK (October 1986). Design Manual: Municipal Wastewater Disinfection (Laporan). Cincinnati, OH: EPA. EPA 625/1-86/021.
- ^ "UV dose". American Air & Water, Inc.
- ^ (Laporan). Missing or empty
|title=
(bantuan)Ultraviolet Disinfection Guidance Manual for the Final Long Term 2 Enhanced Surface Water Treatment Rule (Report). EPA. November 2006. EPA 815-R-06-007.