Prayut Chan-o-cha: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 67: | Baris 67: | ||
Pada 24 Ogos 2022, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Prayut daripada tugasannya selepas memutuskan untuk mendengar petisyen bagi meneliti keabsahan mandatnya untuk tempoh lapan tahun.<ref>{{Cite news|url=https://www.bbc.com/news/world-asia-62656348|title=Prayuth Chan-ocha: Thai court suspends PM and coup leader|date=2022-08-24|newspaper=BBC News|access-date=|language=en-GB}}</ref><ref>{{Cite news|url=https://www.theguardian.com/world/2022/aug/24/thai-court-suspends-pm-prayuth-pending-term-limit-review|title=Thai court suspends PM Prayuth pending term limit review|last=Ratcliffe|first=Rebecca|date=2022-08-24|newspaper=The Guardian|access-date=|language=en-GB|issn=0261-3077}}</ref> |
Pada 24 Ogos 2022, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Prayut daripada tugasannya selepas memutuskan untuk mendengar petisyen bagi meneliti keabsahan mandatnya untuk tempoh lapan tahun.<ref>{{Cite news|url=https://www.bbc.com/news/world-asia-62656348|title=Prayuth Chan-ocha: Thai court suspends PM and coup leader|date=2022-08-24|newspaper=BBC News|access-date=|language=en-GB}}</ref><ref>{{Cite news|url=https://www.theguardian.com/world/2022/aug/24/thai-court-suspends-pm-prayuth-pending-term-limit-review|title=Thai court suspends PM Prayuth pending term limit review|last=Ratcliffe|first=Rebecca|date=2022-08-24|newspaper=The Guardian|access-date=|language=en-GB|issn=0261-3077}}</ref> |
||
===Keputusan mahkamah=== |
===Keputusan mahkamah=== |
||
Pada 30 September 2022, Mahkamah tertinggi Thailand mengumumkan bahawa Prayut boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri. Dalam keputusan mereka, panel hakim berkenaan berhujah bahawa penggal Prayut tidak bermula secara rasmi sehingga perlembagaan yang disokong tentera berkuat kuasa pada April 2017. Berdasarkan ukuran itu, penggal lapan tahun beliau tidak akan berakhir sehingga April 2025. |
Pada 30 September 2022, Mahkamah tertinggi Thailand mengumumkan bahawa Prayut boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri. Dalam keputusan mereka, panel hakim berkenaan berhujah bahawa penggal Prayut tidak bermula secara rasmi sehingga perlembagaan yang disokong tentera berkuat kuasa pada April 2017. Berdasarkan ukuran itu, penggal lapan tahun beliau tidak akan berakhir sehingga April 2025.<ref>{{Cite news|url=https://www.reuters.com/world/asia-pacific/thai-court-rules-pm-prayuth-has-not-exceeded-8-year-limit-office-2022-09-30/|title=Thai court clears way for PM Prayuth's return from suspension|last=Wongcha-um|first=Panu|date=2022-09-30|newspaper=Reuters|access-date=|last2=Thepgumpanat|first2=Panarat|language=en}}</ref><ref>{{Cite web|url=https://www.aljazeera.com/news/2022/9/30/thai-court-to-rule-on-prime-minister-prayuths-political-future|title=Thai Prime Minister Prayuth can continue in office, court rules|date=2022-09-30|website=www.aljazeera.com|language=en|url-status=live|access-date=}}</ref><ref>{{Cite web|url=https://www.bangkokpost.com/thailand/politics/2404270/prayut-remains-pm-court-rules-tenure-ends-in-2025|title=Prayut remains PM, court rules tenure ends in 2025|last=Limited|first=Bangkok Post Public Company|date=2022-09-30|website=|language=en|url-status=live|access-date=}}</ref> |
||
==Rujukan== |
==Rujukan== |
Semakan pada 07:41, 27 Ogos 2023
Prayuth Chan-o-cha ประยุทธ์ จันทร์โอชา | |
---|---|
Perdana Menteri Thailand ke-29 | |
Dalam jawatan 24 Ogos 2014 – 22 Ogos 2023 | |
Raja | Bhumibol Adulyadej (2014–2016) Maha Vajiralongkorn (2016–2023) |
Didahului oleh | Niwatthamrong Boonsongpaisan (Memangku) Yingluck Shinawatra |
Digantikan oleh | Srettha Thavisin |
Menteri Pertahanan Thailand | |
Dalam jawatan 10 Julai 2019 – 22 Ogos 2023 | |
Perdana Menteri | Dirinya sendiri |
Didahului oleh | Prawit Wongsuwan |
Panglima Tentera Darat Diraja Thai | |
Dalam jawatan 1 Oktober 2010 – 30 September 2014 | |
Perdana Menteri | Abhisit Vejjajiva Yingluck Shinawatra |
Didahului oleh | Anupong Paochinda |
Digantikan oleh | Udomdej Sitabutr |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nakhon Ratchasima, Thailand | 21 Mac 1954
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Thailand |
Cabang/khidmat | Angkatan Tentera Diraja Thai |
Pangkat | Jeneral |
Yang Amat Berhormat Jeneral Prayut Chan-o-cha (juga digelar sebagai Prayuth Chan-ocha; Bahasa Thai: ประยุทธ์ จันทร์โอชา ; IPA: [prā.jút tɕān.ʔōː.tɕʰāː]; lahir 21 Mac 1954) ialah ahli politik Thai dan bekas Panglima Tentera Darat Diraja Thai yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29 semenjak penguasaan tentera junta dari tahun 2014 hingga 2023.
Prayuth telah berdepan pelbagai cabaran termasuk kes mahkamah, usul undi tidak percaya dan protes jalanan sepanjang sembilan tahun memegang jawatan perdana menteri.[1]
Pendidikan
Prayuth belajar di Akademi Angkatan Bersenjata Kelas 12, Kolej Pemerintah Tentera (CGSC) Kelas 63 dan Kolej Pertahanan Thailand (NDC) 5020 serta menghadiri Kursus Infanteri Dasar Kelas 51, Kursus Infanteri Lanjutan Kelas 38. Beliau juga belajar ijazah Sains di Akademi diraja Chulachomklao.
Beliau bersama-sama rakan sejawatannya sebelum ini, Anupong Paochinda dan bekas menteri pertahanan Prawit Wongsuwan, dianggap sebagai "Harimau Timur" dalam tentera.
Kerjaya tentera
Setelah lulus dari Akademi Tentera Chulachomklao, Prayuth bertugas di Rejimen Infantri ke-21 dari Pengawal Diraja. Pada tahun 2002, ia menjabat sebagai Wakil Komandan Jenderal di Divisi Infantri ke-2 dari Angkatan Tentera Diraja Thai, naik ke peringkat Komandan Jenderal satu tahun kemudian. Pada tahun 2005, ia menjadi Wakil Komandan Jenderal Angkatan Darat .
Prayuth adalah Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand 2008-2009 dan pada tahun 2009 diangkat ajudan kehormatan raja. Pada tahun 2010, beliau menggantikan Anupong Paochinda sebagai Panglima tentera.
Pentadbiran
Setelah rampasan kuasa Thailand pada 2006, Prayuth dipilih ke Majlis Perundangan Negara, seterusnya menyertai Jawatankuasa Persekitaran dan Sumber Tenaga. Beliau ditugaskan mengawasi infrastruktur elektrik MEA. Dari 2007 hingga 2010, beliau menjadi pengarah bebas Thai Oil Public Co Ltd dan sejak 7 Oktober 2010 beliau menjadi Pengarah Bank Tentera Thai.
Kontroversi
Lagu baharu dikecam netizen
Pada bulan Februari 2018, Prayuth yang melancarkan lagu terbaharunya menerima respons negatif daripada netizen. Lagu ciptaannya yang bertajuk "Diamond Heart" itu dimuat naik melalui YouTube dan telah mendapat lebih 40,000 'dislike' berbanding bilangan 'like' yang jauh lebih rendah.[2]
Lirik lagu itu ditulis oleh Prayuth sendiri dan dinyanyikan oleh seorang pegawai tentera Thailand yang menceritakan tentang janji dalam menghadapi segala rintangan bersama-sama seorang wanita.
Jadikan diri anda berlian yang sebenar, jangan menyerah.
Seiringan bersama hari ini, maka rintangan tidak bermakna. Apa yang dipelajari adalah sesuatu yang baru setiap hari.
Kita akan bina impian hati bersama agar terus bertahan.
Demikian antara bait-bait kata yang dituliskan dalam lagu nukilan Prayuth itu.
Lagu itu bagaimanapun menerima kritikan netizen yang menyindir makna politik di dalam lagu itu, malah ada yang memerli dengan menyatakan itu ialah 'hadiah' daripada Prayuth untuk rakyatnya sempena sambutan Hari Valentine.[2]
Sembur wartawan dengan cecair sanitasi
Pada 9 Mac 2021, Prayuth meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga-pinga apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan kerana tidak mahu emnjawab soalan yang tidak disukainya.[3]
Pada 12 Mac, Prayuth memohon maaf kerana menyembur cecair sanitasi tangan ke arah wartawan ketika sidang akhbar mingguan.[4][5]
Tak pakai pelitup muka
Pada 26 April 2021, Prayut didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan.[6]
Gantung tugas Perdana Menteri
Pada 24 Ogos 2022, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Prayut daripada tugasannya selepas memutuskan untuk mendengar petisyen bagi meneliti keabsahan mandatnya untuk tempoh lapan tahun.[7][8]
Keputusan mahkamah
Pada 30 September 2022, Mahkamah tertinggi Thailand mengumumkan bahawa Prayut boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri. Dalam keputusan mereka, panel hakim berkenaan berhujah bahawa penggal Prayut tidak bermula secara rasmi sehingga perlembagaan yang disokong tentera berkuat kuasa pada April 2017. Berdasarkan ukuran itu, penggal lapan tahun beliau tidak akan berakhir sehingga April 2025.[9][10][11]
Rujukan
- ^ Li, Linda Khoo Hui (2023-07-11). "PM Thai Prayuth umum bersara dari arena politik". Malaysiakini.
- ^ a b "Lagu baharu Perdana Menteri Thailand dikecam netizen". www.astroawani.com. 2018-02-20.
- ^ "Irked Thai PM sprays reporters with hand sanitiser to duck tricky questions". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-09.
- ^ Thaiger (2021-03-12). "PM Prayut Chan-o-cha says "sorry" for spraying reporters with hand sanitiser". Thaiger (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "PRAYUT 'SORRY' FOR SPRAYING REPORTERS WITH ALCOHOL". www.khaosodenglish.com. 2021-03-12.
- ^ "Thailand's prime minister fined for breaking face mask rule". AP News (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-26.
- ^ "Prayuth Chan-ocha: Thai court suspends PM and coup leader". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-24.
- ^ Ratcliffe, Rebecca (2022-08-24). "Thai court suspends PM Prayuth pending term limit review". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077.
- ^ Wongcha-um, Panu; Thepgumpanat, Panarat (2022-09-30). "Thai court clears way for PM Prayuth's return from suspension". Reuters (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Thai Prime Minister Prayuth can continue in office, court rules". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-30.
- ^ Limited, Bangkok Post Public Company (2022-09-30). "Prayut remains PM, court rules tenure ends in 2025" (dalam bahasa Inggeris).
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Anupong Paochinda |
Panglima Tentera Darat Thai 2010–2014 |
Diikuti oleh: Udomdej Sitabutr |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Niwatthamrong Boonsongpaisan Pemangku |
Perdana Menteri Thailand 2014–2023 |
Diikuti oleh: Srettha Thavisin |
Pemegang jawatan kini |