[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Prayut Chan-o-cha: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
王维娜 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
王维娜 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 65: Baris 65:
Pada 26 April 2021, Prayut didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan.<ref>{{Cite web|url=https://apnews.com/article/health-thailand-bangkok-coronavirus-business-b9f89c920164494ac50a1f008198b895|title=Thailand's prime minister fined for breaking face mask rule|date=2021-04-26|website=AP News|language=en|url-status=live|access-date=}}</ref>
Pada 26 April 2021, Prayut didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan.<ref>{{Cite web|url=https://apnews.com/article/health-thailand-bangkok-coronavirus-business-b9f89c920164494ac50a1f008198b895|title=Thailand's prime minister fined for breaking face mask rule|date=2021-04-26|website=AP News|language=en|url-status=live|access-date=}}</ref>
===Gantung tugas Perdana Menteri===
===Gantung tugas Perdana Menteri===
Pada 24 Ogos 2022, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Prayut daripada tugasannya selepas memutuskan untuk mendengar petisyen bagi meneliti keabsahan mandatnya untuk tempoh lapan tahun.<ref>{{Cite news|url=https://www.bbc.com/news/world-asia-62656348|title=Prayuth Chan-ocha: Thai court suspends PM and coup leader|date=2022-08-24|newspaper=BBC News|access-date=|language=en-GB}}</ref><ref>{{Cite news|url=https://www.theguardian.com/world/2022/aug/24/thai-court-suspends-pm-prayuth-pending-term-limit-review|title=Thai court suspends PM Prayuth pending term limit review|last=Ratcliffe|first=Rebecca|date=2022-08-24|newspaper=The Guardian|access-date=|language=en-GB|issn=0261-3077}}</ref> Pada 30 September, Mahkamah tertinggi Thailand mengumumkan bahawa Prayut boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri.
Pada 24 Ogos 2022, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Prayut daripada tugasannya selepas memutuskan untuk mendengar petisyen bagi meneliti keabsahan mandatnya untuk tempoh lapan tahun.<ref>{{Cite news|url=https://www.bbc.com/news/world-asia-62656348|title=Prayuth Chan-ocha: Thai court suspends PM and coup leader|date=2022-08-24|newspaper=BBC News|access-date=|language=en-GB}}</ref><ref>{{Cite news|url=https://www.theguardian.com/world/2022/aug/24/thai-court-suspends-pm-prayuth-pending-term-limit-review|title=Thai court suspends PM Prayuth pending term limit review|last=Ratcliffe|first=Rebecca|date=2022-08-24|newspaper=The Guardian|access-date=|language=en-GB|issn=0261-3077}}</ref>
===Keputusan mahkamah===
Pada 30 September 2022, Mahkamah tertinggi Thailand mengumumkan bahawa Prayut boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri. Dalam keputusan mereka, panel hakim berkenaan berhujah bahawa penggal Prayut tidak bermula secara rasmi sehingga perlembagaan yang disokong tentera berkuat kuasa pada April 2017. Berdasarkan ukuran itu, penggal lapan tahun beliau tidak akan berakhir sehingga April 2025.


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 07:38, 27 Ogos 2023

Prayuth Chan-o-cha
ประยุทธ์ จันทร์โอชา
Prayut pada 2023
Perdana Menteri Thailand ke-29
Dalam jawatan
24 Ogos 2014 – 22 Ogos 2023
RajaBhumibol Adulyadej
(2014–2016)
Maha Vajiralongkorn
(2016–2023)
Didahului olehNiwatthamrong Boonsongpaisan
(Memangku)
Yingluck Shinawatra
Digantikan olehSrettha Thavisin
Menteri Pertahanan Thailand
Dalam jawatan
10 Julai 2019 – 22 Ogos 2023
Perdana MenteriDirinya sendiri
Didahului olehPrawit Wongsuwan
Panglima Tentera Darat Diraja Thai
Dalam jawatan
1 Oktober 2010 – 30 September 2014
Perdana MenteriAbhisit Vejjajiva
Yingluck Shinawatra
Didahului olehAnupong Paochinda
Digantikan olehUdomdej Sitabutr
Butiran peribadi
Lahir (1954-03-21) 21 Mac 1954 (umur 70)
Nakhon Ratchasima, Thailand
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Thailand
Perkhidmatan/
cawangan
Angkatan Tentera Diraja Thai
Pangkat Jeneral

Yang Amat Berhormat Jeneral Prayut Chan-o-cha (juga digelar sebagai Prayuth Chan-ocha; Bahasa Thai: ประยุทธ์ จันทร์โอชา; IPA: [prā.jút tɕān.ʔōː.tɕʰāː]; lahir 21 Mac 1954) ialah ahli politik Thai dan bekas Panglima Tentera Darat Diraja Thai yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29 semenjak penguasaan tentera junta dari tahun 2014 hingga 2023.

Prayuth telah berdepan pelbagai cabaran termasuk kes mahkamah, usul undi tidak percaya dan protes jalanan sepanjang sembilan tahun memegang jawatan perdana menteri.[1]

Pendidikan

Prayuth belajar di Akademi Angkatan Bersenjata Kelas 12, Kolej Pemerintah Tentera (CGSC) Kelas 63 dan Kolej Pertahanan Thailand (NDC) 5020 serta menghadiri Kursus Infanteri Dasar Kelas 51, Kursus Infanteri Lanjutan Kelas 38. Beliau juga belajar ijazah Sains di Akademi diraja Chulachomklao.

Beliau bersama-sama rakan sejawatannya sebelum ini, Anupong Paochinda dan bekas menteri pertahanan Prawit Wongsuwan, dianggap sebagai "Harimau Timur" dalam tentera.

Kerjaya tentera

Setelah lulus dari Akademi Tentera Chulachomklao, Prayuth bertugas di Rejimen Infantri ke-21 dari Pengawal Diraja. Pada tahun 2002, ia menjabat sebagai Wakil Komandan Jenderal di Divisi Infantri ke-2 dari Angkatan Tentera Diraja Thai, naik ke peringkat Komandan Jenderal satu tahun kemudian. Pada tahun 2005, ia menjadi Wakil Komandan Jenderal Angkatan Darat .

Prayuth adalah Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand 2008-2009 dan pada tahun 2009 diangkat ajudan kehormatan raja. Pada tahun 2010, beliau menggantikan Anupong Paochinda sebagai Panglima tentera.

Pentadbiran

Setelah rampasan kuasa Thailand pada 2006, Prayuth dipilih ke Majlis Perundangan Negara, seterusnya menyertai Jawatankuasa Persekitaran dan Sumber Tenaga. Beliau ditugaskan mengawasi infrastruktur elektrik MEA. Dari 2007 hingga 2010, beliau menjadi pengarah bebas Thai Oil Public Co Ltd dan sejak 7 Oktober 2010 beliau menjadi Pengarah Bank Tentera Thai.

Kontroversi

Lagu baharu dikecam netizen

Pada bulan Februari 2018, Prayuth yang melancarkan lagu terbaharunya menerima respons negatif daripada netizen. Lagu ciptaannya yang bertajuk "Diamond Heart" itu dimuat naik melalui YouTube dan telah mendapat lebih 40,000 'dislike' berbanding bilangan 'like' yang jauh lebih rendah.[2]

Lirik lagu itu ditulis oleh Prayuth sendiri dan dinyanyikan oleh seorang pegawai tentera Thailand yang menceritakan tentang janji dalam menghadapi segala rintangan bersama-sama seorang wanita.

Jadikan diri anda berlian yang sebenar, jangan menyerah.

Seiringan bersama hari ini, maka rintangan tidak bermakna. Apa yang dipelajari adalah sesuatu yang baru setiap hari.

Kita akan bina impian hati bersama agar terus bertahan.

Demikian antara bait-bait kata yang dituliskan dalam lagu nukilan Prayuth itu.

Lagu itu bagaimanapun menerima kritikan netizen yang menyindir makna politik di dalam lagu itu, malah ada yang memerli dengan menyatakan itu ialah 'hadiah' daripada Prayuth untuk rakyatnya sempena sambutan Hari Valentine.[2]

Sembur wartawan dengan cecair sanitasi

Pada 9 Mac 2021, Prayuth meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga-pinga apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan kerana tidak mahu emnjawab soalan yang tidak disukainya.[3]

Pada 12 Mac, Prayuth memohon maaf kerana menyembur cecair sanitasi tangan ke arah wartawan ketika sidang akhbar mingguan.[4][5]

Tak pakai pelitup muka

Pada 26 April 2021, Prayut didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan.[6]

Gantung tugas Perdana Menteri

Pada 24 Ogos 2022, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Prayut daripada tugasannya selepas memutuskan untuk mendengar petisyen bagi meneliti keabsahan mandatnya untuk tempoh lapan tahun.[7][8]

Keputusan mahkamah

Pada 30 September 2022, Mahkamah tertinggi Thailand mengumumkan bahawa Prayut boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri. Dalam keputusan mereka, panel hakim berkenaan berhujah bahawa penggal Prayut tidak bermula secara rasmi sehingga perlembagaan yang disokong tentera berkuat kuasa pada April 2017. Berdasarkan ukuran itu, penggal lapan tahun beliau tidak akan berakhir sehingga April 2025.

Rujukan

  1. ^ Li, Linda Khoo Hui (2023-07-11). "PM Thai Prayuth umum bersara dari arena politik". Malaysiakini.
  2. ^ a b "Lagu baharu Perdana Menteri Thailand dikecam netizen". www.astroawani.com. 2018-02-20.
  3. ^ "Irked Thai PM sprays reporters with hand sanitiser to duck tricky questions". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-09.
  4. ^ Thaiger (2021-03-12). "PM Prayut Chan-o-cha says "sorry" for spraying reporters with hand sanitiser". Thaiger (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "PRAYUT 'SORRY' FOR SPRAYING REPORTERS WITH ALCOHOL". www.khaosodenglish.com. 2021-03-12.
  6. ^ "Thailand's prime minister fined for breaking face mask rule". AP News (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-26.
  7. ^ "Prayuth Chan-ocha: Thai court suspends PM and coup leader". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-24.
  8. ^ Ratcliffe, Rebecca (2022-08-24). "Thai court suspends PM Prayuth pending term limit review". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077.
Pegawai tentera
Didahului oleh
Anupong Paochinda
Panglima Tentera Darat Thai
2010–2014
Diikuti oleh:
Udomdej Sitabutr
Jawatan politik
Didahului oleh
Niwatthamrong Boonsongpaisan
Pemangku
Perdana Menteri Thailand
2014–2023
Diikuti oleh:
Srettha Thavisin
Pemegang jawatan kini