[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Seriawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3380190 pada 16:56, 19 Mac 2014 oleh Shengwei95 (bincang | sumb.) (Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Seriawan''' ( disebut pula sariawan ) atau Vesicular aftosa ( Vesicular aphtosa ) [ 1 ] adalah suatu kelainan pada membran mukus mulut berupa luka pada m...')
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Seriawan ( disebut pula sariawan ) atau Vesicular aftosa ( Vesicular aphtosa ) [ 1 ] adalah suatu kelainan pada membran mukus mulut berupa luka pada mulut yang berbentuk tompok berwarna putih kekuningan dengan permukaan agak cekung . Munculnya seriawan ini disertai rasa sakit yang tinggi . Seriawan merupakan penyakit kelainan mulut yang paling sering dijumpai . Sekitar 10 % dari penduduk menderita dari penyakit ini , dan wanita lebih mudah terserang daripada lelaki . [ 2 ] Ada beberapa faktor penyebab yang diduga menjadi penyebab munculnya seriawan , seperti luka tergigit , mengambil makanan atau minuman panas , alahan , kekurangan vitamin C dan zat besi , kelainan pencernaan , kebersihan mulut tidak terjaga , faktor psikologi , dan keadaan badan yang tidak fit . Seriawan di tempat yang sama selama dua minggu hingga satu bulan boleh dijadikan indikasi adanya kanser rongga mulut . [ 3 ] Vesicular Aphtous / Ulcer bukan hanya disebabkan kerana kekurangan Vitamin C , namun sebaliknya SA dikenali disebabkan oleh alergi citrus atau alergi makanan yang mengandungi asid , keadaan imun yang lemah , ubat - ubatan tertentu , trauma fizikal ( ataupun penggunaan gigi palsu baru ) , dsb . Penyakit kekurangan vitamin C sendiri adalah Scurvy atau kegagalan proses sintesis kolagen yang ditandai dengan gusi mudah berdarah , pendarahan kulit ( purpura ) dsb