[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Shady Records

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shady Records
Syarikat indukUniversal Music Group
Diasaskan1999
PengasasEminem
Paul Rosenberg
Label edaranInterscope Records (U.S.)
Polydor Records (luar U.S.)
GenreHip hop
Negara asalAmerika Syarikat
Tapak web rasmiShadyRecords.com

Shady Records merupakan sebuah syarikat rakaman yang ditubuhkan oleh rapper Eminem bersama-sama pengurusnya Paul Rosenberg pada tahun 1999 selepas mendapat pelepasan daripada Interscope

Shady Records merupakan label rekod Amerika yang mengkhusus dalam muzik hip hop. Eminem dan managernya Paul Rosenberg mengasaskan lebel ini pada tahun 1999 selepas menerbitkan The Slim Shady LP.

Sejak pembentukannya, label ini telah menandatangani sembilan rekod (2011). Ia juga merupakan sebahagian dari perintis perniagaan dalam stesyen radio Shade 45 melalui Sirius Satellite Radio, dan memiliki majalah edisi khasnya khusus sendiri melalui Majalah XXL. Masa sukar dilihat apabila pengasas bersamanya, Eminem, bersama para artis terbabit dalam pertikaian awam dengan bekas afilate Royce da 5'9", lebel rekod The Inc. Records/Murder Inc., dan artis Ja Rule, Insane Clown Posse, Benzino bersama dengan majalah The Source miliknya kemudian sebagai rakan kongsi. Label ini juga melihat waktu positif apabila menjadi sebahagian dari kembara Anger Management yang berjaya diperingkat antarabangsa dan, pada tahun 2006, membebaskan album yang menonjolkan rosternya pada Eminem Presents: The Re-Up. Ia juga merupakan lebel yang diberi kontrak bagi menghimpun suara latar 8 Mile bagi filem dibintangi Eminem, filem 8 Mile, yang menonjolkan single utama "Lose Yourself." Lagu tersebut kemudiannya memenangi Academy Award for Best Original Song yang pertama yang diberikan pada lagu dalam genere Hip Hop.

Artis Semasa

[sunting | sunting sumber]
Nama Tahun Ditandatangani Album Bersama Shady Diskripsi
Eminem Pemilik 7 Rapper from Detroit, Michigan, Dia membuka Shady Records pada tahun 1999 bersama pengurusnya Paul Rosenberg. Dia kini antara artis yang menjual album terbanyak didunia
D12 1999 2 Kumpulan Hip Hop terdiri daripada Eminem, Bizarre, Mr. Porter, Kuniva, Swifty McVay and Fuzz Scoota. Sebagai kumpulan, mereka saling mengenali melalui pra-sukses di The Hip Hop Shop dimana mereka seringkali bertanding rap, di Detroit, Michigan, mereka adalah kumpulan/artis pertama untuk ditandatangani Shady Records.
Slaughterhouse 2011 1 Supergroup terdiri daripada Joe Budden, Joell Ortiz, Kxng Crooked dan Royce da 5'9". Mereka mengeluarkan album Welcome to: Our House pada Ogos 28, 2012.
Yelawolf 2011 2 Rapper daripada Alabama, ditandatangani pada tahun 2011. Mendapat perhatian Eminem melalui single: Pop The Trunk
Bad Meets Evil 2011 1 Duo terdiri daripada rapper Royce da 5'9" dan Eminem. Mengeluarkan EP mereka berjudul Hell: The Sequel pada Jun 14, 2011. Ia telah diiktiraf Platinum oleh RIAA selepas menjual 1,000,000 unit.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.