Sonno joi
Sonnō jōi (尊皇攘夷 , Hormati maharaja, tentangi penjajah) adalah falsafah politik dan pergerakan sosial Jepun yang didapati daripada Neo-Konfusianisme. Ia menjadi slogan politik pada dekad 1850-an dan 1860-an dalam pergerakan menentang Tokugawa bakufu semasa era Bakumatsu ("Pengakiran Bakufu").
Asal
Slogan sonnō jōi (尊王攘夷 atau 尊皇攘夷 dalam Kanji) berasal dari China dengan Huan dari Qi iaitu pemerintah negara Qi pada Era Musim Bunga dan Luruh. Pada masa itu, dinasti Zhou hilang kawalan negaranya terhadap negara-negara feudal lain dan sering dibelenggu kuasa asing. Huan dari Qi mula-mula menggunakan slogan ini untuk memastikan para pemerintah negara-negara feudal lainnya menghormati pemerintahan Zhou, tetapi dalam realiti dia menggunakannya untuk menguatkan hegemoninya ke atas para pemerintah lain dan mengenepikan kedaulatan dinasti Zhou.
Di Jepun, asal falsafah ini boleh dilihat pada karya-karya abad ke-17 penulis-penulis Konfusian Yamazaki Ansai dan Yamaga Sokō yang menulis mengenai keistimewaan pemerintahan Jepun berbanding pemerintahan negara-negara lain. Idea-idea ini diperluaskan oleh penulisKokugaku Motoori Norinaga dan dilihat dalam teori Takenouchi Shikibu berkenaan taat setia sepenuhnya terhadap Maharaja (尊皇論 sonnōron) dan secara tidak langsung menggalakkan kekurangan kesetiaan terhadap Shogun Tokugawa.
Penulis Mitogaku Aizawa Seishisai memperkenalkan terma sonnō jōi ikedalam bahasa Jepun moden dengan karyanya Shinron pada tahun 1825, di mana sonnō disifatkan kesetiaan bakufu Tokugawa kepada maharaja dan jōi melambangkan agama Kristian.
Pengaruh
Dengan kemasukan kapal-kapal asing yang bertambah di laut Jepun pada akhir kurun ke-18 dan 19, polisi penyendirian nasional semakin dipersoalkan. Maka jōi (tentang penjajah) dari istilah sonnō jōi, menjadi reaksi terhadap Perjanjian Kanagawa, yang membuka Jepun kepada perdagangan asing pada tahun 1853. Disebabkan ancaman ketenteraan Matthew Perry yang bergelar "kapal-kapal hitam", perjanjian itu ditandatangani secara paksaan dan ditentang hebat oleh golongan samurai. Hakikat bahawa Tokugawa bakufu tidak mampu bertindak terhadap orang luar meskipun kehendak Maharaja jelas diambil sebagai bukti oleh Yoshida Shōin dan pemimpin-pemimpin anti-Tokugama yang lain bahawa sonnō (hormati Maharaja) tidak berkesan dan bahawa bakufu mesti digantikan oleh kerajaan yang lebih setia terhadap Maharaja dengan menguatkuasakan kehendak Maharaja.
Falsafah ini kemudiannya diadaptasikan sebagai slogan perjuangan provins-provins Chōshū dan Satsuma. Kerajaan pusat di Kyoto seperti yang dijangka bersimpati terhadapnya. Maharaja Kōmei secara peribadinya menyetujui sentimen-sentimen itu, dan kemudiannya bertidak di luar tradisi moyangnya dengan mengambil minat dalam urusan pentadbiran kerajaan: apabila peluang muncul, dia menentang perjanjian-perjanjian itu dan cuba masuk campur dalam pelantikan shogun. Tindakan-tindakannya mencapai kemuncak pada tahun 1863 dengan "Perintah untuk menghalau penjajah" (攘夷勅命 ). Walaupun Shogun tidak mahu menguatkuasakan perintah itu, ia mencanangkan serangan-serangan terhadap kerajaan Shogun sendiri dan juga terhadap orang asing di Jepun dengan insiden paling terkenal pembunuhan pedagang Inggeris Charles Lennox Richardson kerana tidak menghormati daimyo. Kerajaan Tokugawa dipaksa membayar indemniti seratus ribu pound sterling disebabkannya.[1] Terdapat juga serangan-serangan terhadap kapal-kapal asing di Shimonoseki.[2] Semurai tidak bertuan (ronin) juga turut melibatkan diri mereka dengan membunuh pegawai-pegawai Shogun dan orang-orang Barat.
Tetapi ini menjadi kemuncak gerakan sonnō jōi kerana kuasa-kuasa Barat membalas dengan menuntut ganti rugi dan mengebom Kagoshima apabila tidak mendapatnya. Apabila insiden ini menunjukkan bahawa Jepun tidak mampu setanding Barat, ia juga melemahkan kerajaan Shogun dan membolehkan provins-provins memusnahkannya dan menggantikannya dengan Pemulihan Meiji.
Legasi
Selepas pemulihan secara simbolik kuasa Maharaja Meiji, slogan sonnō jōi digantikan dengan fukoku kyohei (富国強兵), atau "kayakan negara, kuatkan tentara" iaitu slogan Era Meiji dan tindak tanduknya semasa Perang Dunia Kedua.
Lihat juga
- Frasa ini juga digunakan dalam novel karya James Clavell Gai-Jin
Nota
Rujukan
- Akamatsu, Paul. (1972). Meiji 1868: Revolution and Counter-Revolution in Japan (Miriam Kochan, translator). New York: Harper & Row.
- Beasley, William G. (1972). The Meiji Restoration. Stanford: Stanford University Press.
- Craig, Albert M. (1961). Chōshū in the Meiji Restoration. Cambridge: Harvard University Press.
- Jansen, Marius B. and Gilbert Rozman, eds. (1986). Japan in Transition: from Tokugawa to Meiji. Princeton: Princeton University Press. 10-ISBN 0691054592/13-ISBN 9780691054599; OCLC 12311985
- ____________. (2000). The Making of Modern Japan. Cambridge: Harvard University Press. 10-ISBN 0674003349/13-ISBN 9780674003347; OCLC 44090600
- Shiba, Ryotaro. (1998). The Last Shogun: The Life of Tokugawa Yoshinobu. Tokyo: Kodansha. ISBN 1-56836-246-3