[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Vladimir Putin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4991668 pada 12:30, 21 Januari 2021 oleh 42.188.212.177 (bincang)
Vladimir Putin
Владимир Путин
Presiden Rusia ke-2 dan 4
Menyandang jawatan
7 Mei 2012
Perdana MenteriViktor Zubkov
Dmitry Medvedev
Didahului olehDmitry Medvedev
Dalam jawatan
7 Mei 2000 – 7 Mei 2008
Pemangku: 31 Disember 1999 - 7 Mei 2000
Perdana MenteriMikhail Kasyanov
Mikhail Fradkov
Viktor Zubkov
Didahului olehBoris Yeltsin
Digantikan olehDmitry Medvedev
Perdana Menteri Rusia
Dalam jawatan
8 Mei 2008 – 7 Mei 2012
PresidenDmitry Medvedev
TimbalanSergei Ivanov
Viktor Zubkov
Igor Shuvalov
Didahului olehViktor Zubkov
Digantikan olehDmitry Medvedev
Dalam jawatan
16 Ogos 1999 – 7 Mei 2000
Pemangku: 9 Ogos 1999 - 16 Ogos 1999
PresidenBoris Yeltsin
TimbalanNikolai Aksyonenko
Viktor Khristenko
Mikhail Kasyanov
Didahului olehSergei Stepashin
Digantikan olehMikhail Kasyanov
Pengerusi Jemaah Menteri Negara Kesatuan
Dalam jawatan
27 Mei 2008 – 18 Julai 2012
Didahului olehViktor Zubkov
Digantikan olehDmitry Medvedev
Pengerusi Rusia Bersatu
Dalam jawatan
7 Mei 2008 – 26 Mei 2012
Didahului olehBoris Gryzlov
Digantikan olehDmitry Medvedev
Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Dalam jawatan
9 Mac 1999 – 9 Ogos 1999
PresidenBoris Yeltsin
Didahului olehNikolay Bordyuzha
Digantikan olehSergei Ivanov
Pengarah Khidmat Keselamatan Persekutuan
Dalam jawatan
25 Julai 1998 – 29 Mac 1999
PresidenBoris Yeltsin
Didahului olehNikolay Kovalyov
Digantikan olehNikolai Patrushev
Maklumat peribadi
Lahir
Владимир Владимирович Путин
Vladimir Vladimirovich Putin

(1952-10-07) 7 Oktober 1952 (umur 72)
Leningrad, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet
KewarganegaraanRusia
Parti politikRusia Bersatu
Gabungan politik
lain
KPSS (1975 hingga 1991)
Rumah Kita – Rusia (1995)
PasanganLyudmila Putina[1]
AnakMariya (1985)
Yekaterina (1986)
Tempat belajarUniversiti Negara Leningrad
Bidang pengkhususanPeguam
TandatanganTandatangan
Laman webpremier.gov.ru/eng/

Vladimir Vladimirovich Putin (Rusia: Влади́мир Влади́мирович Пу́тин; lahir 7 Oktober 1952) ialah seorang ahli politik Rusia yang merupakan Presiden Rusia yang terkini. Beliau menjadi Presiden Rusia pada Mei 2012 selepas memenangi pilihan raya pada Mac 2012. Putin juga merupakan bekas pengerusi Rusia Bersatu, sebuah parti yang membolot 70% kerusi Duma Negara, iaitu dewan rakyat.

Putin menjadi pemangku Presiden pada 31 Disember 1999, mengganti tempat Boris Yeltsin yang meletak jawatan, kemudian memenangi pilihan raya presiden 2000. Pada tahun 2004, beliau dipilih semula untuk penggal kedua sehingga 7 Mei 2008. Disebabkan Perlembagaan Rusia tidak membenarkan presiden berkhidmat melebihi dua penggal, Putin menyokong Dmitry Medvedev pada pilihan raya 2008. Medvedev kemudian mencalonkan Putin sebagai Perdana Menteri. Pada 2012, mereka bersetuju Putin patut bertanding semula sebagai presiden, yang kemudian dimenanginya pada pusingan pertama.[2][3]

Biografi

Putin lahir pada 7 Oktober 1952 di St Petersburg yang dikenali dengan nama Leningrad. Beliau merupakan anak tunggal setelah kedua-dua adik beradiknya meninggal ketika masih kecil, yang pertama ketika lahir yang kedua kerana dipteria. Sekalipun mengakui pemerintahan Komunis, Putin telah dibaptis berdasarkan kepercayaan Gereja Ortodoks. Ketika muda, beliau sering dipanggil "Putka". Ayahnya, Vladimir Spiridonovich Putin, adalah karyawan lepas dari sebuah pabrik dan meninggal pada bulan Ogos 1999. Ibunya Maria Ivanovna Putina, meninggal 6 bulan lebih awal.

Putin memiliki kemampuan yang cukup baik dalam berbahasa Inggreis dan Jerman serta memiliki kemahiran membela diri khususnya sambo (bela diri ala Rusia) dan judo. Beliau juga bukannya seorang perokok dan peminum alkohol yang kuat.

Vladimir Putin menikahi Lyudmila pada tahun 1983 dan memiliki dua anak Katya (1985) dan Masha (1986). Kedua-duanya lahir di Dresden, Jerman dan kini bersekolah di sekolah antarabangsa di Moskow. Dia memiliki binatang peliharaan berupa seekor anjing pudel yang dipanggil Tosca. Lyudmila sendiri seorang lulusan sarjana bidang filologi pada University Leningrad. Setelah lulus dia bekerja sebagai pramugari di Kaliningrad dan sekarang sebagai pengajar. Dia memiliki kebolehan dalam Bahasa Inggeris, Jerman dan Sepanyol.

Kerjaya

Vladimir Putin Vladimir mengambil kuliah di bidang undang-undang di universiti St Petersburg. Setelah lulus kuliah pada tahun 1975 dia bekerja di KGB sebagai perisik dan ditugaskan di Jerman. Dalam kerjayanya di KGB, Vladimir Putin memang tidak sehebat tokoh perisik fiksyen James Bond. Aktivitinya pernah dirakam oleh kamera ketika mengadakan transaksi berhampiran sebuah toko KaDeWe oleh perisik Jerman Barat saat itu. Namun bagi STASI (agen perisikan Jerman Timur) Vladimir Putin bagaikan hantu di siang bolong. Dia menjadi saksi ketika kejatuhan Jerman Timur dan diblokirnya pejabat KGB cabang Jerman Timur oleh massa demonstran yang marah. Saat itu KGB Jerman Timur menghubungi Moskow namun tiada jawapan dari Moscow, meskipun akhirnya selamat karena ditolong oleh pasukan Kesatuan Soviet, bagi beliau diamnya Moskow merupakan isyarat bahawa Moscow tidak akan mengambil tindakan apa-apa dan kejatuhan pemerintah Kesatuan Soviet hanya menunggu waktu sahaja. Beliau meninggalkan KGB pada tahun 1990 dan menjalin perikatan dengan seorang liberalis Anatoly Sobchak, walikota di St Petersburg yang bertemu selama dia kuliah serta bekerja padanya sebagai pembantu sejak Mac 1994. Ketika Sobchak kehilangan jabatannya pada tahun 1996. Timbalan Perdana Menteri Anatoly Chubais, mencadangkannya sebagai pejabat administrasi kepresidenan. Pada bulan Julai 1998 menjabat sebagai ketua Federal Security Bureau (FSB), agensi perisikan Rusia yang baru menggantikan Nikolai Kovalyov. Setelah Presiden Boris Yeltsin memberhentikan perdana menteri Sergei Stephasin pada bulan Ogos 1999, Putin menjabat sebagai Perdana Menteri. Menjelang awal tahun 2000, Boris Yeltsin mengundurkan diri dari jabatan kepresidenan dan menunjuknya sebagai pejabat kepresidenan. Pada pemilihan presiden tanggal 26 Mac 2000, Putin mendapatkan suara 52.94 persen pemilih. Secara resmi dia menjabat presiden pada tanggal 7 Mei 2000.

Boris Yeltsin menyatakan Vladimir Putin kepada seluruh rakyat Rusia dengan berkata bahwa "Dia dapat mengulangi kejayaan Rusia yang baru pada abad 21". Sergei Stepashin, pejabat yang digantikannya mengatakan bahwa dia seorang yang jujur. Mantan presiden Amerika Syarikat Bill Clinton mengatakan dia mampu untuk menjadikan Rusia sebagai negara yang berprospek dan kuat. Sedangkan mantan presiden Uni Soviet Mikhail Gorbachev ketika bertemu dengan Putin pada bulan Agustus 2000 memastikan dia tidak akan merusak Demokrasi Rusia.

Terlepas dari itu semua, Putin memang bermaksud mengembalikan kejayaan Rusia yang masih dirindui rakyat Rusia pada zaman Kesatuan Soviet. Dia mengganti lagu kebangsaan Rusia pada masa Yeltsin, "Patriotiskaya Pesn", atau lagu patriotik yang tanpa lirik dengan menggunakan lagu kebangsaan Kesatuan Soviet "Gimn Sovetskogo Soyuza" Hymne Uni Soviet dengan mengganti liriknya menjadi "Gimn Rossiyskaya Federatsiya" atau Hymne Federasi Rusia dengan memakai aransemen muzik pada masa Uni Soviet, Aleksander V. Aleksandrov (selengkapnya dapat dilihat pada Lagu Kebangsaan Rusia), menahan pengusaha miyak Yukos Mikahil Khodorovsky dan menjual sahamnya, serta perlahan lahan menasionalisasikan perusahaan. Beberapa media baik nasional Rusia maupun internasional menyebutkan bahawa Putin beransur-ansur menumpukan kekuasaannya di Kremlin seperti mana Kesatuan Soviet dahulu. Salah satu langkah beliau dapat dibaca dari pernyataannya dengan mengatakan bahawa kejatuhan Kesatuan Soviet adalah sebuah tragedi kebangsaan.

Rujukan

  1. ^ BBC NEWS | Europe | Film 'reveals' Putin's love life
  2. ^ Putin Hails Vote Victory, Opponents Cry Foul RIAN
  3. ^ "Elections in Russia: World Awaits for Putin to Reclaim the Kremlin". The World Reporter. Mac 2012. Dicapai pada 2012-03. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar