Caster (Fate/stay night)
Caster ialah seorang watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun berjudul Fate/stay night ciptaan TYPE-MOON.
Caster merupakan seorang tetamu khas di Kuil Ryūdō, dibenarkan untuk tinggal di kuil tersebut sehinggalah persediaan perkahwinannya selesai. Kehadiran Caster yang dilihat sebagai seorang wanita yang berkebolehan namun diselubungi misteri telah menarik perhatian ramai sami baru di sana.
Seiyu untuk watak Caster ialah Atsuko Tanaka, dan alihan suara versi Inggeris dilakukan oleh Tara Platt.[1]
Status Servant
[sunting | sunting sumber]
Master: | Sōichirō Kuzuki | Jantina: | Wanita | Warna: | Ungu | |
---|---|---|---|---|---|---|
Penjajaran: | Jahat Neutral | Ketinggian: | 163 cm | Kebolehan: | Merancang, kraftangan | |
Noble Phantasm: | C | Berat: | 51 kg | Kegemaran: | Lelaki tenang/senyap yang ikhlas, gadis dalam pakaian yang comel | |
Kekuatan: | E | Penciptaan Jajahan: | A | Tidak suka: | Lelaki menjelikkan | |
Ketahanan: | D | Pembinaan Bahan: | A | Musuh: | Berserker | |
Ketangkasan: | C | Kata-kata Kelajuan Tinggi Suci: | A | Buah dada: | 82 cm | |
Mana: | A+ | Pinggang: | 57 cm | |||
Tuah: | B | Pinggul | 79 cm | |||
Kebolehan
[sunting | sunting sumber]- Penciptaan Jajahan
- Tahap: A
- Penciptaan sesebuah wilayah jajahan sihir yang meningkatkan tahap seseorang sebagai ahli sihir. Tahap A membekalkan kepada penggunanya kebolehan untuk mencipta kuil-kuil magik, yang lebih berkuasa daripada kedai sihir.
- Pembinaan Bahan
- Tahap: A
- Kecekapan untuk mencipta bahan-bahan ajaib. Pada tahap ini Caster mampu menghasilkan posyen penyembuh yang mampu membekalkan keabadian sementara.
- Kata-kata Kelajuan Tinggi Suci
- Tahap: A
- Membenarkan pengaktifan sihir tanpa menyambungkan Litar Sihir atau sihir-sihir melalui kata-kata. Ini termasuklah sihir unggul yang boleh diaktifkan dengan satu tindakan sahaja. Ia merupakan bahasa daripada zaman dewa-dewa, justeru manusia moden tidak mampu menyebutnya.
Noble Phantasm
[sunting | sunting sumber]- Rule Breaker (ルールブレイカー , Rūru Bureikā): Setiap Peraturan Haruslah Dimusnahkan (破戒すべき全ての符 , Hakai subeki subete no fu)
- Tahap: C
- Jenis: Anti-Unit
- Sejenis keris/pisau berwarna-warna dan berlingkar-lingkar tanpa sebarang sifat yang luar biasa, meskipun memiliki kebolehan istimewa untuk membatalkan sebarang sihir yang disasarkan kepada mangsa yang ditikam. Senjata ini mengurangkan peningkatan, perjanjian-perjanjian sihir, dan tubuh-tubuh spiritual kepada bahan komponen mereka. Akan tetapi, Rule Breaker tidak berkesan jika digunakan kepada Noble Phantasm yang lain.
- Argon Coin (アルゴンコイン , Arugon Koin): Bulu biri-biri Emas (金羊の皮 , Kihitsuji no kawa)
- Tahap: EX
- Jenis: Sokongan
- Kot yang diperbuat daripada baju berbulu emas daripada biri-biri jantan bersayap iaitu Chrysomallos, diberikan kepada Raja Aeëtes dari Colchis oleh Phrixus sebagai tanda penghargaannya. Dirasuk oleh semangat yang kuat, Argon Coin mampu menyeru seekor naga yang asalnya menjaganya sendiri apabila ia dibuang ke tanah. Meskipun Caster memiliki Noble Phantasm ini, dia tidak mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk menyeru makhluk khayalan ini, justeru Argon Coin tidak pernah digunakannya dalam Peperangan Holy Grail ke-5. Nama Noble Phantasm ini merujuk kepada Argonauts, sekumpulan pengembara dalam mitologi Greek yang inginkan Golden Fleece.
Identiti Sebenar
[sunting | sunting sumber]Dalam kehidupan asalnya, Caster lebih terkenal dengan nama Medea, iaitu seorang ahli sihir tipikal dalam mitologi Greek. Dia merupakan seorang puteri, anak perempuan Raja Aeëtes dari Colchis dan anak saudara perempuan Circe, kedua-dua mereka ini adalah ahli sihir yang dihormati. Di atas tunjuk ajar ayahnya sendiri, Medea telah membesar sebagai seorang ahli sihir yang mahir, menjalani kehidupannya yang tenang dan aman, sehinggalah kedatangan Jason serta golongan Argonauts yang merampas kehidupannya itu.
Jason, seorang waris sah kepada takhta Iolcos dalam Thessaly, telah belayar ke Colchis dalam pengembaraan mencari Golden Fleece. Bapa saudaranya, King Pelias, telah memenjarakan ayah Jason dan naik takhta. Takut digulingkan daripada posisinya, Pelias telah merujuk kepada seorang penilik nasib yang memberitahunya supaya menjauhkan dirinya daripada mana-mana lelaki yang memakai sandal sebelah kaki. Seperti yang ditakdirkan, lelaki itu adalah Jason, yang kehilangan sebelah sandalnya apabila menghantar Hera yang sedang menyamar menyeberang sungai Anauros. Untuk mengelakkan pembunuhan yang menjatuhkan maruahnya, serta di atas cadangan Jason, Pelias telah meminta Jason membawanya Golden Fleece, yang dianggapnya sebagai suatu misi yang membawa maut.
Sesampainya Jason di Colchis, dia mencapai persetujuan dengan Raja Aeëtes, di mana dia boleh mengambil Golden Fleece sebagai miliknya jika dia membuktikan kemampuannya dengan melaksanakan tiga tugasan yang mustahil. Sebagai penghargaan kepada Hera, Aphrodite mengarahkan anaknya iaitu Eros untuk mengaburi perasaan Medea dalam mencintai Jason sedalam-dalamnya. Dengan bantuannya, Jason mampu membawa pulang Golden Fleece, memaksa golongan Argonauts untuk membebaskan Colchis. Aeëtes yang tidak menyangka sama sekali bahawa Jason mampu memenangi hadiahnya itu, telah cuba untuk mengambil kembali pemberiannya itu. Untuk mengganggu perhatian Aeëtes, Medea telah membunuh abangnya sendiri, Apsyrtus, dan mencampak cebisan-cebisan dagingnya ke dalam laut. Aeëtes yang berasa terkejut di atas pembunuhan tersebut telah bertindak untuk mengumpul kembali cebisan daging anaknya itu, melengahkan proses mengambil semula Golden Fleece.
Berasa penat daripada pelayaran mereka, golongan Argonauts ini telah berteduh di Crete, namun mereka diserang hendap oleh Talos, iaitu seekor makhluk gergasi gangsa yang pada asalnya diberikan kepada Europa, oleh Zeus. Sebagai penjaga pulau tersebut, Talis melontar batu-bata besar kepada musuh-musuhnya, mengakibatkan kapal mereka terumbang-ambing di lautan. Media telah menghipnosis makhluk tersebut menggunakan pengetahuan sihirnya, dan setelah kehilangan kewarasannya, Talos mengeluarkan sebatang paku gangsa tebal daripada tumitnya. Tanpa paku ini, ichor (darah dewa) daripada Talos terpancut keluar, sekaligus meracuni dan membunuhnya. Dengan kematian Talos, golongan Argonauts berjaya berhenti di pulau tersebut.
Di akhir pengembaraan mereka yang panjang ini, golongan Argonauts pulang ke Iolcos, namun Pelias enggan memberi takhtanya kepada Jason. Hera yang berasa geram terhadap Pelias, telah memanipulasi Medea dalam membunuhnya; Medea telah mendekati anak-anak perempuan Pelias dan menawarkan kesejahteraan ayah mereka dengan mengembalikan tenaga dan rupanya yang masih muda. Sebagai demonstrasi, Medea telah meminta ayah Jason, iaitu Aeson, diseru ke makam Pelias; sesampai sahaja lelaki itu di kawasan itu, Medea telah memotong lehernya dan meneggelamkan badannya ke dalam air panas yang mendidih. Setelah Medea menambah beberapa herba ajaib, Aeson bangkit semula, lebih segar daripada sebelumnya. Tertarik dengan sihir yang ditonjolkan oleh Medea, anak-anak perempuan Pelias telah mengerat dan membunuh ayah mereka dan melontar masuk cebisan dagingnya ke dalam kawah yang mendidik itu; namun, Medea menyimpan herba-herba ajaibnya itu dan Pelias kekal mati.
Acastus, seorang Argonaut dan anak lelaki kepada Pelias, berasa marah di atas pembunuhan ayahnya; Jason dan Medea dihalau keluar daripada Iolcos, dan bertempat di Corinth. Dalam waktu mereka di sana, Raja Creon memaksa Jason meninggalkan Medea dan berkahwin dengan anak perempuannya, Glauce; meskipun Medea telah melahirkan dua orang anak Jason, dia menerima lamaran Glauce demi menguatkan hubungan politiknya. Berasa tertipu dan kecewa di atas pengkhianatan Jason, Medea memberi pakaian yang disumpah dengan sihirnya sebagai hantaran perkahwinan mereka. Apabila Glauce memakai pakaian yang diberikan Medea, pakaian tersebut melekat pada tubuhnya dan segera meletup dan terbakar; Glauce mati dibakar hidup-hidup bersama-sama ayahnya, Creon, yang telah mendakap anak perempuannya itu. Disebabkan kebenciannya kepada Jason, Medea telah membunuh anak-anaknya sendiri dan membawa mayat mereka bersamanya setelah dia melarikan diri daripada Corinth menggunakan kereta kuda milik datuknya, iaitu Hêlios.
Medea menuju ke Athens; di sana, dia berkahwin dengan Raja Aegeus dan melahirkan anaknya iaitu seorang bayi lelaki, Medus. Mereka berdua meneruskan sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia sehinggalah Theseus, anak lelaki Aegeus dan Aethra, sampai di Athens. Medea segera mengenalpasti lelaki itu; dengan keinginan supaya Medus terus mewarisi takhta Athens, Medea merancang untuk membunuh Theseus. Menguji kecurigaan Aegeus terhadap pelawat itu, Medea mengarahkan supaya Theseus membuktikan keberaniannya dengan menangkap Marathonian Bull. Apabila Theseus berjaya melaksanakan tugasan ini, Medea menawarkannya secawan wain beracun. Sebelum Theseus sempat meminum racun itu, Aegeus menyedari bahawa pakaian yang digunakan oleh Theseus milik anak lelakinya. Aegeus menepis cawan pada tangan Aegeus, dan mereka saling berdakapan.
Berasa kecewa di atas rancangan pembunuhan oleh Medea, Aegeus telah menghalau Medea dan Medus keluar daripada Athens; mereka kembali ke Colchis, dan mendapati bahawa Aeëtes telah dibunuh oleh abangnya, Perses. Sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengekalkan takhtanya, Perses telah memenjarakan Medea; berasa marah, Medea telah menyamar sebagai seorang paderi wanita dan menyumpah Colchis supaya diserang wabak penyakit. Apabila Perses mencari makam paderi wanitanya, Medea telah menasihatkannya bahawa dirinya harus dikorbankan untuk dianugerahkan kepada para dewa. Perses bersetuju, namun di tengah-tengah majlis pengorbanan itu, Medea mengambil sebilah pisau dan menggunakannya untuk membunuh bapa saudaranya itu. Anak lelaki Medea, Medus, dibebaskan dan ditabalkan sebagai Raja baru; dia kemudiannya menyerang lalu menuntut sebuah negara berdekatan dan menamakannya sebagai penghargaan kepada ibunya.
Peranan
[sunting | sunting sumber]Secara amnya, semangat-semangat seruan yang bersifat jahat secara seuma jadi seperti Caster tidak layak untuk menyertai Peperangan Holy Grail; namun, setelah ia dicemarkan dalam peperangan ketiga, kebanyakan daripada pembatasan dan sekatannya terhadap semangat-semangat jahat telah dikeluarkan. Master asal Caster merupakan salah satu ahli dalam Persatuan Ahli Sihir, tetapi Caster telah membunuhnya di atas sikapnya yang kejam dan kasar. Dalam keadaan dirinya yang semakin hilang di dunia, Caster bertemu dengan Sōichirō Kuzuki di puncak Kuil Ryūdōji. Caster meminta lelaki asing ini supaya membantunya; Sōichirō mengakuri permintaannya tanpa sebarang keraguan. Dia memeterai kontrak dengan Caster dan segera membawanya ke dalam kuil tersebut dan membantunya sembuh. Caster telah jatuh cinta kepada Sōichirō, kerana malam itu merupakan kali pertama seorang lelaki menujukkan sifat baik hati, dedikasi dan kesetiaan yang tulus ikhlas, Objektif utama Caster berubah daripada mengambil Holy Grail untuk dirinya kepada mengekalkan masa yang boleh diluangkan di antara dirinya dan Sōichirō. Untuk mencapai objektif barunya ini, Caster telah "menghirup" Mana daripada kawasan petempatan Bandar Fuyuki dan menguatkan kubunya di Gunung Enzō.
Caster dibunuh dalam setiap senario Fate/stay night. Dalam senario Fate, kubunya di Kuil Ryūdōji diserang sementara waktu oleh Saber, namun melalui Servantnya iaitu Assassin, dia berjaya menghalang musuhnya itu daripada memasuki kuilnya. Akan tetapi, Caster dibunuh oleh Gate of Babylon Gilgamesh apabila dia menyerang hendap Shirō Emiya dan Saber. Dalam senario Unlimited Blade Works, Caster berjaya menikam Saber menggunakan Rule Breaker dan memutuskan perjanjian Saber dengan Shirō; Caster kemudiannya menculik dan menyeksa Saber, dengan harapan mencabar ketahanan Saber hingga menjadi Servantnya. Dalam percubaannya membunuh Shirō Emiya dan Rin Tōsaka dalam bilik bawah tanah di Gereja Kotomine, Caster terbunuh apabila melindungi Masternya daripada pedang-pedang Archer yang jatuh menghujaninya. Caster dibunuh awal dalam senario Heaven's Feel oleh Saber, namun Zōken Matō telah menggunakan salah satu daripada makhluk ulatnya untuk mengekalkan tubuh Caster sebagai boneka.
Dalam Fate/hollow ataraxia, Caster telah bersiar-siar diluar sebagai wanita normal, seringkali berada di kawasan pusat membeli-belah. Dia merupakan individu pertama yang mengenalpasti tentang kewujudan perulangan 4 hari yang berlaku (selain daripada watak pemain). Caster juga menentang bayangan-bayangan anjing menggunakan sihir anti-tenteranya, pada waktu yang sama membahayakan nyawa rakan-rakanya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Fate/stay night (TV)". Anime News Network.