[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Abdul Samad Mian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samad Lefthanded
Album Gitar Jamming Samad merupakan buah tangan terakhir dari Samad Lefthanded untuk pemintanya.
Latar belakang
Nama lahirAbdul Samad bin Mian
Juga dikenali sebagai
Samad Lefthanded
Kelahiran(1963-09-26)26 September 1963
Skudai, Johor Johor, Malaysia Malaysia
Meninggal dunia23 Oktober 2008(2008-10-23) (umur 45)
Ampang, Selangor Selangor
GenreRock
PekerjaanPemuzik, Penggubah lagu, Penerbit rakaman
InstrumenGitar
Tahun aktif1979–2008
Pengkarya berkait
Lefthanded, Gersang
Alat muzik terkenal
Gitar elektrik

Abdul Samad Mian (26 September 1963 - 23 Oktober 2008) juga dikenali sebagai Samad Lefthanded merupakan di antara seorang pemain gitar yang terbaik di Malaysia. Hasil karya beliau yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia ialah album berbentuk video pembelajaran gitar di rumah iaitu album "Gitar Jamming" (Part-1 dan part-2). Kehilangan beliau di dalam industri muzik di Malaysia ini mengejutkan ramai pihak kerana beliau dilaporkan tidak menghidap sebarang penyakit yang merbahaya.[1]

Beliau berasal dari Skudai dan dilahirkan pada 26 September 1963. Beliau mula bergiat aktif di dalam bidang muzik ini ketika beliau berusia 20 tahun lagi. Mendirikan rumah tangga bersama Norliza Sumairi serta dikurniakan dengan 4 cahaya mata, Alif Ashraf Syafiq, Ahmad Ayunda Syaqim, Alis Suhayana dan Ahmad Syafiq.

Pada tahun 1979, Samad menubuhkan kumpulan Santos Child Di Johor Bahru bersama Hana (vokal), Man Burger (gitar kedua), Kemat (bass) dan Razak Kerajaan (dram). Santos Child telah melalui beberapa pertukaran personel dan bertukar nama menjadi Kumpulan Gersang dengan ahli barisan baharu ialah Man Sagap (vokal), Ajib (gitar utama), Samad (gitar kedua - menggantikan Man Burger), Yem Popeye (bass - menggantikan Kemat) dan Razak Kerajaan (dram). Samad juga adalah pengganti tempat Man Kidal menubuhkan Kumpulan Down Wheels (Lefthanded) apabila Man Kidal menyertai Kumpulan Search dan berhijrah bersama Kumpulan Search ke Kuala Lumpur di sekitar tahun 1983/1984. Samad pula kemudian meninggalkan kumpulan Gersang dan kumpulan ini telah berkubur dan kemudian kumpulan Gersang mengaktifkan kembali dengan disertai Kid sejak 1986, apabila beliau dijemput tiga orang itu Baharom, Ipin dan Zaini berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menubuhkan kumpulan Down Wheels. Kemudian Baharom, Ipin dan Zaini keluar dari Down Wheels dan kumpulan ini telah berkubur apabila Man Kidal, Yan dan Man Dayak telah mengaktifkan kumpulan dan kumpulan ini mengaktifkan kembali menjadi Lefthanded bersama Man Kidal, Yan dan Man Dayak. Selain menjadi pemuzik untuk Kumpulan Lefthanded beliau juga pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada tahun 2004 lalu. Beliau juga merupakan penggiat seni membuat dan bermain wau tradisi Malaysia. Pada tahun 90-an juga, Samad pernah dibawa oleh pengarah majalah ROTTW Malaysia, Mohd Rom Mohd Nor ke satu festival muzik di Jerman dan diberi peluang membuat persembahan solo di hadapan ratusan ahli perniagaan dalam bidang rakaman dan sistem bunyi di sana.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  1. Keadilan (1986)
  2. Seruan (1987)
  3. Qabul (1988)
  4. Evolusi (1989)
  5. Fanatisme & Ramli Sarip (1990)
  6. Nafas (1996)
  7. Syurga dan Neraka (1999)
  • Album Solo
  1. Gitar Jamming-1 (2007)
  2. Gitar Jamming-2 (2008)
  3. Samad (1994)
  • Artist lain/Sessionist/Penerbit
  • Crossfire - Fatamorgana (1989 - Penerbit/Session Guitar )
  • Zabarjad - Tarian Jemari (1991 - Penerbit/Session Guitar)
  • May - Ziet Geist (1992 - Penerbit/Session Guitar)
  • Dilla Hussein - Viva (1993 - Sessionist Guitar)
  • Nafas Cinta (1993 / Amy & Inka Christie - Nafas Cinta)
  • May - Wira Cyborg (1994 - Penerbit/Session Guitar)
  • May - Layar (1995 - Penerbit/Session Guitar)
  • May - Ideologi (1995 - Penerbit/Session Guitar)
  • Azmani - (1995 / Unplugged & Acoustic Guitar)
  • Ziana Zain - Setia Ku Di Sini (1995 - Gitar untuk lagu "Tiada Kepastian")
  • Ramli Sarip - A Live (1998 - Guitarist )
  • Ramli Sarip - Syair Timur (1997 - Gitar Elektrik )

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Di sebalik kegemilangannya sebagai pemuzik rock, Abdul Samad bin Mian juga adalah penggiat seni membuat dan bermain wau tradisi Malaysia. Beliau merupakan Ahli Seumor Hidup Persatuan Layang-Layang Negeri Johor (Pelayang Johor) dan sangat disegani di kalangan pelayang-pelayang di Malaysia. Kejayaan beliau memuncak apabila beliau dinobatkan sebagai Johan Wau Bulan Naik Peringkat Kebangsaan dan Tempat Ketiga Grand Prix Ke-3 di Festival Layang-Layang Antarabangsa Bintulu dari 18-26 Ogos 2008.

Meninggal Dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Oktober 2008 Samad meninggal dunia kira-kira jam 12:45 tengah hari semalam. Difahamkan Allahyarham terjatuh di pejabat abangnya dan selepas itu beliau dikejarkan ke Hospital Ampang. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor petang ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]