[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Al-Mustadrak ala al-Sahihain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al-Mustadrak ala al-Sahihain
Umum
PengarangAl-Hakim Nishapuri
Tajuk asal
المستدرك على الصحيحين
BahasaArab
GenreHimpunan hadis


Al-Mustadrak ala al-Sahihan (Arab: المستدرك على الصحيحين) atau Mustadrak Al-Hakim (Arab: مستدرك الحاكم) ialah himpunan hadis lima jilid yang dikarang oleh Hakim al-Nisyapuri (Nisyapur terletak di Iran). Dia menarangnya pada 393H (1002–1003 M), ketika berusia 72 tahun.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Buku ini mengandungi 9045 hadis.[1] Pengarang mendakwa semua hadis di dalamnya ialah sahih mengikut syarat sama ada Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim atau kedua-duanya.[2]

Kesahihan

[sunting | sunting sumber]

Pernyataan kesahihan tidak diterima oleh beberapa ulama Sunni utama. Al-Zahabi, ulama Sunni Syafii abad ke-14 membuat versi ringkas buku ini berjudul Talkhis al-Mustadrak di mana dia memberi komentar terhadap kesahihannya. Ia menjadi kelaziman bagi ulama sekarang yang bergelumang dalam bidang hadis, di mana mereka mengumpul dan menjelaskan kesahihan hadis, menyatakan seperti "Ia sahih menurut al-Hakim dan dipersetujui al-Zahabi". Dengan berbuat demikian, mereka merujuk kepada Talkhîs karangan al-Zahabi, ringkasan Mustadrak yang sering diterbitkan bersama-sama dengannya di pinggir muka surat buku tersebut.[3]

Al-Zahabi juga menulis:[4]

Mustadrak mengandungi bilangan hadis yang baik yang mengikut syarat kesahihan kedua-dua Imam (al-Bukhari dan Muslim) begitu juga bilangan hadis yang menurut syarat salah seorang daripadanya. Mungkin jumlah bilangan hadis mempunyai separuh buku. Terdapat kira-kira satu perempat lagi hadis yang mempunyai sanad yang sahih, tetapi mempunyai sesuatu yang lain mengenainya atau yang mempunyai beberapa kecacatan. Adapun selebihnya, dan itu kira-kira satu perempat, mereka ditolak dan riwayat palsu yang tidak sahih. Sesetengahnya pula adalah palsu. Saya mengenali mereka semasa saya menyediakan ringkasan Mustadrak dan mengeluarkannya.

Al-Dhahabi menyatakan:

Alangkah baiknya jika al-Hakim tidak menghimpunkannya."[5]

Ibnu Hajar al-Asqalani, ulama Sunni abad ke-15 menyatakan bahawa Mawdu'at al-Kubra tidak boleh dikaitkan dengan dakwaan meletakkan taraf palsu kepada sesetengah hadis sebagaimana buku Mustadrak al-Hakim tidak boleh dikaitkan dengan pernyataan taraf Sahih kepada banyak hadis.

Mempertahankan pengarang

[sunting | sunting sumber]

Muhadis mazhab Hanafi dari Syria, Syeikh Nuruddin 'Itr berkata: "Ia menunjukkan al-Hakim menyusunnya pada usia tuanya, dia berniat untuk menyemaknya, yang tidak sempat dilakukannya melebihi jilid pertama. Ini dibuktikan dengan fakta bahawa kesilapan al-Hakim tidak dapat dilihat dalam jilid pertama Mustadrak, seperti yang disahkan oleh pembetulan minimum al-Zahabi sendiri."[6]

Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Al-Hakim berlembut dalam kesahihan Hadisnya, kerana dia menulis draf pertama kitabnya dan apabila dia mula menyemaknya, dia meninggal dunia secara tiba-tiba, atau atas sebab lain.”[7]

Syeikh Mahmud Mamduh mempertahankan Al-Hakim: "Di luar Mustadrak, kedudukan Al-Hakim ialah sangat tegas setegas para Imam Hadis"[8]

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]
Fail:Al-Mustadrak alaa al-Sahihain 2.jpg
Lima jilid Al-Mustadrak ala al-Sahihain

Talkhis al-Mustadrak' ialah sebuah versi ringkas kepada Al-Mustadrak ala al-Sahihain, yang dikarang oleh al-Zahabi. Al-Zahabi dalam Talkhis al-Mustadrak-nya membuat versi ringkas (versi dengan bahan himpunan dikekalkan di mana dia memberikan komentar terhadap kesahihan). Dalam versi ini, dia menambah komentarnya ke atas 1182 hadis. Al-Zahabi dalam buku ensiklopediknya berjudul Târikh al-Islam berkata seperti berikut dalam entri biografi mengenai Al-Hakim, di mana dia berkata tentang Mustadrak: "Sesetengahnya ialah palsu. Saya mengenalinya semasa menyediakan ringkasan kepada Mustadrak dan mengeluarkannya." Al-Zahabi berkata: "Ia adalah buku yang berguna. Saya membuat ringkasannya yang memerlukan kerja dan penyuntingan yang besar."

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ These figures are taken from the editorial introduction of Ibn al-Mulaqqin's Mukhtasar Istidrâk al-Dhahabî, 8–9 "Al-Hakim's Mustadrak & al-Dhahabī's Talkhis". Islamtoday.Com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-13. Dicapai pada 2005-11-11.
  2. ^ arshad. "Major Collections of Hadith". Members.cox.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-23. Dicapai pada 2010-06-10.
  3. ^ "Al-Hakim's Mustadrak & al-Dhahabî's Talkhis". IslamToday. Diarkibkan daripada yang asal pada October 13, 2008.
  4. ^ in his biographical encyclopedia entitled Siyar A`lâm al-Nubalâ' "Biographies of Outstanding Personalities" "Al-Hakim's Mustadrak & al-Dhahabī's Talkhis". Islamtoday.Com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-13. Dicapai pada 2005-11-11.
  5. ^ Haddad, Dr G F. "Al-Hakim Al-Naysaburi". As-Sunnah Foundation of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2010. Dicapai pada 19 March 2020.
  6. ^ Al-Bayhaqi (1999). Allah's Names and Attributes. 4 of Islamic Doctrines & Beliefs. Diterjemahkan oleh Gibril Fouad Haddad. Islamic Supreme Council of America. m/s. 25. ISBN 9781930409033.
  7. ^ "Al-Mustadrak 'ala as-Sahihayn - Al-Hakim (405H)". sifatusafwa.com.
  8. ^ Ayub, Zulfiqar (2 May 2015). THE BIOGRAPHIES OF THE ELITE LIVES OF THE SCHOLARS, IMAMS & HADITH MASTERS Biographies of The Imams & Scholars. Zulfiqar Ayub Publications. m/s. 134.