[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Gnu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gnu
Seekor gnu di Taman
Negara Mikumi, Tanzania
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Connochaetes

Spesies

Connochaetes gnou
Connochaetes taurinus

Gnu (Jawi: ڽو) ialah sejenis haiwan darat besar seperti lembu yang ditemukan di kawasan padang-padang rumput Afrika Timur dan Selatan[1] dan digolongkan dalam genus Connochaetes keluarga Bovidae.[2] Kepalanya berbentuk seakan-akan kepala lembu dan bertanduk melengkung, ekornya panjang berjumbai di hujungnya.[1]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Connochaetes dijejak daripada kata-kata bahasa Yunani Purba κόννος kónnos "janggut" dan χαίτη khaítē 'surai'.[3]

Genus ini mempunyai dua spesies:[2] Connochaetes gnou yang duduk di banyak kawasan hutan dan padang rumput dan Connochaetes taurinus yang duduk di kawasan padang rumput terbuka sahaja.[4]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Badan gnu jantan lebih besar daripada gnu betina, beratnya boleh mencecah 300 paun (140 kg).[5] Gnu jantan dan gnu betina boleh menumbuhkan tanduk.[1]

Ia makan rumput pendek.[5]

  1. ^ a b c "Wildebeest". Animals. National Geographic. 11 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2017. Dicapai pada 23 Ogos 2017.
  2. ^ a b Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 676. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  3. ^ Benirschke, Kurt (2002). "Wildebeest, Gnu". Comparative Placentation. Universiti California San Diego. Dicapai pada 13 Ogos 2024.
  4. ^ Ackermann, Rebecca; Brink, James S.; Vrahimis, Savvas; de Klerk, Bonita (2010). "Hybrid Wildebeest (Artiodactyla: Bovidae) Provide Further Evidence For Shared Signatures of Admixture in Mammalian Crania". South African Journal of Science. 106 (11/12): 90–94. doi:10.4102/sajs.v106i11/12.423. hdl:11427/27315.
  5. ^ a b Ulfstrand 2002, m/s. 296–297.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]