Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
IPG Kampus Batu Lintang Institute of Teacher Education, Batu Lintang Campus | |
---|---|
Lokasi | |
Kuching, Sarawak | |
Maklumat | |
Moto | Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru" |
Ditubuhkan | Julai 1948 |
Jumlah penuntut | Kursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas |
Pengarah | YBrs. Dr. Abang Ismail bin Haji Abang Julhi |
Timbalan Pengarah | Dr. Haji Zainal Abidin bin Haji Masleh |
Hal Ehwal Pelajar | Dr. Emyzul Bin Ismail |
Laman sesawang | www.ipbl.edu.my |
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang terletak di Bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Ia terletak kira-kira 8 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Institut ini bermula pada penghujung tahun 1947 dengan pengambilan seramai 19 guru pelatih, termasuk yang datang dari Sabah dan Brunei Darusalem. Institut ini berpindah ke tapak sekarang pada pertengahan tahun 1948 dan dibuka secara rasminya pada 1 Julai 1948 dengan nama Pusat Latihan Dan Sekolah Batu Lintang. Sepuluh tahun kemudian, pusat latihan ini bertukar nama kepada Maktab Latihan Batu Lintang. Pada tahun 1967, maktab ini bertukar namanya lagi kepada Maktab Perguruan Batu Lintang.
MPBL dinaik tarafnya kepada institut secara rasminya pada 1 April 2006 dan dikenali sebagai Institut Perguruan Batu Lintang (IPBL). Dengan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 pada 4 Disember 2008, institut ini ditukar nama rasminya lagi dan kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL).