[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Jābir ibn Aflaḥ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jābir ibn Aflaḥ
Kelahiran1100 M
Meninggal dunia1150 M
Karya akademik
EraZaman Kegemilangan Islam
Minat lainIlmu falak, Matematik
Karya terkenalIṣlāḥ al-Majisṭi (Pembetulan Almagest)
Idea terkenal
DipengaruhiIbn Rusyd, Nur ad-Din al-Betrugi

Abū Muḥammad Jābir ibn Aflaḥ (Arab: أبو محمد جابر بن أفلح, Latin: Geber/Gebir; 1100–1150) ialah seorang ahli falak dan ahli matematik Muslim dari Seville, yang bergiat di al-Andalus pada kurun ke-12. Karya beliau, Iṣlāḥ al-Majisṭi (Pembetulan Almagest) mempengaruhi para ahli falak Islam, Yahudi dan Kristian.[1]

Iṣlāḥ al-Majisṭi (Pembetulan Almagest)

[sunting | sunting sumber]

Karya ini ialah ulasan dan usaha semula karya Ptolemy, Almagest dan adalah kritikan pertama tentangnya di dunia Islam Barat. Dia khususnya mengkritik asas matematik karya tersebut. Sebagai contoh, dia menggantikan penggunaan teorem Menelaus dengan sesuatu yang berasaskan trigonometri sfera, yang kelihatan sebagai satu cubaan untuk meningkatkan ketepatan matematik karya tersebut. Teorem-teorem ini telah dimajukan oleh sekumpulan ahli matematik Islam kurun ke-10 seperti Abū al-Wafā' Būzjānī dan kemudian juga Abu Abd Allah Muhammad ibn Muadh Al-Jayyani yang bergiat di al-Andalus semasa kurun ke-11. Jābir tidak mengkreditkan mana-mana penulis ini dan tidak menyatakan seorang penulis Islam pun dalam karya ini.[1]

Satu perubahan penting yang dibuat Jābir dalam laporan Ptolemy adalah beliau meletakkan orbit Zuhrah dan Utarid, planet-planet kecil, di luar orbit matahari, berbanding antara bulan dan matahari seperti yang terdapat dalam karya asal.[1]

Pereka cipta

[sunting | sunting sumber]

Beliau mereka cipta alat cerap yang dikenali sebagai torquetum, sebuah peranti mekanikal yang mengubah sistem koordinat sfera.[2]

Torquetum dicipta oleh Jabir ibn Aflah.

Beberapa penulis Muslim terkemudian dipengaruhi Jābir, termasuklah Ibn Rusyd dan Nur ad-Din al-Betrugi, kedua-duanya bergiat di al-Andalus. Karya tersebut disebarkan ke Mesir pada kurun ke-12 oleh Maimonides dan jauh ke timur pada penghujung kurun ke-13.[1]

Karya tersebut diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Ibrani dan bahasa Latin, yang terkemudian oleh Gerard dari Cremona, yang melatinkan nama beliau dengan nama "Geber". Menerusi saluran itu ia memberi pengaruh meluas ke atas ahli matematik dan falak terkemudian Eropah dan membantu mempromosikan trigonometri di Eropah.[1]

Banyak bahan mengenai trigonometri sfera dalam On Triangles (c.1463) oleh Regiomontanus diambil secara terus dan tanpa kredit daripada karya Jābir itu, sebagaimana yang dicatatkan Gerolamo Cardano pada kurun ke-16.[3] Trigonometri yang digariskan Nicholas Copernicus (1473–1543) dalam bahagian pertama karya tempa sejarahnya De revolutionibus juga jelas diilhamkan Jābir.[4]

  1. ^ a b c d e Calvo 2007.
  2. ^ Lorch, R. P. (1976). "The Astronomical Instruments of Jabir ibn Aflah and the Torquetum". Centaurus. 20 (1): 11–34. Bibcode:1976Cent...20...11L. doi:10.1111/j.1600-0498.1976.tb00214.x.
  3. ^ Victor J. Katz, penyunting (2007). The Mathematics of Egypt, Mesopotamia, China, India, and Islam: A Sourcebook. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-11485-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-01. Dicapai pada 2016-05-23., p.4
  4. ^ Ivars Petersons MathTrek Mathematical Association of America

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Islamic astronomy Templat:Islamic mathematics