[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Mohamad Ezam Mohd Nor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk

Mohamad Ezam

-
-
Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional
Dalam jawatan
4.4.1999–2007
Didahului olehPengasas
Digantikan olehSamsul Iskandar
Presiden Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK)
Dalam jawatan
2007–2010
Didahului olehPengasas
Digantikan olehMohd Nazri
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
03 Mei 2010 – 02 Mei 2013
Dalam jawatan
26 Ogos 2013 – 05 Mac 2014
Butiran peribadi
LahirMohamad Ezam Mohamad Nor
(1967-04-24) 24 April 1967 (umur 57)
Klang, Selangor
Tinggi-
Pasangan-
Anak-anak-
Hubungan-
Kediaman-
Laman web rasmi-
-

Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor (lahir 24 April 1967) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau juga pernah aktif dalam beberapa NGO anti korupsi seperti GERAK dan HISBAH.Beliau mula dikenali apabila terlibat dalam gerakan reformasi 1998 dan menjadi Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pertama pada 1999. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebanyak dua kali dari 2010 hingga 2013, dan 2013[1] hingga meletakkan jawatan pada 2014[2].

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Ezam dilahirkan pada 24 April 1967 di Klang, Selangor. Beliau pernah bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1980 sehingga 1984. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ekonomi dari tahun 1987 hingga 1991.

Penglibatan dalam pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Kerusi yang ditandingi Mohd Fadli Che Me
Tahun Kawasan Individu Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
1999 Shah Alam Mohamad Ezam Mohd Nor Keadilan 33,075 Mohd Zin Mohamed BN (UMNO) 35,851 30,841
2022 Petaling Jaya Mohamad Ezam Mohd Nor PRM 2,049 Lee Chean Chung PH (Keadilan) 83,311 50,575
Theng Book PN (Bersatu) 32,736
Chew Hian Tat BN (MCA) 23,253
Mazween Mokhtar GTA (Pejuang) 4,052
K. J. John Bebas 461

Latar belakang politik

[sunting | sunting sumber]

DI dalam UMNO

[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor pada 1993 sehingga 1996 kemudian menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Selangor dari 1996 sehingga 1998. Kemudian beliau menjadi Timbalan Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1998 sehingga 1998.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Sebelum itu sebaik tamat pengajian di Universiti beliau dilantik menjadi Timbalan Pengarah Institut Kajian Dasar IKD sebuah thinktank yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim.

Di dalam Keadilan

[sunting | sunting sumber]

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998, beliau bersama lain-lain pemimpin turut keluar dan mengadakan demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur. Kehadiran beliau di pentas politik mampu menarik kehadiran ramai penyokong dan penonton. Ezam adalah bekas Ketua Pemuda Keadilan ( sekrg AMK) dari 1999 sehingga 2007. Ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, beliau antara yang mempertahankan Anwar.Ezam sendiri di tahan 2 kali di Kem Tahanan Kamunting dan Penjara Kajang hampir 3 tahun dibawah Akta ISA dan OSA

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan bekas pengasas Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya selepas beliau bebas dari tahanan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Pada tahun 2001 Ezam telah didakwa di bawah OSA kerana mendedah fail kes rasuah Rafidah Aziz. Pada tahun 2002, Ezam telah dijatuhkan dua tahun penjara.

Pada 24 Januari 2004, ketika Anwar Ibrahim masih di dalam penjara, Ezam mengatur ceramah bersama Gerak. Majlis Pelancaran 'Gerakan Anwar Bebas [GAB] Perak di diadakan Markas keADILan Pasir Salak di Permatang Pelanduk . Ceramah ini tidak mendapat permit Balai Polis Teluk Intan . Oleh itu pasukan polis dengan 8 buah trak dengan lebih 200 orang FRU lengkap telah menyerbu ketika Ezam , Muhaimin Sulam, Othman Abd. Rahman dan Kapten Usaili (Adun Bota) berucap. FRU lengkap bersenjata dan water canon.

Memasuki UMNO semula

[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mei 2008, setelah hampir setahun keluar dari PKR dan aktif sebagai aktivis GERAK,Ezam menyertai semula parti UMNO setelah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.Pada tahun yang sama Kerajaan Abdullah Badawi melakukan rombakan terbesar dalam usaha memerangi rasuah dengan meluluskan Akta SPRM menggantikan Akta BPR.Ezam selepas itu dilantik oleh YDP Agong menjadi ahli jawatankuasa khas parlimen mengenai SPRM [3][4]

Mohamad Ezam Mohd Nor dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia bermula 15 Mac 2014 hingga 2016. Kali terakhir beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebelum dilantik semula menyertai Kementerian itu ialah pada tahun 1998. Pada 2 Oktober 2016, beliau mengumumkan untuk keluar dari UMNO dan semua jawatan kerajaan sebelum melakukan tindakan saman terhadap kerajaan dan mengkritik keras kegagalan kerajaan melakukan perubahan khususnya dalam isu membabit rasuah. [1]

6 kotak rasuah

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mei 2009, dalam program Hujah di TV9, Ezam menafikan beliau memiliki 6 kotak rasuah yang diwar-warkan semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh. Tetapi mempertahankan dakwaannya tentang kewujudan 6 kotak rasuah yang pernah ditunjukkan kepada beliau oleh Anwar Ibrahim sebelum Anwar ditangkap.

Bagi Ezam, kerajaan yang berkuasa akan terdedah kepada rasuah. Hal ini ada dinyatakan oleh Ibnu Khaldun dan Syed Hussein al Attas. UMNO lama berkuasa dan rasuah sudah membudaya didalam UMNO. Sudah menjadi lumrah, parti yang lama berkuasa terlibat dengan rasuah. Pemimpin UMNO sendiri mengaku rasuah memang wujud dalam parti itu.[5]

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Ezam sworn in as senator for second term". Astro Awani. 26 Ogos 2013. Dicapai pada 14 Disember 2022.
  2. ^ "Ezam pengarah komunikasi Kementerian Kewangan". Malaysiakini. 18 Mac 2014. Dicapai pada 14 Disember 2022.
  3. ^ Keputusan Ezam 'aneh', kata Wan Azizah, Malaysiakini. 22 Mei 2008.
  4. ^ Najib sambut baik kemasukan semula Ezam dalam Umno, mSTAR Online. 25 Mei 2008
  5. ^ [Program Hujah jam 9.30 malam 27 Mei 2009 bersama Prof. Agus Yusof]
  6. ^ "Peguam Negara dahului senarai penerima darjah kebesaran". Berita Harian. 4 Jun 2016. Dicapai pada 14 Disember 2022.