Slam
Slam | |
---|---|
Berasal dari | Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Genre | Pop rock, Balada |
Tahun aktif | 1993—kini |
Syarikat rakaman | BMG Music (1993—1999) |
Ahli | Zamani - Vokal Shah - Gitar Utama Ajak - Gitar Kedua Lili - Bass Man - Dram Eddie - Keyboard |
Bekas ahli | John - vokal Ronnie Hussein - vokal |
Kumpulan Slam merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Slam adalah salah sebuah kumpulan muzik yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori growth, di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man & Eddie tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul Kesan Terbukti. Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 5 lagu berada di kedudukan teratas carta muzik Malaysia dan Indonesia seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Manisnya Rindu dan Bukan Niat Membalas Derita. Mereka kemudiannya terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani dan lagu malar segar mereka, Gerimis Mengundang.
Sejarah Awal (1993-1994)
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Slam telah ditubuhkan di Johor Bahru, Johor oleh Shah Nizam bin Abdul Halim (Shah), bekas pemain gitar kumpulan Exist (kini Exists) pada tahun 1991. Shah yang berperanan sebagai ketua kumpulan memberitahu kegagalan beliau bersama Exist dan sokongan penuh daripada Allahyarham Rahim Othman, seorang komposer terkenal tanah air serta Johan Aziz, bekas pengurus Exist di Jojo's Production dahulu telah menjadi inspirasi ke arah terbentuknya Slam. Di Johor Bahru, Shah berjaya mengumpulkan 3 orang pemuzik iaitu Abdul Razak Bajuri (Ajak - Gitar), Othman Khalid (Man - Dram) dan Noor Azli Masrani (Lili - Bass) untuk bersama-sama memperjuangkan muzik rock mengikut selera mereka tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Ketika ini mereka menggunakan nama FIX sebagai nama kumpulan. Mereka kemudiannya menjalankan ujibakat bagi mencari penyanyi biarpun ketika itu FIX terlebih dahulu mendapat empat orang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Bagaimanapun jodoh FIX dengan penyanyi-penyanyi tersebut tidak panjang kerana mereka masih mencari keserasian. Mereka mempunyai perancangan yang menarik dalam industri muzik dan kerana itulah, mereka mahukan penyanyi yang sesuai dan mempunyai visi yang baik bagi mendukung wawasan mereka.
Sewaktu proses rakaman album pertama mereka pada 1993 sedang berkali-kali dijalankan, Shah terpaksa mengenepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagu Nina ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production (kini dikenali sebagai Johan Music). Atas cadangan Acong Sweet Child, akhirnya mereka ditemukan dengan seorang pemuda yang bernama Zamani Ibrahim yang merupakan anak jati Ampang, Selangor. Pada ketika itu, Zamani baru berusia 22 tahun dan bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank terkemuka di tempatnya. Keunikan dan kemerduan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Namun begitu, beliau sendiri masih berbelah bahagi untuk menjadikan nyanyian sebagai kariernya apatah lagi untuk bergerak dalam satu kumpulan pada ketika itu. Namun akhirnya, beliau memutuskan untuk terus bersama Slam kerana merasakan dirinya sesuai dengan identiti muzik yang ingin dibawa Slam. Zamani yang dianugerahkan bakat semulajadi dan seraut wajah keanak-anakan dijangka akan membuat peminat tidak puas memandangnya.
Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanah air. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di atas pentas dengan Shah. Menurutnya, dia banyak belajar tentang bagaimana cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi. Dia juga cukup menghormati Shah kerana baginya, Shah mempunyai kebolehan luar biasa yang jarang dipunyai oleh sesetengah pemuzik lain. Hal ini berlaku mungkin kerana pengalaman Shah yang cukup luas dalam muzik malah berprinsip tinggi. Kriteria itu juga yang menyebabkan seluruh anggota Slam bersetuju memilihnya sebagai ketua kumpulan walaupun usia Shah lebih muda daripada mereka.
Zamani berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang telah 70% dirakamkan oleh vokalis asal. Setelah berjaya menamatkan proses rakaman yang memakan masa hampir 60 jam, mereka sekali lagi dikejutkan oleh berita buruk dari meja pengurusan apabila nama FIX tidak boleh digunakan kerana ianya boleh menimbulkan kekhilafan dalam sebutan. Pun begitu, profesionalisme yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan Johan Sound Production berjaya menenangkan setiap anggota kumpulan yang tergantung namanya ini. Mereka sekali lagi terpaksa membuka talian kepada penggemar muzik tanah air yang sudi memberi nama kepada kumpulan anak muda yang baru dilahirkan ini. Dari 3,000 penyertaan, Johan Sound Production dan anak-anak muda yang cukup tegar pegangan muzik ini telah memilih Slam sebagai nama baru menggantikan nama asal. Biarpun begitu, mereka sewajarnya boleh berbangga kerana tidak perlu menggunakan pemuzik undangan. Sewaktu di studio, setiap anggota Slam tahu dan faham tugas masing-masing. Selagi tidak berpuas hati dengan muzik ataupun vokal, mereka akan terus bermain tanpa henti. Kadang kala masa dalam studio lebih panjang dari waktu-waktu yang lain.
Namun impian tidak selalunya menjadi kenyataan, Slam terpaksa akur dengan kehendak peminat muzik tempatan. Konsep Pop Kreatif yang diperjuangkan secara berkumpulan merupakan sesuatu yang baru di negara ini. Walaupun album pertama mereka cukup baik dan mempunyai nilai artistik serta nilai jual yang tinggi, namun faktor populariti juga perlu diambil kira. Album pertama mereka sekadar mencecah jualan 40,000 unit sahaja ekoran persaingan dengan kumpulan muzik sedia ada seperti Spring, Mega, Fotograf dan pesaing terapatnya Ukays. Lagu-lagu seperti Malam Dan Semalam, Buat Seorang Kekasih dan Nina masih belum cukup kuat untuk mengangkat martabat muzik Slam. Namun, Slam tidak cepat melatah lantas mereka membuat post-mortem ke atas Slam. Hasil post-mortem tersebut, mereka memutuskan untuk mengundang pemain keyboard terkenal bernama Eddie Ahmad yang merupakan anak jati Kota Tinggi, Johor untuk membantu mereka dalam menghasilkan album studio kedua Slam. Eddie sebelum ini telahpun memulakan kariernya sebagai pemain keyboard kumpulan Ekamatra yang terkenal dengan lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan. Pemilihan Eddie sebagai pemuzik undangan untuk album kedua Slam ternyata tidak sia-sia kerana pengalaman luas yang dimiliki oleh pemuzik berkaca mata ini telah berjaya memantapkan lagi susunan muzik Slam di samping idea-idea beliau yang tidak pernah jemu untuk diterima oleh anggota-anggota Slam yang lain.
Dalam setiap pembikinan album, Slam tidak terlalu cerewet dalam memilih komposer jemputan apatah lagi mereka sendiri mampu menggubah lagu. Nama-nama seperti Johan Aziz (juga pengurus Slam), Rahim Othman dan Saari Amri tidak pernah lekang dari bibir peminat setia kumpulan ini. Bagi peminat-peminat Slam, nama-nama besar ini telah berjaya mencorak irama muzik Slam dari pelbagai dimensi kerana mereka mempunyai cara, citarasa, identiti dan susunan muzik yang tersendiri.
Kemuncak Populariti (1994 - 1999)
[sunting | sunting sumber]Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Album kedua mereka yang diberi judul Kesan Terbukti ternyata mengubah nasib kumpulan Slam apabila album ini berjaya meletakkan mereka sebaris dengan kumpulan-kumpulan muzik gergasi tanah air dari segi jualan, kualiti dan populariti. Album ini meletup di pasaran sekaligus nama Slam tiba-tiba sahaja menjadi sebutan di kalangan peminat muzik tempatan sementara di Indonesia, album ini dipasarkan dengan judul Tak Mungkin Berpaling. Lebih membanggakan apabila 5 single di dalam album ini berjaya menguasai carta radio seluruh Nusantara. Lagu Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih dan Bukan Niat Membalas Derita merupakan rangkaian lagu-lagu hits nombor satu petikan album ini. Sebuah lagi lagu mereka, Manisnya Rindu juga memberi impaknya yang tersendiri. Album ini menjadi antara album terbanyak melahirkan single di kedudukan nombor 1 di Malaysia dan Indonesia. Ramai yang menyifatkan lagu Tak Mungkin Berpaling adalah lagu yang benar-benar mencerminkan identiti muzik yang ingin dibawa oleh Slam selama ini. Segalanya berbaloi apabila album Kesan Terbukti mencecah angka 300,000 unit di pasaran Malaysia & Singapura dan terjual lebih 2 juta unit di Indonesia. Hal ini telah melayakkan Slam menerima anugerah platinum berkembar dari syarikat rakaman mereka. Kejayaan album ini juga membawa kepada pertambahan anggota di mana Eddie yang sebelum ini merupakan pemuzik undangan akhirnya diserap masuk sebagai anggota tetap Slam.
Slam seterusnya mengeluarkan album kompilasi Terbaik Slam pada penghujung 1995 sebagai bekalan sementara menunggu proses rakaman album ketiga mereka selesai. Ternyata ketiga-tiga lagu bonus petikan album kompilasi tersebut mengungguli carta, terutama sekali lagu Gerimis Mengundang yang menjadi lagu paling popular pada tahun 1996 sehingga pernah dirakam dalam 24 versi saduran oleh penyanyi pelbagai negara dan bahasa serta layak ke peringkat akhir AJL dan AIM. Lagu ciptaan Saari Amri ini menjadi antara lagu Melayu paling masyhur dalam sejarah muzik Nusantara. Terdapat parodi dan filem yang diterbitkan berdasarkan lagu ini. Dua buah lagi lagu yang hits daripada album yang terjual lebih 200,000 unit ini ialah Kurnia dan Jalan Keindahan.
Album ketiga mereka yang berjudul Kembali Merindu telah berada di pasaran pada pertengahan tahun 1996. Dalam album ini, Slam telah membuat pembaharuan yang drastik ke arah memantapkan lagi muzik mereka. Mereka mulai sedar dimana target Slam untuk mencapai tahap tertinggi dalam industri muzik sudah semakin hampir untuk digapai. Hasilnya mereka meraih kejayaan sekali lagi menerusi single popular seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Kita Terpaksa Bermusuhan dan Kembali Merindu. Album ini juga terjual lebih 250,000 unit di Malaysia dan 700,000 unit di Indonesia. Mengekori kejayaan ini ialah sebuah konsert berskala mega yang dijayakan oleh Slam, Slam Live Concert Unplugged pada 3 Ogos 1996 diiringi orkestra di bawah pimpinan Dato' Ramli M.S. di Stadium Negara hingga membawa kejayaan besar apabila Slam diiktiraf dengan Anugerah Kembara dan Zamani diiktiraf sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki) menerusi album Slam Live Concert Unplugged (1996) di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997,pada tahun 1996 jugak slam menerima anugerah artis pasti popular di anugerah muzik indonesia
Pada tahun 1998, Slam muncul dengan album Dalam Harapan dengan sedikit pembaharuan demi memastikan piawaian mutu terjaga. Album ini mempertaruhkan single Mentari Muncul Lagi yang meledak pada tahun tersebut. Ketika ini Slam sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perfileman dengan pelawaan jutawan filem Yusof Haslam untuk beraksi dalam Bara serta sebuah lagi filem yang tidak disiapkan berjudul Cindai Asmara. Kerana agak lari fokus, album ini tidak begitu mengujakan peminat tambahan persaingan daripada kumpulan baharu seperti Spoon dan Def Gab C. Pun begitu, AIM mengiktiraf album ini apabila tercalon dalam kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6 pada tahun 1999.
Pada tahun 1999, penyanyi utama mereka pula dikaitkan dengan masalah disiplin dan kesihatan. Zamani memberi bayangan akan meninggalkan Slam sehingga membuatkan ramai peminat tidak puas hati. Slam membuat kemunculan terakhir bersama Zamani menerusi album kompilasi Best of Slam pada tahun 1999 dan popular menerusi single berjudul Rindiani. Pada penghujung tahun 1999, Slam secara rasmi direhatkan seketika apabila Zamani keluar dan Shah pula sebagai ketua kumpulan bertindak menyertai kumpulan lagenda Search untuk album Selepas Banjir.
Dalam Harapan (2002 - kini)
[sunting | sunting sumber]Setelah agak lama berkubur dan Zamani telahpun melancarkan karier solo yang berjaya pada tahun 2002, Shah yang ketika itu telahpun menjadi pemuzik profesional mengambil keputusan untuk membuat kemunculan semula biarpun tanpa kehadiran Zamani. Album berjudul Slamanja diterbitkan pada tahun 2003 bagaimanapun tidak berjaya menaikkan kembali nama kumpulan ini ekoran populariti lagu-lagu Zamani yang sering diputarkan di radio. Lagu Cintuni merupakan antara lagu Slam yang tidak menggunakan suara Zamani beroleh sedikit populariti.
Pada tahun 2006, Shah mengumumkan kehadiran Ronnie Hussein sebagai penyanyi baru dalam kumpulan ini. Album comeback berjudul Menggapai Langit akhirnya berjaya diterbitkan pada tahun 2007. Ia menghasilkan kembali lagu-lagu hits seperti Rayuan Di Puncak Genting dan Sesat Di Jalan Mu. Namun pasaran muzik tidak lagi sama seperti dulu, kumpulan ini terpaksa bersaing dengan lebih ramai pemuzik generasi baharu yang kebanyakkannya muncul dari underground scene. Sehingga kini, Slam kekal antara kumpulan muzik paling berpengaruh di Malaysia dengan jualan keseluruhan album di seluruh dunia mencecah angka 2 juta unit. Kumpulan ini berjaya mencipta nama di Indonesia dan berdiri sebaris dengan kumpulan-kumpulan hebat Malaysia sepanjang zaman seperti Orkes Nirwana, The Zurah II, Alleycats, Kembara, Carefree, Sweet Charity, Search, Gersang, Wings, Iklim, Spring, KRU dan Ukays.
Reunion Slam
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2015, satu berita gembira buat peminat Slam apabila ketua kumpulannya, Shah telah mengumumkan bahawa Slam akan membuat penyatuan semula (reunion) bersama Zamani, Ajak, Eddie, Lili dan juga Man. Mereka membuat konsert-konsert berskala besar terutamanya konsert Slam Nur Kasih yang telah diadakan di Johor Bahru pada tahun 2016. Kini, mereka bertungkus-lumus untuk menjayakan konsert Slam Revival yang dijangka akan diadakan pada hujung tahun 2019.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Slam (1994)
- Kesan Terbukti (1995)
- Kembali Merindu (1996)
- Dalam Harapan (1998)
- Slamanja (2003)
- Menggapai Langit (2007)
Album live konsert
[sunting | sunting sumber]- Slam Live Concert Unplugged (1996)
- Slam Live Concert Unplugged 2 (1997)
Album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Terbaik Slam (1995)
- Koleksi Khas (1996)
- Best of Slam (1999)
Album pasaran Indonesia
[sunting | sunting sumber]- Tak Mungkin Berpaling (1996)
- Gerimis Mengundang (1997)
- Rindiani (1999)
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan | ||
1996 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Terbaik Slam | Tercalon | ||
Lagu Terbaik | Gerimis Mengundang | Tercalon | |||
1997 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Slam Live Concert Unplugged | Menang | ||
Album Rock Terbaik | Slam Live Concert Unplugged | Tercalon | |||
Anugerah Kembara | Menang | ||||
1998 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Slam Live Concert Unplugged 2 | Tercalon | ||
Album Pop Terbaik | Slam Live Concert Unplugged 2 | Tercalon | |||
1999 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Dalam Harapan | Tercalon | ||
Album Pop Terbaik | Dalam Harapan | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Keputusan |
1996 | Gerimis Mengundang | Saari Amri | Saari Amri | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
[sunting | sunting sumber]Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | ||
1995 | Penyanyi Berkumpulan Popular | Tercalon | ||
1996 | Penyanyi Berkumpulan Popular | Tercalon | ||
1997/98 | Penyanyi Berkumpulan Popular | Tercalon |
Lain-lain Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Tempat Ketiga
- Anugerah Khas
Konsert
[sunting | sunting sumber]- Konsert Grand Slam Unplugged (1996)
- Konsert Slam Kembali Merindu Live in Singapore (2012)
- Konsert Kurnia Slam (2016)
- Konsert 2 Dekad Kembali Terjalin Slam (2016)
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Platinum 1995 - Album Slam ( Kesan Terbukti )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Artis Berkumpulan Popular ( Anugerah Bintang Popular 1995 )
- Semi Final ( Muzik Muzik 1995 ) - Nur Kasih
- Anugerah Double Platinum 1996 - Album ( Terbaik Slam )
- Anugerah Platinum 1996 - Album Slam ( Kembali Merindu )
- Final (Anugerah Juara Lagu 1996) - Slam Lagu Gerimis Mengundang
- Pujaan 10 Nescafe 1996 - Juara ( Jika Kau Rasa Getarnya )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam ) ( Anugerah Industri Muzik 1996 )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Lagu Terbaik - ( Anugerah Industri Muzik 1996 ) - Gerimis Mengundang ( Saari Amri )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Artis Berkumpulan Popular ( Anugerah Bintang Popular 1996 )
- Anugerah Platinum 1997 - Album Slam (Live Konsert Unplugged)
- Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam ) ( Anugerah Industri Muzik 1997 )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Album Rock Terbaik - Slam ( Anugerah Industri Muzik 1997 ) - Album - Slam ( Live Konsert Unplugged )
- Anugerah Industri Muzik 1997 - Anugerah Kembara - Slam
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Artis Berkumpulan Popular ( Anugerah Bintang Popular 1997/98 )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam ) ( Anugerah Industri Muzik 1998 )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Album Pop Terbaik - Slam ( Anugerah Industri Muzik 1998 ) - Album - Slam ( Live Konsert Unplugged 2 )
- Anugerah Platinum 1998 - Album Slam ( Dalam Harapan )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam ) ( Anugerah Industri Muzik 1999 )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Album Pop Terbaik - Slam ( Anugerah Industri Muzik 1999 ) - Album - Slam ( Dalam Harapan )
- Semi Final ( Muzik Muzik 1999 ) - Mentari Muncul Lagi
- Anugerah Platinum 2002 - Album ( Zamani / Syair Si Pari Pari )
- Vokal Lelaki Pilihan ( Anugerah Era 2002 ) - Zamani Lagu Syair Si Pari Pari
- Final ( Anugerah Juara Lagu 2002 ) - Zamani Lagu Syair Si Pari Pari
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Penyanyi Lelaki Popular ( Anugerah Bintang Popular 2002 ) - Zamani
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik ( Anugerah Industri Muzik 2003) - ( Zamani / Syair Si Pari Pari )
- Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Lagu Terbaik - ( Anugerah Industri Muzik 2003 ) - Syair Si Pari Pari ( Aidit Alfian / Ad Samad )
- Final ( Anugerah Juara Lagu 2004 ) - Zamani Lagu Kala Hujan
Fenomena Populariti Lagu Gerimis Mengundang
[sunting | sunting sumber]- Lagu Gerimis Mengundang Pernah Menjadi Hits Song Sehingga Di Alih Bahasakan ( Senikata ) Sebanyak 30 Bahasa Di Seluruh Asia
- Kumpulan Slam Juga Telah Berjaya Mencapai Populariti Sebagai Sebuah Kumpulan Yang Popular Menerusi Lagu Gerimis Mengundang Pada Tahun 1996/1997 Dan Bertanding Dalam Beberapa Penganugerahan Di Industri Muzik Malaysia
- Anugerah Bintang Popular 1996 - Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Penyanyi Berkumpulan Popular - Slam
- Anugerah Industri Muzik 1996 - Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam ) - Album ( Terbaik Slam )
- Anugerah Industri Muzik 1996 - Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Lagu Terbaik - Gerimis Mengundang - Slam
- Anugerah Double Platinum 1996 - Album ( Terbaik Slam )
- Kemuncak Populariti Lagu Gerimis Mengundang Kumpulan Slam Muncul Di Dalam Konsert Grand Slam Unplugged Pada 3 Ogos 1996 Diiringi Orkestra Di Bawah Pimpinan Dato' Ramli M.S. Di Stadium Negara
- Anugerah Juara Lagu 1996 - Final ( Slam - Gerimis Mengundang )
- Anugerah Platinum 1997 - Album ( Slam Live Konsert Unplugged )
- Anugerah Bintang Popular 1997/98 - Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Penyanyi Berkumpulan Popular - Slam
- Anugerah Industri Muzik 1997 - Zamani ( Slam ) Memenangi Kategori Vokal Lelaki Terbaik - Album ( Slam Live Konsert Unplugged )
- Anugerah Industri Muzik 1997 - Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Album Rock Terbaik - Album ( Slam Live Konsert Unplugged )
- Anugerah Industri Muzik 1997 - Slam Menerima Anugerah Kembara
- Anugerah Muzik Indonesia 1996- lagu gerimis mengundang menang lagu luar negara terbaik di anugerah muzik Indonesia
- Tahun 1999 Slam menerima anugerah khas di anugerah muzik indonesia