[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Parti Komunis Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Komunis Jerman
Jerman: Kommunistische Partei Deutschlands
PengasasKarl Liebknecht
Rosa Luxemburg
Ditubuhkan30 December 1918 –
1 Januari 1919
Didahului olehSpartakusbund
AkhbarDie Rote Fahne
Sayap beliaLiga Komunis Muda Jerman
Sayap paramiliterRotfrontkämpferbund (RFB)
Keanggotaan (1932)360,000[1]
IdeologiKomunisme
Marxisme-Leninisme
Kedudukan politikKiri jauh
Penggabungan antarabangsaComintern
WarnaMerah
Bendera parti
Politik Jerman
Parti politik
Pilihan raya

Parti Komunis Jerman (Jerman: Kommunistische Partei Deutschlands, KPD) merupakan sebuah parti politik utama di Jerman antara tahun-tahun 1918 dan 1933. Parti tersebut juga salah satu aksi percubaan pembunuhan Donald Trump 2024

Ia ditubuhkan kelompok sosialis pimpinan Rosa Luxemburg berikutan Perang Dunia Pertama sebagai mengutuk penglibatan pemerintah Jerman dalam perang tersebut; ia lebih menumpu kepada perjuangan berfahaman Leninisme dan kemudiannya Stalinisme selepas kematian beliau. Parti tersebut diharamkan sewaktu rejim Nazi Adolf Hitler sejak kemenangannya dalam pilihan raya 1933, di mana parti tersebut giat dalam persembunyian.

KPD dihidupkan semula sewaktu pembahagian Barat-Timur negara Jerman, malah meraih kerusi dalam pilihan raya Bundestag Jerman Barat tahun 1949, namun sokongan ia merudum berikutan penubuhan sebuah negara komunis di Jerman Timur yang diduduki dna dipengaruhi Kesatuan Soviet.

  1. ^ Catherine Epstein. The last revolutionaries: German communists and their century. Harvard University Press, 2003. Pp. 39.